Saturday, August 14, 2010

Gangguan Seksual

Posted by Aziatie at 3:28 AM
Tadi saya sempat chating dengan seorang kawan & dia beri cadangan supaya saya menulis tentang aurat perempuan. 'Jaga pandangan'? Mengapa lelaki perlu menjaga pandangan mereka? Situasi pada hari ini memang menyukarkan bagi kaum Adam untuk mengelak daripada 'gangguan seksual' daripada wanita. Apabila bertanya tentang aurat, semua sudah tahu dan faham dari segi teori, tapi dari segi amali jarang sekali dipraktik.

Ramai yang anggap menutup aurat sekadar bertudung sahaja walhal ini nyata salah sama sekali. Ramai yang bertudung, tapi baju lengan pendek atau tiga suku. Ada yang bertudung tapi pakai 'baju adik' dan macam-macam lagi.

"Takkan la kami nak pakai longgar-longgar, tak up-to-date la, macam orang tua". Tu ungkapan yg sering kita dengar. INGAT!! Barat mempengaruhi muslim dengan fesyen, dan fesyen dipengaruhi oleh hiburan. Mudahnya mereka menghancurkan umat akhir zaman ini.

Dengan sekarang pengaruh media sangat 'membunuh remaja muslimah dengan adanya artis yang membawa imej bertudung seperti Yuna (maaf kpd peminat Yuna). Layakkah kita menggelarkan fesyen yang dibawa oleh Yuna sebagai fesyen muslimah? (walaupun bukan Yuna yg memberikan title ini)

Saya ada terbaca sebuah blog dan blogger blog tersebut menulis:
"yuna ni mmg sempoi bagi aku. dan aku respect dia sebab tanggungjawab sebagai muslimah tak diabaikan walaupun bermain muzik..."

Terpulanglah kepada individu untuk menilai baik buruk sesuatu.
Tepuk dada, tanya iman.....

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."

Al Ahzab : 59.





*saya bukanlah seorang yang sempurna, hanyalah hamba Allah yang hina. tapi, saya hanya ingin mengingati diri saya sendiri dan juga sesama muslim kerana rasa tanggungjawab kepada diri saya sendiri. wallahualam...

post yang berkaitan aurat: Mukaddimah Zina & Adab Pergaulan Dalam Islam


1 comments on "Gangguan Seksual"

Anonymous said... [Reply to comment]

mna ada artis muslimah.

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal