Sunday, October 17, 2010

High Heels....

Posted by Aziatie at 3:12 PM
  • Pemakaian kasut bertumit tinggi yang kerap atau kasut yang tidak memberi keselesaan kepada kaki memerlukan pemakainya mengumpul seluruh tekanan pada hujung jari kaki yang lama kelamaan boleh menyebabkan kesakitan tulang belakang.
  • Beliau berkata, kasut tumit tinggi juga memaksa otot berkerja keras, meletakkan bebanan kepada sendi lutut dan tendon (talikod berkas serat kolagen yang menghubungkan otot ke tulang) yang merintang daripada tempurung lutut ke tulang paha.
  • Pemakaian kasut tumit tinggi juga menambah beban dan meningkatkan tekanan sehingga 26 peratus kepada anggota badan khususnya kaki yang boleh menyebabkan masalah kesihatan terutama membabitkan tulang dan otot lutut seperti osteoarthritis.
  • Jika seseorang berjalan menggunakan kasut tumit setinggi dua inci pun sudah boleh memberi risiko ketegangan pada sebahagian lutut yang akan mengakibatkan osteoarthritis.
  • Mengikut perangkaan satu kajian di Amerika Syarikat, lebih 80 peratus individu berusia seawal 20 tahun ke atas menghadapi pelbagai masalah kaki termasuk sakit kaki dan tulang belakang.
  • Lebih 90 peratus rakyat Malaysia dewasa mengalami masalah kaki, yang antara lain menyebabkan kesakitan kaki, lutut dan tulang belakang. Sebahagian besar daripada masalah itu dikatakan berpunca daripada pemakaian kasut yang tidak sesuai.
  • Jika mahu menggayakan kasut tumit tinggi ke majlis formal atau pejabat, pastikan kasut itu dilengkapi pad atau pelapik sokongan yang boleh menyeimbangkan kaki dan memberi kelegaan kepada tekanan dialami tubuh sepanjang pemakaian kasut berkenaan.
  • Lebih baik jika pemakai dapat mengehadkan pemakaian kasut bertumit sekitar dua hingga tiga jam saja bagi mengelak berlaku kesakitan tulang belakang dan ibu jari kaki akibat tekanan daripada tubuh badan selain memakai kasut bertumit antara dua hingga tiga inci saja.
  • Memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak. Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 (5 inci) sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
  • Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi menyebabkan sakit leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut.
  • Masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.
Kesimpulan.....pakai kasut tumit tinggi ni tak elok untuk wanita (memang la wanita, mana ada lelaki pakai high heels except nyahh...hehee). Kalau nak nampak tinggi pun, pakai la wedges sebab wedges lagi selesa dan kurang tekanan pada kaki. Tambahan pulak, high heels ni biasanya keluarkan bunyi (akan post dalam entry yg akan datang..insya'allah).






0 comments on "High Heels...."

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal