Saturday, October 16, 2010

Kecil Menjadi Besar

Posted by Aziatie at 10:16 AM
Kadang-kadang kita menganggap remeh suatu hal yang kecil, tetapi kita tidak sedar bahwa suatu yang yang kecil tersebut akan membawa bencana yang besar bagi kita. Seperti contoh gunung yang besar yang terdiri daripada kerikil-kerikil yang kecil, demikian pula dosa yang besar itu boleh disebabkan dosa kecil yang kita lakukan. Berikut ini adalah beberapa perkara yang menyebabkan dosa kecil menjadi besar:
1. Berulang-ulang dan terus melakukan sesuatu perkara
Seperti titisan air yang berulang kali jatuh di atas batu, lama kelamaan tentulah memberi kesan kepada batu tersebut. Setitik hitam dalam hati manusia juga akan meninggalkan kesan yang kekal jika terus diamalkan dan lama-kelamaan gelaplah hati dek titik-titik hitam tadi.
Dalam soal amal baik, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
 "Sebaik-baik amal itu ialah yang terkenal atau yang paling rutin mengerjakannya, sekalipun hanya sedikit.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Memandang remeh sesuatu dosa
Jika seseorang menganggap dosa yang dilakukannya besar, maka disisi Allah dianggap kecil, dan jika seseorang itu menganggap dosa yang dilakukannya kecil, maka disisi Allah dipandang besar kerana anggapan besar itu timbul dari hati yang sebenarnya tidak suka melakukannya atau ingin menjauhinya. Jika akhirnya dosa itu diteruskan juga, ini berlaku sebab hebatnya godaan dan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakan sangat sedikit meninggalkan bekas dalam hatinya.
Sebaliknya jika dosa itu dianggap kecil oleh seseorang, tidak lain sebabnya ialah kerana hatinya amat cenderung melakukannya. Kecenderungan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakanya sangat melekat dalam hatinya. Selain itu, sikap memandang kecil akan dosa mempunyai kesan negatif. Seseorang menjadi tidak takut lagi untuk berbuat dosa dan kurang peduli terhadap dosa.
 3. Bangga melakukan perkara kemaksiatan



Ini kerana mereka lakukan sesuatu dosa dengan bangga. Hal ini kerana mereka seronok dan lalai dengan sesuatu dosa tersebut.  Maksiat menumbuhkan maksiat lain. Seorang ulama salaf berkata, jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal itu akan mendorongnya melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Oleh itu, berhati-hatilah. Jangan sesekali cuba melakukan maksiat kerana ia akan menyebabkan ketagihan dan sukar untuk berhenti jika ia menjadi satu kebiasaan.

Maksiat mematikan bisikan hati nurani dan melemahkan hati daripada kebaikan dan menguatkan kehendak melakukan maksiat lain. Tidak ada lagi rasa malu ketika berbuat maksiat. Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, dia tidak lagi memandang perbuatan itu sebagai sesuatu yang buruk. Tidak ada lagi rasa malu melakuka
nnya. Bahkan dengan bangga menceritakan perbuatan maksiat yang dilakukannya kepada orang lain.
 “Setiap umatku dimaafkan (diampunkan dosa) kecuali mereka yang menzahirkan (bangga melakukan maksiat secara terang-terangan).”
 4. Kerana dosa itu dilakukan dengan perasaan bebas dari balasan Allah
Sebenarnya perbuatan apa pun sama ada besar atau kecil tidak mungkin terlepas dari pengawasan Allah. Allah teramat teliti mengawasi segala sesuatu. Hanya orang yang lalai sahaja yang merasa dirinya bebas/terlepas daripada pengawasan Allah. Mereka mungkin tidak diberi pembalasan oleh Allah s.w.t walaupun telah melakukan laranganNya. Maka, makin banyak lagi dosa yang dilakukan mereka dan akan dibalas di akhirat kelak. Perasaan bebas daripada balasan Allah, meyebabkan seseorang itu berterusan bergelumang dalam dosa dan noda dan semakin berani melakukanya.
5. Dosa kecil itu diberitahu atau diperlihatkan kepada orang lain
Adakalanya dosa itu dilakukan dengan tidak diketahui orang lain, tetapi kemudian diberitahukan kepada orang lain. Dan ada kalanya pula waktu melakukannya memang di hadapan orang lain. Mereka telah melakukan dua dosa dalam masa yang sama iaitu melakukan kesalahan dan dosa memperlihatkan kesalahan kepada orang. Sebenarnya dosa yang dilakukan menjadi rahsia dirinya sendiri kerana hanya mereka dan Allah yang mengetahui. Tak perlu mendedahkan aib sendiri kepada orang lain. Dengan begitu, satu perbuatan kemaksiatan menyebabkan dua bentuk dosa. Itulah sebabnya dosa kecil berkembang menjadi dosa yang besar.
6. Dosa kecil itu dilakukan oleh seseorang yang dihormati
Jika orang yang mempunyai pengaruh besar kepada para pengikutnya melakukan sesuatu dosa, kemungkinan besar akan diikuti pula oleh para pengikutnya .Inilah yang menyebabkan dosa kecil tadi berubah menjadi dosa besar. Dalam sebuah hadis menyebut: "Siapa menciptakan sunnah yang buruk, dia menanggung dosa atas perbuatannya itu dan juga dosa orang lain yang meniru melakukannya tanpa dikurangi dosa orang lain itu sedikit pun".
Renung-renungkanlah....








1 comments on "Kecil Menjadi Besar"

Anonymous said... [Reply to comment]

siket2, lame2 jdik bukit..

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal