Friday, October 29, 2010

Trend Sanggul Tinggi

Posted by Aziatie at 11:08 AM


Sejak akhir-akhir ini, trend bersanggul tinggi sering menjadi ikutan ramai muslimah terutamanya remaja. Bila saya belek-belek majalah atau surat khabar, banyak yang mempamerkan trend ni, bila tengok tv pun sama. So, tak hairan la kenapa ramai yang mengikut trend ni sebab dipromosikan secara meluas. Mungkin mereka nak nampak up to date dengan mengenakan fesyen seperti ini tapi ramai yang tak tahu apa hukum bersanggul tinggi. Saya sebenarnya tak tahu apa hukum bersanggul tinggi ni, tapi selepas baca isu bersanggul tinggi di beberapa website yg boleh dipercayai, jelas hukumnya HARAM. Disini ada beberapa hadis yang tentang hal ni:

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat-hadith riwayat Ahmad


"Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini" hadith riwayat Muslim
Renung-renungkan......

1 comments on "Trend Sanggul Tinggi"

di sebalik wajahku.. on October 31, 2010 at 8:24 AM said... [Reply to comment]

em.. byak yg bercanggahan pendapat. aritu, g dgr ceramah kat kampus. ustaz tu kata bole. nabi MUHAMMAD mlarang kepada org yg tidak memakai tudung. ^^, kata ustaz cuma tidak afdal . =)

cuba tgok link nie.
http://www.benashaari.com/2010/10/hukum-wanita-bersanggul-dan-baju.html

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal