Friday, October 29, 2010

Budaya Hedonisme

Posted by Aziatie at 10:58 PM
Assalamu'alaikum wbt....
Dalam beberapa hari ni, saya ada ada menulis beberapa topik untuk entry blog saya, tapi disebabkan risau sesetengah pihak tidak senang, maka saya tak publishkan entry yang saya tulis. Entahlah, mungkin saya rasa entry-entry tersebut tak cukup rasa walaupun dah guna meggi secukup rasa...heheee... Insya'allah, jika ada kelapangan saya akan edit entry tersebut dan publish untuk dikongsi bersama. Sharing is caring...Caring is loving....So kali ini saya post tentang BUDAYA HEDONISME....Dalam entry yang lepas, ada 2,3 entry yang berkait tentang budaya ni, tapi kali ini saya nak mendefinasikan apa itu hedonisme.

Hedonisme berasal daripada perkataan Yunani, hedone yang bermaksud kesenangan/pleasure (Barten 2002). Kecenderungan untuk berhibur dan bermewah-mewahan diistilahkan sebagai budaya hedonisme. Budaya ini yang mengutamakan aspek keseronokan diri seperti memiliki barangan yang mewah, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya yang sememangnya menarik minat golongan remaja. Budaya ini boleh membawa masyarakat ke dalam kancah jenayah, amalan berhutang dan fitnah menfitnah selain berpotensi membuat manusia leka dan lalai daripada melaksanakan kewajipan hakikinya sebagai hamba Allah dan sebagai anggota keluarga ataupun anggota masyarakat.
Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang lena dibuai dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan pelbagai jenis hiburan akan menjadi lalai dan alpa terhadap kewajipannya  kemudian menyebabkan mereka menjadi lemah. Pengajaran ini terungkap pada sejarah keruntuhan kerajaan Abbasiah dan kerajaan Uthmaniah di mana pemerintah dan rakyat lena dibuai kemakmuran negara sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh. Demikianlah juga dengan budaya hedonisme yang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini yang mengakibatkan penyakit lalai di kalangan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang asyik berhibur di konsert dan berclubbing yang akan dilalaikan oleh perbuatannya daripada melaksanakan kewajipannya terhadap Allah seperti solat, puasa dan sebagainya disamping lalai terhadap kewajipannnya terhadap sesama manusia seperti memberi perhatian yang sepenuhnya sama ada kepada ibu bapa dan keluarga. Sesungguhnya, syaitan telah berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun.

Firman Allah yang bermaksud: 

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?”
(Al-An’am: 32). 

“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”
(Ali Imran: 185).

“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).” 
(Al-Qiamah: 20-21).

3 comments on "Budaya Hedonisme"

Anonymous said... [Reply to comment]

fbook pun hedonism ke?

Aziatie on October 31, 2010 at 1:00 AM said... [Reply to comment]

Depends la kot.....Kalau salah guna,lalai......

Unknown on June 22, 2022 at 11:15 PM said... [Reply to comment]

more helpful hints check this site out her comment is here official source see page this content

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal