Friday, November 5, 2010

Shisha vs Rokok

Posted by Aziatie at 12:26 AM
tuuudia...ni orang ke naga tasik chini?

SHISHA dianggap trend yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular tak kira bagi lelaki atau perempuan.  Kebiasaannya, shisha menjadi antara pilihan kebanyakkan orang untuk melepaskan tekanan sambil bersantai. Shisha sebenarnya bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Ramai juga yang tidak tahu bahawa shisha lebih bahaya berbanding rokok.

Shisha telah digunakan selama berabad-abad lalu untuk merokok dan mengurangi stress, sambil bersantai dengan keluarga atau rakan. Bentuknya seperti pipa air kuno, terdiri dari sebuah tabung panjang yang melekat pada gelas atau bekas plastik berisi air. Selain tu, shisha ni terdapat dalam pelbagai perisa (strawberi, mangga, anggur, pisang....perisa durian saya tak pasti ada atau tak)



Ramai menyatakan menghisap shisha lebih selamat daripada merokok, tetapi ini tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam. 


Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok. Perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah tibi.



Menghisap shisha meningkatkan denyut jantung dan tekanan darah serta mengganggu fungsi paru-paru. Tembakau pada sisha ditambah dengan perisa buah dan sirup gula, kemudian dibakar menggunakan arang. Banyak yang menanggap bahawa asap pembakaran melalui air sebelum dihirup dapat menyaring zat berbahaya pada tembakau. Faktanya, ianya juga mengandung racun yang sama seperti asap rokok. Selain itu, shisha memiliki bahaya 40% lebih besar dibandingkan dengan menghisap rokok. Shisha juga mengandung nikotin yang lebih membahayakan dari rokok.
Jadi, kepada semua penggemar shisha atau rokok, kurangkan atau kalau boleh elakkan dari amalan yang tidak sihat ini. Dengan harga rokok yang mahal sekarang ni, langkah berhenti merokok adalah terbaik. Kalau gian sangat nak merokok, pergi ikut belakang bas atau lori, sedut asap tu puas-puas, lagi ekonomi....
fulamak....shyokk sedut asap...

1 comments on "Shisha vs Rokok"

tathiez on August 1, 2022 at 12:18 PM said... [Reply to comment]

replica bags hermes helpful site m4y50p8y51 replica bags uk replica bags high quality replica hermes bag f2i29j5g20 replica bags blog replica bags nancy this content j8i21u9p65 replica goyard bags

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal