Saturday, August 28, 2010

Kolaj kain

Posted by Aziatie at 9:47 PM 3 comments
Kolaj bukan sahaja dapat dihasilkan daripada kertas, kad dan majalah. Tetapi kolaj juga dapat di hasilkan dengan menggunakan kain (fabrik). Antara bahan yang diperlukan untuk menyiapkan kolaj ini ialah:
  • fabrik bercorak
  • gam
  • gunting
  • kertas lukisan / kad 
Prosedur:
  1. Tetapkan corak kolaj yang ingin dibuat.
  2. Gunting corak yang terdapat pada kain mengikut kreativiti sendiri.
  3. Gam  kain yang telah dipotong pada kertas / kad.
  4. Dah siap !!
* Thx kpd roomate sbb tolong gunting bunga-bunga kat kain tu..... 






  




Cepat Lupa ???

Posted by Aziatie at 2:03 PM 0 comments


 
Tips yang boleh diamalkan:

  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin (coke,sprite dll)
  • Kurangkan makan organ dalaman
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging / ayam
Sebaliknya, selalu amalkan seperti dibawah ini ;
  • Selalu makan buah manis seperti kurma, madu, coklat dll
  • Selalu makan makanan yang panas
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam-ulaman
  • Selalu memandang tumbuhan/pokok hijau
  • Selalu bersenam
  • Selalu menggunakan imaginasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum / soya
   

Jenama QBB Pure Ghee - status halal ditarik

Posted by Aziatie at 8:45 AM 0 comments


JAKIM mengambil keputusan untuk menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010.

Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Sekian, terima kasih.

Sumber : JAKIM


* kena inform kat mak la.....

Sunday, August 22, 2010

Kurma Israel

Posted by Aziatie at 10:21 AM 2 comments


KURMA ISRAEL KELUARAN HADIKLAIM

Bercetak jenama 'Jordan River' itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel .dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal