Monday, April 25, 2011

Kontroversi Nasi Lemak

Posted by Aziatie at 10:46 AM
Isu dalam pendidikan tak habis-habis.. Sekarang ni kita dengar pulak tentang arahan kerajaan supaya penjualan nasi lemak di kantin sekolah dihadkan (dibenarkan seminggu sekali sahaja). Apakah ceredik arahan kementerian ni? Sudah berfikir panjang ke sejauh mana berkesan penguatkuasaan ni? Saya ni bukan pembangkang, tapi apa yang tak releven saya takkan terima.

Kalau kita lihat masalah obesiti dalam kalangan murid di sekolah pada hari ni, adakah disebabkan nasi lemak semata? Sejak zaman dulu lagi nasi lemak dijual di kantin sekolah atau mana-mana kantin pun, tapi tak ada pun isu nasi lemak menyebabkan obesiti. Lagipun nasi lemak yang dijual di kantin sekolah taklah 'berlemak' sangat santannya. Jadi, apa masalahnya? Saya rasa makanan lain lagi tinggi tahap kolestrolnya.

Sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat pada kalangan ibu bapa masih rendah. Segala-galanya bermula dari rumah. Cuba lihat trend pemakanan sekarang, ramai ibu bapa yang 'mengajar' anak mereka makan makanan segera. Tengok la dalam peti ais, kabinet dapur, segala jenis junkfood ada , fastfood ada, bigfoot je yang tak ada. Asal boring je goreng nuget, sosej, fries dan macam bagai.
Itu makanan kat rumah, kalau makanan kat luar rumah? Kita dah biasa tengok ramai ibu bapa mengajak anak mereka makan di restoran segera, macam dah jadi rutin. Segala jenis restoran segera mereka terjah. Makanan segera macam ni lah yang menyebabkan faktor obesiti kepada kanak-kanak. Kalau hari pasar malam, beli macam-macam, jagung cup, ayam goreng, apam balik, air gas..bla..bla..bla.. Sekarang kanak-kanak lebih tahu nama makanan segera berbanding makanan tradisonal sendiri. Apedehal.....

Saya nak cakap.....
  • Kalau kantin sekolah tak jual nasi lemak, kat luar pun banyak, kedai mamak pun ada...errkk...
  • Satu dunia makan nasi lemak, tapi tak kecoh pun. Dalam flight pun orang makan nasi lemak.
  • Obesiti bukan sebab pemakanan saja, faktor genetik pun ada..
  • Budak sekarang ni malas bersenam, sebab tu lah gemuk. Asyik main game, facebook, berblogging ^^,
  • Kalau nasi lemak 'diharamkan', siapa nak beli surat khabar Utusan? budak-budak dah tak baca surat khabar Utusan Malaysia. Ye la, surat khabar Utusan la buat bungkus nasi lemak. Kalau nak harap budak-budak ni baca jangan harap la, tak minat. Kalau buat bungkus nasi lemak baru la baca...

.............
............
............
............
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

kucing ni pun ada masalah obesiti... sebab nasi lemak la ni~
Argghh... saya tak nak bebel banyak pasal nasi lemak ni. Nak pergi study pulak, esok exam....
Note: Saya pun makan nasi lemak, tapi tak la sampai tahap obes...

4 comments on "Kontroversi Nasi Lemak"

Anonymous said... [Reply to comment]

haha..best tol la entry kali nie..
ade diselitkan unsur2 humor disamping fakta2 yang ade kebenarannya..
like like like like like
~dak_melaka~

Aziatie on April 25, 2011 at 9:30 PM said... [Reply to comment]

tQ......
saya ni online je hari ni...study tak pon..esok exam.......apa nak jadi la..

Anonymous said... [Reply to comment]

exam mcm mane wak....? n kucin 2 mcm kenal jerk heheheheh

Aziatie on May 5, 2011 at 10:32 PM said... [Reply to comment]

exam dah abis 30hb hari tu....entah la...ok ok la kot...anonymous..sape ni ye? hope u can leave ur name next time...btw, thx visit my blog..

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal