Tuesday, September 13, 2011

Aku yang asing

Posted by Aziatie at 11:56 PM
Assalamu'alaikum....
Rasanya belum terlewat saya nak ucap Selamat Hari Raya Idulfitri kepada semua pelawat blog ni... Mintak maaf zahir & batin kalau apa yang ada, yang saya tulis dalam blog ni pernah menyinggung perasaan sesiapa... Juga Selamat Hari Raya Enam kepada yang berpuasa enam.... Motif saya tulis entry ni bukan sebab apa, saja nak bagitahu yang rutin saya as a student upsi dah pun bermula setelah cuti akhir semester 4 bulan.... Kat rumah saya tak sempat nak tengok blog ni, kadang-kadang je online  bukak facebook, tu pun just tengok-tengok post orang lain... Maka saya mengisyitiharkan bahawa operasi mengupdate blog akan berjalan seperti biasa...InsyaAllah....

Mula sem baru... Tetiba saja jadual harian dah berubah.... Pergi kelas, lepas tu balik kelas... Tapi yang best sem ni kelas tiap hari pukul 8.00 pagi... So, probability nak tidur balik lepas subuh tu tak ada la... Masuk kelas, dengar lecturer, salin note apa yang patut.... Pegang pen pun rasa kekok sebab hari-hari pegang senduk, sudip dan kaum kerabatnya.... Dah habis kelas, balik ke bilik, on laptop, tengok-tengor gambar Aieman (adik bongsu)....sabor.... Lagi 50 hari balik cuti mid sem.....

kenapa 'aku yang asing' ??? to be continue...........

0 comments on "Aku yang asing"

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal