Tuesday, January 11, 2011

USB Thumb drive

Posted by Aziatie at 9:00 AM 0 comments
Ni thumb drive biasa yang selalu kita tengok..nampak biasa, streotype, skema..bla..bla...nak tengok thumbdrive pelik? jom cekidaut pic kat bawah ni..


tak dapat Canon dslr, dapat thumb drive ni pon ok ~


bulan puasa hati-hati guna thumb drive ni...kan orang suspek kita tak puasa lak..

ekor kucing....

satu penganayaian terhadap Panda...


thumb drive model M-16 tak ada ke?





ni satu lagi penganayaian.....


kreatif.....


kasut pon....


border sauce..
light bulb....


lipstik...golongan awww mesti suka thumb drive ni...hehe

Ni la the real THUMB drive....thumb up!

Hampir semua pengguna komputer pada masa kini menggunakan media USB Flashdisk, Thumbdrive atau pun PenDrive untuk menyimpan dan memindahkan data. Fungsinya telah mengambil alih fungsi disket yang sangat popular suatu masa dahulu. Dengan saiznya yang kecil dan mudah dibawa membuatkan media ini menjadi kegemaran pengguna komputer. Walau bagaimana pun, anda perlu tahu cara mengendali dan menjaganya agar ianya tidak mudah rosak dan seterusnya tidak berfungsi. Berikut adalah beberapa tips bagaimana mengendali, menjaga dan merawat pena USB drive ini.

Ikuti prosedur yang benar setiap kali anda mencabut USB Pen Drive daripada port USB
Always do eject process or stop before take of the USB Pen Drive from computer’s USB Port. Biasakan melakukan proses eject atau berhenti sebelum mengambil daripada USB Pen Drive dari Port USB pada komputer anda. Ini dapat mengelakkan USB Pen Drive daripada berlakunya kerosakan dan dapat menyelamatkan data yang terdapat di dalam USB drive.

Elakkan Menyunting Data Secara Lansung Daripada Pendrive
Seperti juga produk lain, USB drive memiliki jangka hayat. Ini bermakna ia akan rosak dan tidak berfungsi pada suatu masa nanti. Jika kita lihat pada spefikasi jangka hayat pendrive, biasanya berada sekitar 10,000-100,000 baca/tulis (read/write). Oleh itu, kita boleh memanjangkan jangka hayat pendrive tersebut dengan TIDAK menyunting data (membaca dan menulis) SECARA LANSUNG daripada pendrive tersebut. Amalkan menyunting data pada cakera keras terlebih dahulu sebelum memindahkannya kepada pendrive usb anda. Dengan demikian, ianya mampu melanjutkan usia atau jangka hayat pendrive tersebut.

Imbaskan Dengan Antivirus Secara Rutin
Amalkan mengimbaskannya dengan Antivirus untuk menghapuskan virus yang ada.

Jauhkan Daripada Air
Meskipun beberapa pengeluar mendakwa produk mereka kalis dan tahan air, seboleh-bolehnya cuba elakkan daripada ianya berada pada persekitaran yang basah dan berair. Ini termasuklah menjaganya daripada terkena hujan, air minuman dan seumpamanya. Jika sekiranya, pendrive anda terkena air atau TERBASUH bersama pakaian anda di dalam mesen basuh, PASTIKAN anda mengeringkannya terlebih dahulu sebelum memasukkannya pada port USB di komputer anda. Jemurkannya di bawah cahaya matahari yang terik atau pun gunakan pengering rambut untuk mengeringkannya. Pastikan ianya betul-betul kering sebelum anda memplagkannya ke komputer anda.

Elakkan Daripada Kesan Impak Yang Kuat
Membiarkan pendrive anda terjatuh daripada tempat yang tinggi, atau tertindih dengan barangan yang berat atau seumpamanya boleh merosakkan pendrive anda. Pastikan anda meletakkannya di tempat yang selamat. Jangan dilempar atau dilontar-lontar seperti sebiji bola tenis. Jangan biarkan anak anda bermain dengannya kerana biasanya mereka tidak mengerti apa-apa.

Hindari dari Medan Magnet
Menjadi kebiasaan setiap produk elektronik yang boleh menghasilkan medan magnet seperti televisyen dan telefon tangan adalah tidak baik bagi pendrive. Jadi, jangan biarkan pendrive anda diletakkan berhampiran dengan peralatan elektronik sedemikian.
Elakkan Daripada Suhu Yang Terlalu Tinggi

Suhu yang terlalu tinggi juga akan memberikan kesan negatif kepada pendrive. Jauhkan pendrive anda daripada suhu yang teramat tinggi.


Bersihkan Sambungan (Connector) pada Pendrive USB 

Keadaan pada sambungan yang kotor boleh menyebabkan proses membaca dan menulis gagal pada pendrive. Oleh itu, amalkan mencuci pada penyambung Pendrive dengan menggunakan kain pengelap anti statik atau tin tekanan udara (compressed air can) untuk menyembur bahagian yang dipenuhi kotoran tersebut.

JANGAN Defrag Pendrive Anda

Tidak seperti hard disk yang biasa berputar secara moving spindles, Pendrive tidak memiliki zon lambat dan zon pantas. Data yang disimpan akan dibaca pada kelajuan yang sama daripada ruang cakera itu. Oleh itu ianya TIDAK PERLU didefragment kerana ianya tidak mempunyai head dan cylinder. Mendefrag pendrive anda akan mewujudkan satu lagi write cycle padanya dan ini sudah tentu mengurangkan jangkahayat pendrive tersebut.

sumber tips : www.malaysiaria.com.my
sumber gambar : google =p





Persimmon @ Pisang Kaki

Posted by Aziatie at 8:02 AM 1 comments
Ini la pisang kaki @ pesimmon

First bila saya makan buah pisang kaki ni, saya tertanya-tanya macam mana rupa pokok buah ni? Kenapa dipanggil pisang kaki? Pokok dia macam pisang ke? Tapi bagi saya rasa buah ni ok la, sedap la jugak. Rasa macam makan ciku pun ada sebab manis sangat. Dah makan berbakul-bakul baru la saya tahu rupa-rupanya pokok pisang kaki tak sama la dengan pokok pisang yang kita tanam tu =p

big persimmon tree

sedara-mara pokok apple..

buah yg belum dipetik

Pisang Kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Banyak kebaikan memakan buah pisang kaki nih. Sebabnya buah pisang kaki ini mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mengandungi hampir dua kali ganda serat pemakanan sama macam buah epal. Buah ini juga mengandungi banyak khasiat di dalamnya seperti vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, magnesium, kalium, protein, karbohidrat, asid organic dan seperti biasa kandungan potassium yang tinggi sama macam pisang-pisang yang lain.

Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea dan dipercayai berasal dari negara China. Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung. Satu kajian yang dibuat di Jepun menunjukkan kulit pisang kaki yang mengandungi fitokimia dikatakan boleh melindungi sel daripada kerosakan oksidatif berkaitan dengan peningkatan usia. Tannin yang terdapat dalam pisang kaki ini juga dipercayai boleh digunakan bagi merawat strok. Seperti biasa kandungan gula yang ada dalam pisang nih baik untuk kesihatan kardiovaskular yang mana ia menguatkan otot jantung kita. Namun begitu, pesakit diabetes sama sekali tidak boleh makan buah pisang kaki nih sebab kandungan gulanya lebih tinggi daripada pisang biasa. Pisang kaki ini juga tinggi kandungan diuretic, jadi ia bagus diamalkan kepada penghidap masalah paru-paru dan jantung kerana pisang kaki ni mengandungi tindak balas diuretic di dalamnya.






Laptop Termahal....

Posted by Aziatie at 7:27 AM 1 comments
PowerMax Maxbook pro – $6,499 or $7,999

Pada akhir 2007, POWERMAX memperkenalkan kita kepada MacBook Pro 
yang berlapis emas . 
Dengan 24k emas, lengkap dengan logo Apple bertatahkan berlian, dilengkapi 2,4 GHz CPU Core 2 Duo dengan skrin  15,4 "dan 17".



Bling My Thing MacBook Air – $40,000
MacBook Air ini yang dilengkapi dengan  Swarovski.
Golden Age MacBook Air ini dilapisi 12,000 kristal Swarovski.. 

Hanya 20 MacBook  ini dibuat, dan memakan masa sekitar satu minggu untuk meletakkan semua kristal secara menual menggunakan  tangan.



Stuart Hughes MacBook Air Supreme Ice Edition – $200,000

Model ini merupakan gajet  termewah dari Apel,
Logo Apple dibuat dengan 53 berlian berkualiti tinggi
MacBook yang paling mahal di dunia adalah edisi terhad dan hanya dikeluarkan  10 unit notebook saja.

Aziatie says:
Mahal giler....multi-millionaire boleh la beli kot....

Monday, January 10, 2011

Kasut Kiut Miut

Posted by Aziatie at 6:35 PM 0 comments

Comelnya budak kecik pakai kasut kiut camni...
Jom sama-sama tengok koleksi kasut untuk babies.......

macam anak tebuan....
Saya nak kasut ni kalau kasut ni ada saiz dewasa..
boleh pakai pergi kuliah tak?


sesuai untuk baby boy...








kecik-kecik dah join palapes ke?


 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal