Saturday, January 22, 2011

Pungguk Rindukan Bulan

Posted by Aziatie at 1:55 PM 9 comments
Bagai pungguk rindukan bulan,
Menanti sesuatu yang tak mungkin dapat dicapai,
Walaupun di mata nampak,
Namun tak mampu untuk pungguk sampai ke sana.

Simpati pada si pungguk,
Walau menyedari akan hakikat itu,
Pungguk masih lagi menunggu sang bulan dan
Sentiasa berharap dapat bertemu sang bulan.

Bila malam gelap, kelam dan suram,
Cahaya sang bulan kelihatan samar-samar sahaja,
Namun pungguk masih tetap setia,
Itu sudah cukup membahagiakan si pungguk.
Asalkan dapat mengubat rindunya pada sang bulan.

Pungguk sedar akan jurang antara mereka,
Memiliki fitrah yang amat berbeza,
Dipisahkan jarak bertrilion batu jauhnya,
Sedangkan Armstrong pun tidak dapat menjejakkan kaki ke bukan,
Apatah lagi si pungguk yang hanya memiliki sayap biasa.

Pungguk tidak hiraukan akan beza antara mereka,
Namun apa yang pungguk mahukan biarlah bulan 
dapat menemani pungguk di saat malam gelap tiba.
Kerana dalam perbezaan itu,
Pungguk tahu pasti ada sedikit persamaan,
SETIA pungguk pada sang bulan dan
SETIA bulan pada si pungguk........

*****************************************************
Pungguk rindukan bulan. Selalu kita dengar peribahasa yang bermaksud menanti sesuatu yang tak mungkin diperoleh. Begitu setia si pungguk kepada bulan walaupun tahu mustahil dapat ke sana. Biasa kita dengar peribahasa ni digunakan oleh orang yang tengah  angau bercinta yang kononnya sanggup menanti walau beribu tahun, sanggup redah lautan bara. Sangat puitis mereka berbicara untuk melahirkan kesetian mereka.

Daripada sedikit cerita pungguk di atas tadi, sifat SETIA pungguk patut kita ambil iktibar. Bukan setia kepada kekasih hati di dunia, tapi setia kepada Tuhan Maha Pencipta. Kalau pungguk sangat setia kepada sang bulan, kenapa kita tak setia kepada Agama? Malulah pada sang pungguk kerana manusia telah dikurniakan akal untuk berfikir. Setiap yang Allah jadikan di dunia adalah sebaik-baik ciptaanNya dan pasti ada pengajaran disebaliknya. Setia pada Allah adalah segala-galanya kerana kita tidak akan kecewa.

Biarlah pungguk terus rindukan bulan,
Jadilah kita hamba yang sentiasa rindukan redha-Nya.....

Pesanan untuk diri sendiri...
Mas Aziatie Aziz





Senyum....

Posted by Aziatie at 12:11 AM 0 comments
Dipetik daripada : Halaqah Online

Rasulullah SAW bersabda bahawa anak keturunan Adam memiliki kewajiban untuk bersedekah setiap harinya sejak matahari mulai terbit.

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya,
“Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?”
Rasulullah SAW bersabda,
“Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).
Salah seorang sahabat, Abdullah bin Harits, pernah menyatakan tentang Rasulullah SAW,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (HR Tirmidzi).
Meskipun ringan, senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan.
Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR Muslim).
Mungkin kita sering berfikir bahawa sedekah itu berkaitan erat dengan harta benda seperti pemberian wang, pakaian, atau apa pun yang langsung boleh dinikmati penerima dalam bentuk barangan. Hal itu juga mungkin yang ada dalam fikiran para sahabat Rasulullah SAW, sehingga mereka sangat gelisah kemudian mempertanyakannya.
Kerana itu, tidak semestinya seorang Muslim membiarkan satu hari pun berlalu tanpa dirinya terlibat dalam kegiatan bersedekah. Jika kita punya wawasan sempit mengenai pengertian bersedekah, tentulah hal itu menjadi mustahil.
Di antara keistimewaan sedekah adalah menolak bala (musibah).

Dari Sayyid Ali Ar-Ridha, dari Sayyid Ja’far Ash-Shadiq, dari Sayyid Ali Zainal Abidin, dari Ali bin Abi Thalib Radiyallahu Anhum, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah itu dapat menghindarkan diri dari kematian yang tidak baik, menjaga diri dari tujuh puluh macam bencana.”
***********************************************************

so..senyumlah...jangan buat muka sposen camni~
http://www.emocutez.com mood: mencoba untuk senyum....


Thursday, January 20, 2011

Pokok Yahudi (Pokok Gharqad)

Posted by Aziatie at 11:27 AM 5 comments
Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".


Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

 
Daripada maklumat yang ada pada laman web Jewish National Fund http://www.jnf.org, yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok. Bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut disamping motif utamanya adalah untuk mencari tanah untuk puak yahudi ini tinggal. Ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 240 juta pokok dan projek-projek lain.

yahudi begitu yakin bahawa pokok itu akan menlindungi mereka. Tapi kenapa mereka tidak percaya Allah itu tuhan mereka?






 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal