Wednesday, February 9, 2011

Say NO to Valentine's Day

Posted by Aziatie at 1:09 PM 1 comments
Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.


Sejarah sambutan hari valentine?

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.
Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. 
Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.
Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine


Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)
Plagiat daripada: Utusan
Photos : google

Tuesday, February 8, 2011

Denda Zaman Sekolah

Posted by Aziatie at 12:04 AM 6 comments
Salam....Alhamdulillah saya masih sempat dan ada mood untuk layan blog saya yang tak seberapa ni. Kali ni fikiran saya melayang pada zaman sekolah dulu, tak kisah la sekolah rendah or sekolah menengah. Agak-agaknya lah, kenangan apa paling tak boleh nak lupa sampai sekarang? Hehehee... bagi saya yang kurang pandai ni, mesti la kenangan kena denda oleh cikgu. Tak siap homework kena denda, jawab salah pun kadang-kadang kena denda. Huwawawa......

Waktu kena denda tu memang la rasa sedih, malu dengan kawan-kawan....tapi bila dah lama semua tu berlalu, rasa kelakar pulak... tapi saya kena denda yang tak la teruk sangat, biasa saya kena denda berdiri atas kerusi (time skol rendah)... Bila waktu sekolah menengah dah kurang kena denda sikit sebab dah besar kot. Cikgu pun naik segan nak denda student. Tapi saya pernah jugak la kena rotan kat tangan sebab tak siapkan homework fizik, tapi tak la sakit sangat walaupun  kesan rotan tu tak hilang even waktu dah habis. Memang nostalgia habis la time tu.

Ok la, jom kita listkan jenis denda yang biasa kita dengar selain cubit, rotan and etc..
Berdiri atas kerusi


Jalan itik
Ketuk ketampi
  • pakai kasut terbalik (kanan pakai pada kiri, kiri pakai pada kanan)
  • junjung kerusi/buku atas kepala
  • pakai penyepit baju kat telinga
  • berdiri kat depan/pentas waktu perhimpunan
  • conteng muka dengan marker / kapur tulis
  • cium tiang/ dinding..??
Denda apa yang pernah u all dapat? hehee.. Ekceli, banyak lagi denda yang boleh kita 'praktikan'. Tapi zaman sekarang ni dah tak boleh nak denda student sesuka hati, nak tegur pun susah, dah tak makan saman dah budak-budak ni.. Ok la, Aziatie out dulu~ jumpa lagi....

Sunday, February 6, 2011

Telingaku Berdengung !!

Posted by Aziatie at 5:18 PM 8 comments
Bila naik bas lalu highway Karak, Genting Sempah, terowong or lalu ikut Genting Highland, telinga saya ni mesti bersenandung. nak buat macam mana, dah tu je laluan dari T'ganu nak balik Tg.Malim ni. Biasa tak la lama sangat rasa berdengung bila naik kenderaan, tapi kali ni macam susah sikit nak hilang. dah 5 jam pun still rasa dengung, pening....Esok ada kelas, kalau tak hilang lagi dengung/ tinnitus ni, nak jugak saya ambil mc....
ini lah perasaan pening yang saya rasa sekarang...

Rasanya semua tahu cara/petua nak hilangkan rasa telinga berdengung macam kat bawah ni...
Petua 1: Telan air liur, menguap, kunyah, hisap gula-gula ketika telinga rasa berdengung...
Note : Tak berkesan. Semua benda dah saya telan masa dalam bas, tapi still berdengung.
Nampaknya, tak membantu sangat. Saya pun google la cara-cara nak hilangkan telinga berdengung ni.
Petua 2: Picit hidung dengan tangan, tutup mulut dan hembus perlahan-lahan (jangan hembus ikut mulut). 
Note : Hampir berkesan. cara ni boleh seimbangkan tekanan dalam telinga.
Alhamdulillah..dah ok sikit berbanding tadi. tapi masih rasa sikit pening. Ok lah, saya nak teruskan 'senaman' ni. Harap telinga saya kembali normal. So, kepada siapa yang rasa telinga berdengung tak kisah la bila naik flight ke, semasa selsema ke, boleh la amalkan petua ni... Sekian, TQ for reading..
http://www.emocutez.com


Sunday, January 30, 2011

Karangan Autobiografi : Aku Hamster

Posted by Aziatie at 11:29 PM 5 comments
Eloklah aku perkenalkan siapa aku. Ok..Nama aku Moja, aku seekor hamster yang sangat comel dan baik. Tapi....sejak aku lahir, aku tidak tahu siapakah ibu bapa aku, siapa adik-beradikku. Yang aku tahu, aku dan kawan-kawan aku dibesarkan dalam sebuah sangkar hamster yang kecil. Aku terasa amat terkurung walaupun makan minum aku dijaga..Inilah nasib aku. Di kedai menjual haiwan peliharaan inilah tempat aku berteduh.
Aku, Milo dan Momo
Kawan baik aku bernama Milo dan Momo. Merekalah sahabat sepermainan sejak aku masih kecil hingga lah aku dewasa. Merekalah dunia bagi aku walaupun hidup aku hanya di dalam sangkar besi ini sahaja. Kami sentiasa makan bersama, main bersama dan tidur bersama. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Pada suatu hari, datang seorang budak lelaki ke pets shop ini. Dia memandang ke arah kami bertiga. Ye lah, kami kan comel, mesti lah ramai yang suka tengok telatah kami. Tiba-tiba, pemilik kedai menghampiri sangkar kami dan kemudian dia telah mengambil Momo. Aku dan milo yang sedang lunch terkejut melihat apa yang berlaku.

Aku dan Milo tengah lunch..
Setelah mendengar perbualan antara pemilik kedai dan budak lelaki tadi, aku faham apa yang terjadi. Aku dan Milo tidak mungkin akan bersua dengan Momo lagi kerana Momo telah dijual kepada budak lelaki itu. Aku menangis semahunya. Mana mungkin aku dan Milo mampu hidup tanpa Momo.....Namun, hidup mesti diteruskan. Aku cuba tabahkan hati walaupun Momo tiada disisi.

Beberapa hari kemudian, datang seorang wanita ke pet shop ini. Jantung aku berdegup..dup..dap..dup..dap... Janganlah aku dipisahkan dengan Milo..huhuuu.. aku tak sanggup..... Namun, takdir sudah tertulis bahawa aku dan Milo sudah tidak dapat bersama. Kali ini aku pula yang dibawa pulang oleh wanita tersebut. Gugur air mataku melihat Milo yang keseekoran di dalam sangkar yang mencipta seribu memori kami bertiga.

Milo keseekoran.....bye bye Milo...huk..huk...
Aku terus dibawa pulang oleh tuan baruku dan aku diletakkan di dalam sangkar yang sangat cantik (macam dalam cerita wonder pet). Di dalam sangkar itu terdapat seekor hamster yang tidak aku kenali. Aku tidak bertegur sapa dengan dia. Setelah sekian lama, aku sudah biasa dengan suasana baru di situ. Aku juga telah mula berkawan dengan rakan sesangkarku (sangkarmate). Aku juga tidak lagi dikurung 24 jam seperti di pets shop dahulu kerana tuan aku selalu bermain dengan aku, mandikan aku, suapkan makan aku.... bahagianya aku di rumah baru ni. Aku sudah dapat rasakan kebebasan yang aku cari yang selama ini hanya terperap di dalam sangkar kecil. Tuan aku suka bermain dengan aku, dia selalu memuji kecomelanku. Aku yakin, Milo dan Momo juga gembira seperti aku di sini dan aku harap agar mereka sentiasa ingat kepada kisah kenangan dan persahabatan  kami bertiga.

Hamster said:
Sekian sahaja kisah aku seekor hamster. Aku memang comel, tapi tak dinafikan juga penulis blog ni lagi comel sebenarnya....

Aziatie said :
No komen...

Lahirnya Aku ke Dunia

Posted by Aziatie at 6:25 AM 1 comments
Hari ini bertambah lagi umur aku. Syukur aku masih dipanjangkan umur walaupun aku sedar banyak masa sepanjang hidup ini aku sia-siakan. Semakin jauh aku melangkah dalam meniti usia, aku bermohon kepadaMu agar sepanjang usia ini diberkati..

Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a'robiy bertanya kepada Rasulullah:
"Wahai Rasulullah, siapakah yang terbaik? 
Rasulullah saw menjawab: "Orang yang panjang umur dan baik akhlaknya".

Dari Abi barzah al-Aslami, r.a, dari nabi saw, sabdanya:
"Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingg ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan"
Monolog:
  • terima kasih buat Ummi kerana melahirkan aku.....membesarkan aku yang punya karenah pelbagai....huhuu...
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal