Sunday, July 31, 2011

Ahlan Ya Ramadhan

Posted by Aziatie at 6:31 AM 1 comments
Assalamu'alaikum.... Alhamdulillah saya berkesempatan untuk menge'post' entry dalam blog ni hari ni. Insya-Allah, esok semua ummat Islam di seluruh negara akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia, Ramadhan al-mubarak.... Syukur juga kepada Allah kerana saya diberi peluang untuk bertemu Ramadhan pada kali ini. Moga Ramadhan kali ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, tapi diharap ibadah puasa ini dapat mendidik nafsu dan memupuk iman kita. Seperti kita sedia maklum, bulan Ramadhan merupakan bulan yang amat mulia dan beribadah dalam bulan ini mempunyai banyak kelebihan. (Boleh baca post saya yang lepas tentang fadhilat Ramadhan-klik sini). Kali ni, saya menyambut bulan Ramadhan di rumah, dengan keluarga. Dah lama sangat saya menyambut awal Ramadhan di tempat orang, sempat berpuasa 3, 4 hari saja kat rumah. Puasa kali ni saya boleh puasa kat rumah sampailah hujung Ramadhan, insya-allah...

Hari ni orang tengok anak bulan dan malam ni jugak pengumuman tarikh puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Dari kecik (masa mula-mula belajar puasa) sampai la dah tua ni, saya mesti tak lepaskan peluang tengok pengumuman puasa atau pengumuman raya. Tapi kali ni mesti pengumuman puasa 'feel' dia lain sikit sebab Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang selalu kita tengok di TV iaitu Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah (79 tahun), sudah bersara secara rasminya pada 7 Januari 2011 yang lalu setelah berkhidmat selama 22 tahun. Jawatan beliau telah diambil alih oleh Datuk Ahmad Zainal abidin Muhammad Yusof yang mula bertugas pada10 Januari 2011 lepas.
Wajah yang muncul 2,3 tahun sekali dalam TV


Tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja

Sebagai seorang Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Ibrahim memainkan peranan yang sangat besar. Antaranya ialah:
  • Merupakan Setiausaha Majlis Raja-Raja;
  • Mengurus setia Mesyuarat Majlis Raja-Raja;
  • Menyelaras Mesyuarat Khas Pemilihan Yang Dipertuan Agong dan Timbalan Yang DiPertuan Agong;
  • Menguruskan pengeluaran Surat Cara Pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Kerajaan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ketua Audit Negara, Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan beberapa jawatan Hakim yang penting;
  • Bertanggungjawab mengeluarkan Surat Cara Pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dan Pengerusi dan Ahli Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam; dan
  • Menyelaras Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Ramadan, Aidilfitri dan Aidiladha serta menyelaras bagi menyampaikan keputusan terbabit.

Nota kaki:
  • 0oooo... Baru la tahu.. Ingatkan tugas penyimpan mohor ni umum tarikh puasa & raya je....
  • Saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua family, sahabat handai, rakan blogger, pelawat blog ni dan semua yang saya tak sempat nak sebut....
  •  Saya juga nak mohon maaf kepada semua andai saya ada buat salah atau melukakan hati sesiapa. Saya tahu, saya ni bukan budak baik, suka kacau orang.
  • Moga kita sama-sama memperoleh keampunan Allah di bulan yang barakah ini....ameen..

Sunday, July 24, 2011

Kisah Nabi Sulaiman dengan Seekor Semut

Posted by Aziatie at 10:50 AM 3 comments
Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang banyak mana makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam tempoh satu tahun. Lalu semut itu menjawab ia hanya makan makanan sebanyak sebutir biji gandum. Lalu nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut ke dalam satu bekas dan diletakkan bersama sebiji gula yang sama besar dengan sebiji gandum. Bekas itu kemudiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun, bekas itu dibuka semula. Hairan Nabi Sulaiman apabila didapati hanya separuh sahaja gula tersebut dimakan semut itu. Nabi Sulaiman bertanya, menagapa hanya separuh makanna sahaja dihabiskansedangkan semut tersebut berkata bahawa ia perlukan makanna sebesar sebutir gandum. ...?


Kemudian semut itu menyatakan bahawa jika di luar bekas rezekinya dijamin oleh Allah dan ia yakin Allah akan mencukupkan rezekinya. Oleh itu dia tidak perlu risau. Tetapi apabila semut itu dikurung oleh manusia, ia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana ia tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. Kalau-kalau manusia (Nabi Sulaiman) akan mengurung semut itu lebih dari tempoh setahun (seperti yang dijanjikan), apa yang akan terjadi kepada semut itu?


Ini bermakna, semut itu lebih yakin dengan janji Allahketika di luar bekas berbanding janji manusia ketika semut itu berada di luar bekas. Untuk menghadapi sebarang kemungkinan, semut tersebut hanya menghabiskan separuh sahaja supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan, ia mampu bertahan kerana masih ada baki makanna  yang boleh dimakan.

Friday, May 13, 2011

Dakwah Orang Muda

Posted by Aziatie at 2:04 AM 2 comments
Assalamu'alaikum wbt...
Rasanya ramai yang kenal Anwar Hadi dan Mat Luthfi kan. Kawan-kawan saya pun ramai yang minat dengan video yang mereka buat. Ok, bagi yang tak tahu, mereka ni merupakan pelajar Malaysia yang belajar di Australia. Mereka buat video dan video ni mereka mendapat banyak perhatian ramai orang terutamanya remaja.
Mat Luthfi
Kebanyakkan video mereka sangat kelakar, saya pun tergelak sebab cara penyampaian mereka sangat kreatif. Tapi ramai yang lagi suka Mat Luthfi sebab dia lagi kelakar kalau dibandingkan dengan Anwar hadi. Ye ke..? Depends la kot. Tapi bagi saya dua-dua pun kelakar. Kelakar, kelakar jugak, sebenarnya ada mesej yang mereka sampaikan. Inilah yang dinamakan 'dakwah orang muda'. Dakwah yang versatile macam ni diharap dapat menarik ramai remaja di luar sana. Cuba tengok video ni.....



Dakwah tak semestinya berkopiah berserban semua tu. Asalkan seseorang tu menyeru dan mengajak untuk melakukan sesuatu perkara baik juga merupakan satu dakwah.

* Kan bagus kalau buat video macam ni, bukan buat video miming yang entah apa-apa yang tak ada motif langsung.

Doa Yang Tidak Diperkenan

Posted by Aziatie at 1:46 AM 0 comments
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya : “Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Surah al-Mukminun : Ayat 51). “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu…” (Surah al-Baqarah : Ayat 172).
Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa : “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!”. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara tidak berhati-hati dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT.

Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.

Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud : “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut..” (Surah al-A’raf : Ayat 55)

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya : “Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa”. (at-Tabrani)

10 Hari Itu [Part 3-last-]

Posted by Aziatie at 1:10 AM 1 comments
Assalamu'alaikum wbt....
Akhirnya hari ni hari terakhir saya berada di upsi untuk sem ni. YEEEHH!! tak sabar lagi dah saya nak balik, rasa macam dah berkurun menunggu. Alhamdulillah semua tugasan & program untuk sem ni dah habis. Insya'allah esok pagi saya balik Terengganu 

Happy tu memang la happy, tapi sure la saya akan rindu upsi bila kat rumah nanti... Belum balik rumah lagi pun saya dah rindu kat kawan-kawan yang dah balik awal daripada saya, padahal baru seminggu lebih tak jumpa. Rindu kat Murni, Nabilah..... Rindu jugak kat Masliza, the best roomate forever  Saya dah takkan ada roomate lagi sebab semester depan dah tak duduk kolej, saya duduk rumah sewa luar. Tak tahu la macam mana tak ada roomate sem depan, bercakap dengan dinding la agaknya nanti. Tak apa lah, lama-lama maybe saya boleh biasakan diri.

Mula esok saya cuti semester hinggalah 12 September 2011. Tak pernah cuti yang tersangat lama macam ni. Apa yang saya nak buat? Kerja part time...? Tak kot. Hope cuti 4  bulan ni terisi la dengan benda yang berfaedah sikit, bukan makan tidur je. Tu je la yang saya nak cakap. Sebenarnya saya nak cerita pasal field study saya kat Pusat Anak Permata Negara Putrajaya, tapi tak payah la kot. Bye bye UPSI ♥ ♥ 
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal