Thursday, January 19, 2012

Suka beli buku tak bermakna rajin baca buku @ ulat buku

Posted by Aziatie at 11:02 PM 2 comments
Assalamualaikum...
(",) Post kali ni tak ada apa-apa yang nak tulis.... Saja jenguk blog, nak cuci segala apa yang bersawang dalam blog ni... Sedih pun ada tengok blog ni tak macam dulu :( Takpe la, sem depan nak rajin sikit la update...~berangan~
Sekarang ni nak prabis baca buku-buku yang beli tadi... Walaupun tak minat sangat dengan 1Malaysia, tapi Baucer Buku 1Malaysia saya rasa ok la kot.. Pasal saya boleh beli buku tanpa penyesalan (sebab bukan guna duit dari poket sendiri)..huhuu... Hari tu kawan tanya nak beli buku apa sampai Rm200??... fuhh.. kalau saya, bukan Rm200, tapi Rm2k pun bleh habis buat beli buku.... Tapi baca belum tentu habis ke tak....

Sebelum balik cuti sem, ada sorang kawan cakap voucher ni boleh tukar dengan duit tunai, tapi tak dapat penuh la.. maybe dapat dalam Rm180-Rm190... Saya pikir, baik saya buat beli buku je... Kalau dapat tunai, entah ke mana duit saya pergi.... Kebetulan jugak la saya terbaca kawan saya post kat fesbuk pasal voucher ni.....

Oleh kerana voucher buku bernilai RM200 itu khas untuk dibeli buku dan diterima sebagai 'WANG', menukarnya dengan tunai pada harga yang sama adalah salah di sisi undang-undang Malaysia, tetapi tiada masalah dari sudut Fiqh. Tapi menjual atau menukar voucher itu dengan harga yang lebih murah boleh jatuh dalam hukum RIBA kerana menukar wang dengan wang yang TIDAK SAMA KUANTITINYA adalah Riba al-Fadhl. -Zaharudin.net-
0oo.... Rupa-rupanya ini pun dikira riba.. Nampak macam biasa je kan.... ermm.... Nasib baik saya tak berminat nak tukar voucher dengan duit..... So, tadi saya pun dah habiskan Rm150.15 kat kedai buku Popular Mesra Mall yang tak berapa nak popular sangat... Lagi Rm50 voucher saya guna nanti-nanti la, tadi tak ada pulak buku yang saya nak...

# nahh.. ambik la satu sorang...

# dapat free gift eco cup =)

Ok la.. stop sini dulu... nak tengok wrestling lak... boleh percaya ke...? sila jangan percaya.... 

Tuesday, January 10, 2012

soalan yang paling susah nak jawab... belum dapat jawapan.. sekian..

Posted by Aziatie at 11:45 PM 4 comments
Dah mula pun cuti sem... so, kena la rajin update blog kan... ermmmm.... tapi apa nak tulis pun tak tahu... cuti sem ni saya tak ada plan pun nak buat apa selain makan tido...xoxo..
                                  <-------knape troll face ni agak glemer skrg...?  tak cute pun..
Tapi cuti ni ada banyak undangan majlis kawin... tak tahu la boleh sampai ke idak ke semua majlis tu.. tapi yang pastinya saya akan usahakan sedaya upaya pergi ke majlis kawin BFF saya.. insya-Allah, 5hb february ni... Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma... tak ku sangka wahai kawan, ko dah nak jadi bini orang dah.... bila la aku nak ikut jejak hang? haha... btw...aku sangat2 happy untuk ko... love after marriage.. sangat sweet.... hope walaupun ko dah jadi Puan, ko tetap punyai masa untuk aku yg masih bergelar Cik...huhuu.... tengah2 google tadi jumpa ni:
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka dia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintu mana yang dia suka (mengikut pilihannya)."- Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani
Daripada hadis ni.... wanita boleh masuk syurga dengan empat syarat iaitu solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga maruah dan mentaati suami.. so.. beruntung la sesiapa yang dah kawin (bersuami) sebab dia dah ada semua syarat, hanya perlu menyempurnakannya sahaja... inilah kelebihan wanita yang dah kawin.. Ok la.. saya bukan nak sampaikan slot mcm dalam kursus kawin....

Dalam tahun ni, ramai kawan sekolah saya yg nak bina masjid... dan macam biasa la, soalan klise lagi stereotype yg biasa orang tanya: "Mas bila lagi?"..."Sape calon?"..bla..bla..bla.. i'm speechless... kalau nak jawab "no komen" macam bajet artis lak...LOL... so, saya hanya mampu buat muka macam troll.... huhuu... 0h baru saya tau sebab apa troll face ni famous..
muka kedut... sila dapatkan krim anti penuaan..

Entah la apa saya nak jawab bila orang tanya soalan macam tu... semua ni kan Allah yang tentukan... Dia lah sebaik-baik perancang....

to be continued......

Tuesday, December 27, 2011

i can't tell..so i write..

Posted by Aziatie at 12:32 AM 4 comments

i'm standing by my window...
with a mug of tea o....
the smell of the tea make me think of some sort of scent..
it ressembles the scent of yellow roses...
yes..i love it..

then the wind blow at my face....
what a gloomy night...
no stars in the sky...
no...the stars are always there..
but i can't see it....
ohh... i really miss the atmosphere of my hometown....
but i'm in thousand miles away...
this feels like a different continent...

i have to admit though...
i have been extremely busy..
so busy that I didn't even realize that it was Disember already..
let alone almost the end of 2011..
january coming...
i'm turning 2_ ....i'm gettin old....
Mas Aziatie..you have to behave like adult..
you're not a teen anymore :(

i got final exam next week...
this is life stage i must go through....
i didn't start my revison yet...
ok...i rest my case...
hope i can enjoy every single moment moment i spent
with these notes and books.....
dah2 la....pergi study lagi baik...


*sorry for any mistakes in this post....i admit my english is getting worse..skrg dh kurang tulis in english...i'm not grammar geek some more*

Thursday, December 8, 2011

Apa persamaan Malaysia dan Zimbabwe?

Posted by Aziatie at 2:17 AM 4 comments

Pemimpin yang hidup mewah merupakan antara tanda-tanda akhir zaman. Pemimpin hidupnya mewah ya amat, tapi rakyat jelata pulak papa kedana. Seperti yang kita tahu, kadar kemiskinan di Zimbabwe adalah tinggi, perang saudara selalu berlaku, taraf hidup dan kesihatan yang amat rendah dan pentadbiran kerajaan yang korup. 

Di sebalik semua itu, kepimpinan pemerintah diktator yang kononnya demokrasi iaitu dibawah Presiden kedua Zimbabwe, Robet Mugabe masih sempat lagi mengaut keuntungan demi kemewahan diri sendiri. Robert Mugabe memerintah Zimbabwe dari tahun 1987 sehingga sekarang dengan usianya kini mencecah 87 tahun. Segala kekayaan negara hanya beredar di sekeliling sesetengah kelompok sahaja. Gambar-gambar kat bawah ni menunjukkan betapa teruknya kadar inflasi yang melanda Zimbabwe sekarang. Zimbabwe merupakan antara negara Afrika yang mengalami inflasi paling teruk malah lagi teruk jika dibanding inflasi yang berlaku di Tanah Melayu sewaktu penjajahan kuasa imperialis Jepun dahulu....

Nilai mata wang kertas yang paling tinggi di dunia setakat ini....


Gambar kat atas ni menunjukkan seorang pembeli membeli sepapan telur ayam dengan seberkas wang kertas.... Gambar kat bawah pulak menunjukkan sebotol bir dibeli dengan beberapa berkas wang kertas....

Dalam rakyat Zimbabwe berdepan dengan kehidupan mereka yang perit, gambar di bawah ni menunjukkan istana agam presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang mewah giler dan amat berbeza dengan keadaan rumah rakyat jelata Zimbabwe. Rumah yang ala-ala istana eropah dibina dalam anggaran kos $3.5 juta pound sterling. Pemimpin boleh bermewah-mewahan sedangkan rakyat hidup di bawah garis kemiskinan, penyebaran hiv/aids yang tak terbendung dan keadaan ekonomi negara yang terus merudum dengan inflasinya.....

Istana presiden Zimbabwe, Robert Mugabe













Tuuudia...... Seronok2 kau hidup mewah tapi rakyat nak makan pun susah... Nak beli telor sepapan pun kena bawak duit beberkas.... kalau nak beli t-shirt padini mesti mau kena bawak duit dalam berguni2.... (tapi tak de nyer rakyat Zimbabwe mampu beli padini....)....


Tak mustahil semua ni terjadi di negara kita kalau pemimpin yang korup & gila kuasa terus memegang tampuk pemerintahan.... Sekarang pun kita dapat tengok, ramai rakyat M'sia yang hidup miskin kerana harta kekayaan negara hanya beredar di sesetengah golongan sahaja.... Harga petrol naik, barang lain pun naik, cukai naik, tapi gaji tak pernah nak naik pun... Macam lirik lagu Kelibat Korupsi by One Buck Short:
Fakir miskin terpedaya....Orang kaya semakin kaya....Bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan....AP senang didapat....Projek besar diorang rembat....
* Tak minat pun band ni, tak bestt... pernah dengar tapi tak berapa nak jelas la apa yg dorang nyanyi tu pasal dorang banyak jerit2, bukan nyanyi....lol....


Nota kaki (tangan yg taip, kaki dapat nama..): 
  • Apakah persamaan Malaysia dan Zimbabwe? renung-renungkan lah..


Saturday, November 26, 2011

Vlogger vs Blogger

Posted by Aziatie at 1:38 AM 0 comments
Assalamu'alaikum.....
Sebelum masuk tahun baru hijrah, saya nak post entry ni dulu... Maybe ni entry saya yang terakhir....untuk tahun 1432H ni... Jumpa lagi di tahun 1433H..Insya'allah...

Apa itu vlogger? Kalau blogger ramai yang dah tahu. Ok lah, tak payah sembang banyak, vlogger ni ialah blogger yang yang menggunakan kamera, video cam atau yang sewaktu dengannya untuk merakam dan menyampaikan pesanan, pandangan, lakonan etc. Kemudian mereka akan upload video tu di youtube atau blog. So, sebab tu lah diorang dinamakan VLOGGER (Video Blogger)....

Antara top vlogger kat Malaysia ni ialah Anwar Hadi, Mat Luthfi, Aiman Azlan, Maria Elena dan lain-lain yang saya tak kenal. Sekarang dah mula nampak ramai yang minat nak jadi vlogger. Bagi saya, kalau yang lelaki ok la kot. Tapi kalau vlogger perempuan...... Vlogger perempuan ada yang ok tapi kalau Cikgu Syida.... NO KOMEN... Tapi dia la yang paling femous dalam ramai-ramai vlogger... Siap dapat masuk tv, radio, jadi tetamu undangan dalam talkshow bagai.... kelas kau jah...
Saya bukan nak cerita pasal Cikgu Syida, tapi saya just nak bagi pendapat saya pasal VLOGGER. Untuk menjadi seorang vlogger, bukan senang, mesti kena berani & kreatif. Tak macam blogger yang boleh tulis sesuka hati sebab orang tak kenal siapa kita :)  Tapi, saya tengok ada vlogger yang tak guna peluang sepenuhnya untuk sampaikan mesej berguna kepada penonton. So, saya rasa mereka agak rugi sebab bakat ber'vlogging' mereka tu digunakan untuk hiburan saja... Tak salah pun nak berhibur, tapi kalau selitkan sikit unsur +ve kan lagi bagus.......

Bagi perempuan pulak, banyak perkara kena ambil kira kalau nak jadi vlogger. Pertamanya mestilah kena jaga aurat & adat sebagai muslimah... Kalau dah tutup aurat pun, tapi kalau dalam vlog anda menyanyi? itu pun dikira aurat~ Nampak simple...

Tapi saya jarang tengok vlog sebab kalau tengok youtube selalu buffering... So, baca blog lagi best..... Tapi ada satu video yang saya rasa tak sia-sia saya tunggu 13 minit... Yapp...Video Matluthfi yang latest: Rokok & Kopiah.... Banyak interpretasi yang dapat dibuat lepas tonton video ni... Sebelum ni saya tak la follow sangat vlog Matluthfi sebab vlog dia yang sebelum ni bagi saya biasa-biasa je, tapi video rokok & kopiah ni memang terbaik..... Macam tengok filem pendek.... Brilliant !




Kepercayaan tanpa rasional _ buta
Rasional tanpa kepercayaan _ kontang

jangan sampai jadi perigi buta, sudahlah buta, kontang lagi.....

Nota buku lima:
  • Lama dah tak jenguk blog ni.. bersawang dah.... 
  • Vlog & Blog sama je... Semua ada kelebihan & kekurangan masing-masing..
  • Saya tak mungkin vlogging... Takde bakat langsung...
  • Jangan lupa baca doa akhir tahun & doa awal tahun....
  • Salam Maal Hijrah 1433H...
  • Thanks semua yang sudi skodeng blog ni... :)
Sekian saja untuk kali ni.... Wassalam..
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal