Showing posts with label kolaj. Show all posts
Showing posts with label kolaj. Show all posts

Saturday, August 28, 2010

Kolaj kain

Posted by Aziatie at 9:47 PM 4 comments
Kolaj bukan sahaja dapat dihasilkan daripada kertas, kad dan majalah. Tetapi kolaj juga dapat di hasilkan dengan menggunakan kain (fabrik). Antara bahan yang diperlukan untuk menyiapkan kolaj ini ialah:
  • fabrik bercorak
  • gam
  • gunting
  • kertas lukisan / kad 
Prosedur:
  1. Tetapkan corak kolaj yang ingin dibuat.
  2. Gunting corak yang terdapat pada kain mengikut kreativiti sendiri.
  3. Gam  kain yang telah dipotong pada kertas / kad.
  4. Dah siap !!
* Thx kpd roomate sbb tolong gunting bunga-bunga kat kain tu..... 






  




Monday, August 9, 2010

Asas Seni Kolaj

Posted by Aziatie at 8:57 AM 5 comments



KOLAJ bermaksud tampal & gam. Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni halus. Antara bahan yang sesuai digunakan untuk  kolaj ini ialah antaranya carikan kertas-kertas, keratan akhbar, kepingan besi, kain atau kain perca dan kepingan – kepingan nipis yang lain.
Kini teknik kolaj telah berkembang ke arah yang lebih menggunakan teknik yang menggunakan jahitan dan tampalan kain. Kalau dulu, teknik kolaj hanya menggunakan kertas tetapi kini berbagai teknik telah muncul seperti guntingan kain perca yang lebih memberi corak yang lebih menarik. Kolaj sendiri memerluka teknik halus yang teliti dan memerlukan kesabaran dan ketelitian.

Seni kolaj juga amat praktikal dalam pengajaran kelas pendidikan khas. Disamping aktiviti ini dapat memberi keseronokan kepada murid, aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Antara asas kemahiran seni kolaj yang simple dan mudah adalah:
  • mengoyak & menampal
  • koyak secara menurun & halus
  • membuat gambar
  • tampalan kertas tisu
  • tampalan kain perca
  • tampalan tali
  • tampalan pelbagai bahan ( dua & tiga dimensi)
  • dan banyak lagi
 Klik sini untuk lihat Kolaj kain

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal