Showing posts with label palestin. Show all posts
Showing posts with label palestin. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

Misi Pelayaran Kemanusiaan Gaza dilancarkan

Posted by Aziatie at 6:54 PM 0 comments

Sumber : LL4G

 
KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2010 - Sidang media pelancaran Konvoi Misi Pelayaran Kemanusiaan Gaza telah diadakan di bilik VIP, Stesen Sentral Kuala Lumpur. Dijangkakan konvoi ini akan bertolak pada bulan November, 2010 depan dengan mensasarkan kutipan sebanyak RM7 juta. Dana ini akan digunakan untuk membeli kapal dan juga alatan pendidikan, perubatan dan binaan yang diperlukan oleh penduduk di Gaza.
Sidang media tersebut dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Darus Senawi Ali, Timbalan presiden HALUAN. Bacaan doa tersebut kemudiannya disusuli oleh Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin, pengerusi Lifeline for Gaza (LL4G) yang memberi penerangan terkini mengenai keperluan penduduk Gaza. Sejurus selepas itu, beliau juga menjelaskan mengenai persediaan konvoi misi pelayaran kemanusiaan Gaza.
Turut hadir dalam sidang media kali ini ialah Naib Presiden HALUAN,  Tuan Hj. Sr. Sabbri Mohd Yudin, Pengerusi Aman Malaysia, Dato’ Ahmad Zaki, Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia, YB Dr. Rani, Naib Presiden Muslim Care, En. Zulkefli Mohd Nani, wakil Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Ustaz Taqiuddin, wakil Viva Palestina Malaysia, Puan Norazian Anidin, wakil Pertubuhan Mawaddah, Puan Norlena Nann, wakil ABIM, En Raimi, dan wakil Public Campaign for Palestine, Dr. Isa. Para penasyid tanahair seperti Rabbani dan In-team turut hadir menyerikan majlis tersebut.
“Kami akan membantu berkempen menjayakan usaha membantu rakyat Gaza dan Palestin melalui konsert-konsert nasyid mahabbah Gaza di seluruh negara,” ujar Encik Azadan, pengurus Rabbani production.
Selesai soal jawab dalam sidang media, para pimpinan NGO berarak turun ke tapak pameran untuk gimik pelancaran konvoi dan pameran Palestin dengan membawa bendera-bendera Malaysia dan Palestin.
Pameran Palestin ini digerakkan oleh AMAN Malaysia dengan kerjasama Lifeline for Gaza. Menurut Dato’ Ahmad Zaki, selaku pengarah projek, pameran ini akan berlangsung sehingga 8 September ini dan kutipan dana statik dan tabung bergerak akan dibuat sepanjang kempen tersebut. Setiap badan NGO gabungan Lifeline for Gaza akan mengatur pelbagai aktiviti sepanjang kempen sehingga November ini untuk mencapai sasaran dana.
Menurut Tuan Hj Noorazman, pengerusi Lifeline for Gaza:
 
“Gabungan badan NGO LL4G berharap agar seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira status, agama dan latarbelakang menyokong usaha yang suci murni ini. Isu ini bukanlah isu orang Arab atau isu umat Islam. Isu sebenarnya ialah untuk menyatakan ketegasan kita untuk tidak mengiktiraf perhambaaan, aparteid dan perlanunan oleh Zionis Israel terhadap rakyat Palestin, terutamanya di Gaza. Kita tidak boleh berdiam diri dengan tindakan kejam ini. Marilah sama-sama kita bersatu dan berpadu menyuarakan bantahan kita terhadap kezaliman dan kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin sejak enam dekad lalu.”
Menurut beliau lagi, 16 badan NGO utama yang terlibat dengan gabungan projek Lifeline4 Gaza kali ini ialah:
1. HALUAN Malaysia
2. HALUAN Palestin
3. Dewan Pemuda Masjid Malaysia
4. Yayasan Amal Malaysia
5. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
6. Muslim Care Malaysia
7. ABIM
8. Viva Palestina Malaysia
9. Aqsa Syarif Berhad
10. JIM
11. Palestine Center of Excellence (PACE)
12. Barakah, gabungan NGO Islam Pahang
13. FORUM, gabungan NGO Islam Pulau Pinang
14. CAKNA Palestin
15. AMAN Malaysia, dan
16. Public Campaign for Palestine.
 
Pihak life line for Gaza amat mengalu-alukan sumbangan kewangan bagi konvoi kemanusiaan Gaza kedua melalui akaun utama di bawah:
Nama Akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”
No. Akaun : 5644 9020 8528
Bank : Maybank Berhad
Sumbangan korporat dan zakat di mana sumbangan dapat dimasukkan ke dalam akaun yang tertera di atas.

Friday, August 20, 2010

Asal-usul nama Kapal Rachel Corrie

Posted by Aziatie at 11:23 PM 0 comments

Kapal Rachel Corrie
Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement). Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.

Kapal itu dinamakan Rachel Corrie. Siapakah Rachel Corrie??
Rachel Aliene Corrie (April 1979 - 16 Mac 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM). Beliau meninggal sewaktu berusia 23. Dia merupakan pelajar di Evergreen State College di Olympia, Washington, Amerika Syarikat. Dia meninggal pada hari ahad 16 Mac 2003 di selatan Gaza city di Rafah sewaktu sedang menghalang sebuah jentolak askar israel laknatullah dari merobohkan rumah seorang saudara seislam kita di Palestin.
Rachel Corrie (kanan sekali) dan ahli-ahli pertubuhan NGO International Solidarity Movement sedang memegang banner 'Israeli army stop shooting children' sewaktu protes serangan tentera israel di Kem Pelarian Palestin di Rafah di selatan Gaza. Foto ini dirakam pada hari jumaat, 14 Mac 2003.

Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.
Sewaktu itu beliau sedang menghalang pergerakan sebuah jentolak askar israel dari merobohkan sebuah rumah penduduk palestin. Dia memakai baju oren untuk mudah dilihat oleh pemandu jentolak dan sudah semestinya pemandu jentolak itu dapat melihat rachel. Dia juga menggunakan pembesar suara di tangannya untuk memaksa pemandu jentolak itu berundur.

Beliau bersama seorang lagi teman seperjuangan dalam pertubuhan NGO itu sedang berusaha menghalang jentolak tentera israel dari merobohkan rumah kediaman penduduk palestin di selatan gaza.

Secara tiba-tiba jentolak itu bergerak laju ke hadapan tanpa sebarang amaran dan terus melanggar beliau yang berdiri di hadapan jentolak itu. Akibatnya beliau mengalami kecederaan yang amat serius di bahagian tubuh.

Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.

Sekumpulan doktor perubatan Gaza sedang berusaha menyelamatkan nyawa Rachel Corrie yang sedang nyawa-nyawa ikan. Namun usaha itu tidak berhasil akibat kecederaan yang amat serius yang dialaminya.

Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.

Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.

Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali Yahudi Zionis masih mengatakan ianya kemalangan.

Keseluruhan pelajar di Evergreen State College di Olympia, Washington, US, berkumpul sekitar kawasan memperingati kematian Rachel Corrie. Kesemua teman sefakulti dan pensyarah terkejut dengan kekejaman israel yang begitu kejam itu.

sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia 
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal