Tuesday, April 13, 2010

Good Luck in Final Exam~

Posted by Aziatie at 2:13 AM 0 comments

Sekarang tengah study week...Sem ni rasa kejap sangat tak tahu kenapa. Maybe busy dengan banyak assignment kot. Sampaikan tak sempat nak hang out dengan best friend aku, Awa'tif...huhuuu...dia pun busy jugak...
uurrrmmm....
Sem ni banyak benda yang aku rasa best =) Sem ni aku lebih rapat dengan budak kelas compare dengan sem lepas. Paling close dengan aku si Asyikin la...10 jam sehari aku dengan dia kot. Dia pun dah muak tengok aku..haha..sabor yea Syikin...
Hope sem depan lagi best & heppening walaupun one of us (Has) akan pergi Filipin for student exchange. Has: Take care dear...Jangan nakal2 =)

So..kepada kawan2 semua (A'watif, Syikin, Nabilah, Murni, Has, et al),
 good luck in final exam~!!

*mood: Study sambil fb & ym...hehe

Thursday, February 4, 2010

Teka teki Imam Ghazali

Posted by Aziatie at 7:36 PM 0 comments

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau mengajukan 6 soalan kepada mereka:

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 = ” Orang tua”
Murid 2 = ” Guru”
Murid 3 = ” Teman”
Murid 4 = ” Kaum kerabat”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = ” Negeri Cina”
Murid 2 = ” Bulan”
Murid 3 = ” Matahari”
Murid 4 = ” Bintang-bintang”
Iman Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Iman Ghazali = “Apakah yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 = ” Gunung”
Murid 2 = ” Matahari”
Murid 3 = ” Bumi”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat di dunia ini?”
Murid 1 = ” Baja”
Murid 2 = ” Besi”
Murid 3 = ” Gajah”
Imam Ghazali = “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”
Imam Ghazali = “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang”
Imam Ghazali = “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri”
Daripada teka-teki Imam Al-Ghazali ini, elok jika kita merenungi sedalam-dalamnya persoalan-persoalan berikut:
Sejauh manakah kita mengingati detik kematian serta mempersiapkan diri kita untuk menghadapi saat-saat tersebut yang pasti datang pada bila-bila masa.
Sejauh manakah kita mengambil iktibar dari pengalaman lalu agar kita dapat menempuhi hidup mendatang di atas garisan Syariah yang telah di tetapkan oleh Allah swt.
Sejauh manakah kita dapat mengawal dan menguasai hawa nafsu agar kita dapat menjauhkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah swt.
Sejauh manakah kita telah berjaya memikul tugas dan menjalankan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Sejauh manakah kita menjaga serta memperbaiki mutu dan kualiti ibadah kita, khususnya solat yang merupakan tiang seri bagi agama Islam.
Sejauh manakah kita mengawal lidah kita dari menuturkan kata-kata yang boleh melukakan perasaan mereka yang berada di sekeliling kita?
Sabda Rasullullah (SAW): “Berkatalah kamu pada perkara yg membawa kebaikkan, jika tidak….diam adalah lebih baik”

Sunday, January 17, 2010

Adab Pergaulan Dalam Islam

Posted by Aziatie at 9:50 AM 1 comments
Menundukkan pandangan

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30).

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 31).


  • Menutup Aurat
  • ALLAH berfirman  dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31).
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri  berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.



Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA: Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita)
maka mintalah dari balik hijab (al-Ahzaab: 53).






  • Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan



  • Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seoranglelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
    Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).


  • Tidak Melunakkan Ucapan (perkataan)



  • Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (al-Ahzaab: 32).
    Berkata Imam Ibnu Kathir;
    Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya (Tafsir Ibnu Kathir 3/350).


  • Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan jenis



  • Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (Hadis Riwayat Bukhari).

    Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda:
    Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

    Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk (al-Isra: 32).

    Thursday, January 14, 2010

    REDHA TAKDIR ALLAH

    Posted by Aziatie at 8:50 AM 0 comments
    Rasullullah bersabda "dan ketahuilah olehmu bahawa apa yang menimpamu belum tentu kerana kesalahanmu dan akibat dari kesalahanmu dan akibat dari kesalahanmu itu belum tentu menimpamu" Rasulullah juga bersabda "jagalah agar kamu selalu dalam keadaan yang bermanfaat bagimu dirimu dan mohonlah selalu pertolongan kepada Allah, serta jangan sampai bosan. jika engkau ditimpa sesuatu cubaan, maka janganlah engkau berkata: "kalau senadainya aku berbuat begitu dan begini, tentu TIDAK akan jadi. tetapi ucapkanlah "Allah Maha Kuasa berbuat sekehendaknya, kerana kata seandainya itu memberi peluang bagi syaitan.


    seandainya manusia datang dengan kepercayaan sebesar gunung tetapi dia tidak beriman dengan ketentuan dan takdir Allah, maka Allah akan menuangkan air panas ke wajahnya dalam neraka.

    Thursday, January 7, 2010

    SAHABAT SEJATI

    Posted by Aziatie at 8:45 AM 0 comments

    Saya terjumpa artikel ni...agak menarik...sekarang ni susah nak dapat sahabat sejati..

    “Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
    'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'

    ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

    Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
    “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

    DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

    Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

    Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
    • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
    • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
    • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
    • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
    • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
    • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
    • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
    • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
    • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
    • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
    • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
    • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
    • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
    • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
    Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

    sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

    sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

    sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

    sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
    Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.


    * dengar lagu nasyid kumpulan Brothers, TEMAN SEJATI...

     

    Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal