Showing posts with label hari-hariku di sini. Show all posts
Showing posts with label hari-hariku di sini. Show all posts
Thursday, December 2, 2010
Monday, November 29, 2010
Kenapa Saya Buat Blog?
Kenapa saya blogging? kadang-kadang saya pun ada terfikir kenapa saya suka 'hobi' baru saya ni. Kalau sesetengah orang yang blogging, mereka mungkin buat blog sebab ada alasan tersendiri seperti untuk meluahkan perasaan, menceritakan pengalaman hidup, tambah pendapatan, tambah rakan blogger dan macam-macam lagi. Semua tu bergantung kepada individu sendiri la, tapi kebebasan untuk berblogging jangan sampai disalah guna sudah.
Saya sebenarnya mentah lagi dalam dunia blogging (lebih kurang 1 tahun je). Pada mula-mula saya buat blog, saya gunakan blog saya sebagai 'dairi' harian. Apa yang saya buat, apa yang saya suka, apa yang saya tak suka, lagu yang saya dengar pun saya letak dalam blog. Saya anggap blog ni sebagai satu tempat untuk saya luah perasaan saya sebab saya tak suka update status di facebook. Waktu tu, kawan-kawan saya sahaja yang visit blog saya.
Lepas beberapa bulan saya berblogging, saya mula terfikir kenapa saya perlu tulis semua tu dalam blog saya?? Apa yang saya dapat nanti? Kenudian saya terfikir, kenapa tidak saya menjadikan blog saya lebih berinfo sikit supaya dapat saya kongsi dengan lebih ramai orang. Kenapa saya perlu tulis tentang hidup saya yang tak menarik & boring di blog, rasa macam syok sendiri pun ada. Perlu ke saya berkongsi dengan satu dunia tentang kehidupan saya? Lepas sekian lama saya fikir...saya nekad untuk delete semua entry lama yang bagi saya tak mendatangkan banyak faedah untuk saya.
Tak berapa lama lepas tu, maka terciptalah blog kesayangan saya ni yang ada sikit 'hala tuju'. Walaupun ada entry dalam blog saya hanya dicopy paste daripada blog-blog lain, tapi saya rasa itu tak jadi masalah sebab tujuan saya blogging adalah untuk 'sumbat' apa yang saya rasa menarik dan asalkan saya dapat berkongsi sedikit maklumat yang saya tahu dengan semua visitor. Alhamdulillah, usaha saya selama ni tak la sia-sia. Selepas blog saya bertukar wajah, lebih ramai yang visit blog saya. Pernah dalam satu bulan, blog saya menerima lebih daripada 5,000 visitors. Paling membanggakan saya visitors blog saya bukan hanya dari Malaysia, tapi juga dari seluruh dunia (US, German, Brunai, Canada, Japan etc). Hari ni trafik di blog saya semakin bertambah dan diharap semua mendapat manfaat daripada blog ni walaupun saya sedar blog saya masih banyak kelemahan yang saya akan perbaiki dari masa ke masa...insyaALLAH.
Nota kaki:
Bukan trafic yang saya mahu, bukan nama yang mahu saya cipta. Sekadar ingin mendapat sedikit kebaikkan melalui peluang, ruang dan kemudahan yang ada. Moga apa yang saya buat ini memberi kebaikkan bersama....sekian...jumpa lagi ^^
Saturday, November 20, 2010
Sudah Tukar
Hari ni saya dah tukar background blog saya. Diharap semua suka la yer dengan background baru ni, rasanya background ni tak la nampak serabut sangat.
wajah blog saya SEMALAM
wajah blog saya HARI INI
ESOK macam mana??
Tuesday, November 2, 2010
Usaha....Doa....Tawakal....
Bertemu lagi.....Sekarang ni semua orang sibuk dengan final exam, tapi saya tak rasa lagi feel nak exam mungkin sebab exam lambat lagi (tak sampai 3 minggu lagi). Biasanya saya dapat feel nak exam 2, 3 hari sebelum exam ^^
Persediaan nak exam pun tak buat lagi, nota saya memang tak lengkap, nasib baik la ada kawan yang sudi pinkamkan nota untuk difotokopi...Itu la gunanya kawan kan..susah senang bersama...hehheee.....
Sebelum exam mesti....
- Completekan nota
- Buat study group
- Study topik yang agak-agak penting (sometime lecturer bagi hint)
- Study smart, not study hard
- Mintak restu ibu bapa, cikgu2......
- Usaha, doa....moga semua ilmu yang dipelajari mendapat berkat
- Jangan bincang soalan yang dijawab selepas keluar dari dewan peperiksaan.
- Fokus kepada paper yang belum diduduki, jangan pikir yang dah lepas...
- Bila dah usaha, barulah kita tawakal kepada Allah...Redha dengan apa jua keputusan yang dapat...
So..saya nak wish ALL THE BEST kepada semua kawan yang nak exam, tengah exam atau dah lepas exam dan juga kepada adik-adik yang nak SPM......
Tuesday, October 19, 2010
Akhirnya...
Memang lumrah student universiti, sibuk dengan assignment. Tak kisah la assignment kumpulan atau individu, semua mesti hantar sebelum tarikh akhir. Dalam satu subjek yang saya ambil sem ni, kami dibahagikan dalam kumpulan yang beberapa orang daripada mereka saya tak kenal (kebiasaannya ahli kumpulan kami pilih sendiri). Tapi ok jugak walaupun tak kenal, dapatlah tambah kenalan baru kan....
Nak dijadikan cerita kat sini ialah kisah seorang daripada ahli kumpulan saya yang tak siapkan part dia walaupun part yang dia kena siapkan paling sikit compare dengan ahli kimpulan yang lain. Gerammmmnya....Jadi, bila hari nak compile, problem sikit la. Kenapalah dia tak boleh nak siapkan, walhal dah lama masa diberi. Semua orang ada 24 jam, pandai-pandailah uruskan masa kan. Ahli yang lain terpaksa la call budak tu berkali-kali sebab nak suruh dia siapkan kerja dia. Tapi still tak siap jugak....Call lagi..lagi..dan lagi...Finally, pada satu hari ni dia siapkan jugak kerja dia....Dah selesai yang tu, tiba hari presentation dia lak tak datang. Tuuuudia.....agak-agak la kan....
2, 3 minggu kemudian........
Dalam kelas, lecturer tanya siapa nama Ali bin Abu? (bukan real name).... lecturer cakap Ali ni tak hantar assignment individu...so..saya rasa tak hairan la sebab kerja group pun dia tak siap kan...then budak-budak lain cakap la yang Ali tak datang. then lecturer tadi pon call si Ali ni untuk tanya pasal assignment yang tak siap tu...
rupa-rupanya........
Ali ni menghidap penyakit yang memerlukan dia berulang-alik ke hospital.... Kawan-kawan dia pun cakap macam tu.... Ali ni rupa-rupanya selalu tak sihat... gerrrrrr.....Ya Allah......aku buruk sangka kat Ali selama ni....aku tak kenal pun dia, tapi aku dah sangka yang bukan-bukan tanpa usul periksa....aku anggap dia ni pemalas la, tak beri komitmen la dan macam-macam lagi.....ampunkan aku Ya Allah atas sifat aku ni, moga Ali cepat sembuh daripada penyakitnya supaya dia dapat ke kelas seperti biasa........
*.....pengalaman hidup ni menyebabkan kita
belajar banyak perkara, dapat mengenali sesama kita,
dan dapat mengetahui realiti kehidupan.....
jangan cepat buruk sangka kepada orang lain...
tiada siapa pun pilih jalan hidup yang susah...
tak ada siapa pun yang minta diberi penyakit......
syukurlah andai kita masih diberi nikmat kesihatan...
sekian...wassalam....
Monday, October 18, 2010
Laptop banyak virus ??
Brain, 1986
Virus ini merupakan virus pertama yang ditemui pada tahun 1986. Tetapi virus ini tidak terlalu merosakkan komputer. Setelah munculnya virus ini,ia menjadi perangsang kepada pencipta malware dan 100000 pencipta virus bagi abad seterusnya.
Michelangelo, 1991
Virus ini merupakan virus MS-DOS yang paling teruk sekali kerana ianya menyerang apa saja yang masuk ke komputer anda seperti disket dan pendrive. Setelah menyebarkan virus selama berbulan – bulan secara senyap, virus ini diaktifkan dan merosakkan data-data yang tersimpan di dalam komputer anda.
Melissa, 1999
Virus melissa diambil nama bersempena nama seorang penari bogel. Virus ini akan disebarkan melalui emel dan dihantar kepada beribu-ribu orang. Pencipta virus ini telah dikenakan penjara selama 20 bulan.
ILOVEYOU, 2000
Virus ini merupakan virus pertama yang menggunakan tipu helah bagi menyuruh anda membuka sesuatu fail yang telah dijangkiti virus. Fail tersebut dibuat dalam skrip VBS kononnya merupakan surat cinta dan menyuruh anda membacanya.
Code Red, 2001
Virus ini menyerang melalui server web dan merosakkan laman web melalui serangan ke atas satu hos IP.
Nimda, 2001
Virus ini dibuat berdasarkan virus COde Red dan melancarkan serangan melalui laman web, emel dan sambungan internet seperti Yahoo messenger dan sebagainya.
Klez, 2001
Virus ini akan menghantar maklumat melalui emel dan mendakwa Bill Gates ingin memberi wang percuma kepada pembaca emel tersebut. Pembaca yang teruja akan klik dan virus tersebut secara automatiknya akan tersebar. Jadi, berhati-hati kepada anda yang inginkan wang percuma dari Bill Gates ataupun Microsoft.
Slammer, 2003
Virus ini merupakan antara virus yang amat pantas sekali tersebar. Ini kerana ia boleh menjangkiti kira – kira 75000 buah komputer dalam masa 1 minit. Kesannya ialah ia akan melembabkan internet anda dan merosakkan laman web. Virus ini juga lebih kurang Code Red cara penyebarannya.
MyDoom, 2004
Virus ini merupakan yang paling cepat sekali dalam sejarah disebarkan melalui emel. Ia akan selalu menghantar emel ke komputer anda dalam dalam kuantiti yang banyak.
Storm, 2007
Virus ini disebarkan melalui emel spam dan telah menjangkiti lebih 10 juta buah komputer.
* Nama virus tu macam baik je, tak sangka lak....macam orang la, nama cam baik, tapi perangai macam trojan horse ^^
Sunday, October 17, 2010
High Heels....
- Pemakaian kasut bertumit tinggi yang kerap atau kasut yang tidak memberi keselesaan kepada kaki memerlukan pemakainya mengumpul seluruh tekanan pada hujung jari kaki yang lama kelamaan boleh menyebabkan kesakitan tulang belakang.
- Beliau berkata, kasut tumit tinggi juga memaksa otot berkerja keras, meletakkan bebanan kepada sendi lutut dan tendon (talikod berkas serat kolagen yang menghubungkan otot ke tulang) yang merintang daripada tempurung lutut ke tulang paha.
- Pemakaian kasut tumit tinggi juga menambah beban dan meningkatkan tekanan sehingga 26 peratus kepada anggota badan khususnya kaki yang boleh menyebabkan masalah kesihatan terutama membabitkan tulang dan otot lutut seperti osteoarthritis.
- Jika seseorang berjalan menggunakan kasut tumit setinggi dua inci pun sudah boleh memberi risiko ketegangan pada sebahagian lutut yang akan mengakibatkan osteoarthritis.
- Mengikut perangkaan satu kajian di Amerika Syarikat, lebih 80 peratus individu berusia seawal 20 tahun ke atas menghadapi pelbagai masalah kaki termasuk sakit kaki dan tulang belakang.
- Lebih 90 peratus rakyat Malaysia dewasa mengalami masalah kaki, yang antara lain menyebabkan kesakitan kaki, lutut dan tulang belakang. Sebahagian besar daripada masalah itu dikatakan berpunca daripada pemakaian kasut yang tidak sesuai.
- Jika mahu menggayakan kasut tumit tinggi ke majlis formal atau pejabat, pastikan kasut itu dilengkapi pad atau pelapik sokongan yang boleh menyeimbangkan kaki dan memberi kelegaan kepada tekanan dialami tubuh sepanjang pemakaian kasut berkenaan.
- Lebih baik jika pemakai dapat mengehadkan pemakaian kasut bertumit sekitar dua hingga tiga jam saja bagi mengelak berlaku kesakitan tulang belakang dan ibu jari kaki akibat tekanan daripada tubuh badan selain memakai kasut bertumit antara dua hingga tiga inci saja.
- Memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak. Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 (5 inci) sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
- Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi menyebabkan sakit leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut.
- Masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.
Kesimpulan.....pakai kasut tumit tinggi ni tak elok untuk wanita (memang la wanita, mana ada lelaki pakai high heels except nyahh...hehee). Kalau nak nampak tinggi pun, pakai la wedges sebab wedges lagi selesa dan kurang tekanan pada kaki. Tambahan pulak, high heels ni biasanya keluarkan bunyi (akan post dalam entry yg akan datang..insya'allah).
Friday, October 15, 2010
Sepetang di Pesta Konvo
Tahniah
kepada semua graduan UPSI
yang konvo pada minggu ni
terutamanya kepada kakak
housemate saya Kak Nora,
Kak Nurul & Kak Sal....
Petang tadi saya sempat jalan-jalan ke pesta konvo dengan roommate saya (walaupun ada lagi assignment yang belum siap..huhuu). Bukan beli apa sangat, sekadar jalan-jalan cuci mata.....tertarik tengok bunga-bunga, teddy bear yang ada jual kat sana...semua comel, harga pun comel jugak..
~sangat cute...i loike~
~jambangan mawar merah~
Kuning pun lawa..wangi~
Saya suka yang ni...kombinasi biru + putih + purple
Semut purple..comel~
Belajar dulu kawan-kawan,
lambat lagi nak abis.....
penuhkan ilmu di dada....
banyak lagi halangan kena tempuhi...
perjuangan belum selesai...
saya sayang kawan-kawan semua & UPSI.....
Thursday, October 14, 2010
Ikutlah resam padi
Subhanallah...indah sungguh permandangan sawah padi
menghijau....sejuk mata memandang
permandangan waktu senja...
berbudi kepada tanah
sawah yang menguning
sekadar hiasan ^^
Boleh dikatakan setiap hari saya makan nasi, tapi saya tak berpeluang tengok pokok padi secara dekat (dalam tv pernah la)....Impian saya suatu hari nanti saya dapat menjejakkan kaki kat sawah padi ^^
Tuesday, October 12, 2010
Makan meggi dalam baldi ??
![]() |
| gambar hiasan sahaja |
saya tak ada lagi experience makan meggi dalam baldi atau besen, gayong or etc......tapi pernah dengar kawan-kawan yang biasa duduk hostel cerita...diorang cakap makan meggi dalam baldi sedapp...tambah2 lagi kalau baldi tu baldi yang buat basuh baju~!....ada berani nak cuba......??
macam sedap lak....
baldi ni pon boleh guna ke??? mesti lagi menyelerakan...
meggi kucing meow meow.. ^^
* Masa kelas tadi lecturer cerita pasal makan maggie dalam baldi...kelakar....sampai hari ni budaya makan meggi dalam baldi kekal....
Monday, October 11, 2010
Maher Zain
![]() |
| Welcome to Malaysia Maher Zain |
FOR THE REST OF MY LIFE
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
* Betulkah muslimah terjerit-jerit di konsert Maher Zain baru-baru ni?? wallahhua'lam.....harap berita ni tak betul...
Sunday, October 3, 2010
Camping
1 Oktober - 3 Oktober saya pergi camping di PJ...yupp...PJ, Petaling Jaya...apa yg ada kat Pj hah??..ye la kan, baik pergi camping kat gunung ke, sungai ke, baru la adventure sikit.....that was my first impression lah....but....
tapi bila 2nd day camping, ada satu aktiviti di Bukit Gasing...kami kena panjat bukit sampai ke puncak....so, baru la ada sikit feel camping bila dah masuk hutan (tapi tak la hutan sangat)....suka tengok tumbuhan yg menghijau, sejuk mata memandang...so...saya sempat la snap picture pokok yg ada kat sana....
tak tahu ni apa, kecil jer....nampak unik....
bunga-bunga cinta mungkin......
buah ni boleh makan ke?
kenal ni.....tapi tak tahu nama...
yang ni tak boleh makan...
macam lolipop....
cute buah ni....tapi tak tahu nama jugak..huhuu...
Subhanallah...sungguh indah alam ciptaanNya...
Subscribe to:
Posts (Atom)














.jpg)










.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)








