Monday, April 18, 2011

Nota Hati Seorang Blooger [Part 2]

Posted by Aziatie at 3:47 AM 0 comments
Assalamu'alaikum wbt...
Sejak dua menjak ni, blog saya jarang sungguh ter update. Bukan malas, bukan tak ada mood, bukan tak ada idea, tapi saya tak berani nak menulis. Rasa banyak sangat kekurangan, so banyaklah improvement yang saya kena buat lagi.  Enry minggu lepas saya ada cerita tentang bengkel penulisan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Alhamdulillah, saya berkesempatan pergi bengkel tu pada Ahad lepas (10 April 2011). Walaupun bengkel tu kejap saja, tapi banyak info yang saya dapat.
Bersama mata pena melihat dunia. Apa yang saya dapat daripada bengkel ini ialah bagaimana untuk menjadi seorang penulis Islam. Penulis adalah pendakwah dan penulis juga adalah murabbi. Saya terfikir, ilmu saya ni tak banyak mana la. Macam mana nak berdakwah?- sebenarnya berdakwah tak semestinya bila cukup ilmunya atau sempurna peribadinya kerana sampai bila-bila pun kita takkan sempurna, mesti ada kekurangan pada diri kita. 

Tapi setiap orang pasti punya kelebihan dan ilmu walaupun hanya sekelumit ilmu. Namun ilmu yang kita ada inilah perlu kita sampaikan kerana ilmu itu ibarat air sungai, ia perlu mengalir. Jika sungai tidak mengalir, maka keruh dan kotorlah aiir sungai itu. Begitu juga dengan ilmu. Benar, banyak yang kita boleh pelajari dari alam, sunhanallah.....

Tapi kenapa mesti menulis sebagai salah satu medium berdakwah? Ingat, ada pepatah menyatakan mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Bagi saya, tulisan dapat mempromosikan idea kepada sesiapa saja. Sesuai dengan peredaran zaman, penulisan bukan hanya di majalah, surat khabar sahaja, namun kita ada banyak peluang berdakwah melalui alam siber. Tak perlu dengan cara yang streotype, berdakwah dengan kaedah kontemporari, yang penting kita belajar dengan niat untuk menyampaikan. Dunia menyediakan jalan kepada yang mempunyai tujuan. 
♥ ALLAH !
Sebenarnya banyak yang boleh dikongsikan tapi tak tertulis dengan perkataan. Harap Ustaz Pahrol berkesempatan datang ke UPSI pada masa akan datang juga harap lebih banyak majlis ilmu seperti ini akan diadakan.. Insya'allah, saya akan gunakan blog saya untuk menyampaikan ilmu. Perlu banyak membaca, berfikir, berzikir, sentiasa bermujahadah.... Sekian saja untuk kali ini, maafkan jika ada kesilapan. Wassalam...

* Tak dapat pergi ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha-penulis buku "Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasulullah.
* Menunggu keluaran buku terbaru Ustaz Pahrol, BEDUK DIKETUK.......

Friday, April 15, 2011

Berus Bulu Babi

Posted by Aziatie at 1:58 PM 11 comments
Bila saya berjalan di kedai-kedai atau dekat pasar malam, saya selalu terpandang banyak kedai menjual alat kosmetik yang murah-murah, tapi brand entah apa-apa la kan. Saya pun terfikir, selamat ke alat makeup ni semua?? Then halal ke produk kosmetik yang dijual tu? Untuk info, kebanyakkan kosmetik yang murah dijual di pasar malam atau kedai yang dijual di pasaran adalah diimport dari negara China. Kebanyakkan tidak selamat digunakan dan tidak mendapat sijil pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan dan JAKIM. Tapi naik hairan saya dengan orang Malaysia ni, ramai yang tak kisah. Beli saja asalkan menarik dan murah. Halal haram letak tepi asalkan boleh bercantik-cantik.  
Bukan saja produk kosmetik murahan saja, yang branded pun belum tentu status halalnya. Bayangkan kita pakai produk yang dibuat daripada babi dan dibawa semasa kita bersolat, adakah sola kita diterima? Sebab itu lah, muslimah pada hari ini perlu ambil tahu tentang hal ini.  Kita mungkin susah nak mengesan produk yang mengandungi unsur babi di dalamnya, tapi ada satu benda kita dapat tahu sama ada dibuat dari bulu babi atau tak iaitu berus makeup (make up brush) yang selalu orang buat sapu blussher dan juga dust powder.


Banyak berus kegunaan domestik adalah dibuat daripada bulu babi. Ramai yang lebih gemar menggunakan berus bulu kerana kerana lebih lembut, bedak lebih melekat dan hasil makeupnya cantik berbanding menggunakan berus sintetik. Macam mana nak tahu berus makeup dibuat daripada bulu atau sintetik?Caranya adalah dengan membakar bulu berus tersebut. Jika tak ada bau, maka berus tersebut dibuat daripada sentetik. Tapi kalau bau yang dihasilkan seperti rambut atau daging terbakar, maka perlulah berhati-hati kerana kemungkinan bulu itu adalah bulu babi. 


Walaupun tak semua berus makeup diperbuat daripada bulu babi kerana ada juga dibuat daripada bulu binatang lain seperti kambing dan kuda, namun jika difikir logik berus yang murah yang dijual lambak di pasaran adakah dibuat daripada bulu kuda yang mahal? Semestinya pengilang menggunakan bulu babi yang murah, lebih menguntungkan dan mudah didapati.


Bukan berus makeup sahaja, banyak berus lagi kebanyakkannya diperbuat daripada bulu binatang haram ni. Saya dapat info di bawah ni di satu laman web
Berus bulu binatang yang dihasilkan di China dan Taiwan adalah haram digunakan premis perniagaan makanan halal termasuk roti dan kek. Selain penggunaan berus bulu babi, juga didapati kebanyakan berus bulu binatang dari negara berkenaan adalah daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak serta tidak diketahui jenisnya. 
 
Namun masih ada premis perniagaan makanan memiliki Sijil Pengesahan Halal, tetapi menggunakan berus bulu binatang daripada bulu babi dalam proses penyediaan roti dan kek yang dibeli pengguna Islam. Apa yang lebih menyedihkan ialah premis milik orang Islam juga menggunakan berus berkenaan dalam proses penyapuan ramuan pada roti dan kek yang dijual. Berus itu digunakan untuk menyapu telur atau mentega pada makanan. Selain itu penjual apam balik (Melayu) di pasar malam ada juga menggunakan berus itu tanpa menyedari asal usul peralatan yang digunakan.

Berus lukisan pun ada yang dibuat daripada bulu babi..
Berus gigi pun....
Berus sabut tak ada kes lagi setakat ni....dah nama pun sabut...

Jadi, umat Islam hari ni perlu hati-hati dalam hal kepenggunaan.... sekian saja untuk entry kali ni... Jumpa lagi dalam entry akan datang (^^,) Wassalam....




Entry yang berkaitan : Babi Biri-biri

Thursday, March 31, 2011

Lepat vs Pengat

Posted by Aziatie at 5:05 PM 4 comments
   VS

Mesti ramai yang tahu kewujudan dua jenis makanan tradisi melayu ni. Kalau la orang melayu tapi tak tahu pengat & lepat, saya rasa baik dia tukar kewarganegaraan la. Jadi la warganegara Zimbabwe, tak pun warga Nigeria. Entah-entah diorang pun tahu lepat & pengat tu apa...LoL..... Walaupun ni kuih orang lama-lama, orang muda macam saya (eheem eheem) ni kena la tahu jugak. Kalau tak ada yang lama, manakan ada yang baru....

Ok la, berbalik kepada topik kita..... Lepat adalah sejenis kuih yang dikukus di dalam daun pisang.  Bahan utama untuk buat lepat ni ialah santan dan gula melaka. Bahan-bahan lain mengikut jenis lepat yang nak dibuat. Saya bukan nak jadi Chef Lepat hari ni, so tak nak cerita pasal resepi or cara nak buat resepi lepat. Lepat ni ada banyak jenis antaranya yang kita biasa jumpa ialah lepat pisang, lepat ubi, lepat labu, lepat jagung dan macam-macam lepat lagi.



Satu lagi lepat yang saya pernah tengok tapi belum pernah cuba ialah lepat liat. Lepat ni famous kat bahagian utara. Liat sangat ke lepat ni...? Mungkin la, sebab lepat liat dibuat daripada tepung pulut. Awas kepada yang pakai gigi palsu bila makan lepat ni, kalau tercabut naya. Ada satu teka-teki pasal lepat liat ni.....jawab jangan tak jawab....
Antara kapal terbang & lepat liat, mana satu lagi tinggi?
Jawab, jangan tak jawab. Nak tahu jawapan..? Baca entry ni sampai habis (paksaan ni..)...
Ni la lepat liat....
Dah habis cerita pasal lepat, sekarang pasal pengat pulak. Pengat ni sejenis kuih atau makanan tradisional melayu yang berkuah yang selalu dijadikan pencuci mulut. Pengat also dibuat daripada santan dan gula melaka. Pengat tak dikukus, tapi dididih sambil dikacau. Pengat yang wujud kat Malaysia antaranya ialah pengat pisang, pengat durian, pengat labu, pengat sukun, pengat keledek, pengat ubi, pengat butir nangka dan macam-macam lagi.
Pengat pisang...Orang Penang panggil LEPAT pisang....

Apa motif saya tulis pasal lepat dan pengat sebenarnya...? Sebab saya nak bagi tahu beza antara LEPAT dan PENGAT. Pagi tadi saya ada tersembang pasal lepat dengan seorang kawan yang dari Penang dan seorang lagi dari Kelantan. Ada miscomunication di situ bila budak Penang tu bagitahu pengat is lepat.. Get what I mean..? Dia cakap orang Penang panggil pengat tu lepat dan lepat pun dipanggil lepat. Yeke..... 

Lepat & pengat jauh beza... Ni kalau saya kahwin dengan orang Penang naya la. Mak mertua suruh buat lepat pisang (pengat pisang), saya pun buat la lepat pisang, terlebih rajin pulak...hehehee.. Bagi saya, ni la keunikan orang Penang (tak semua kot, maybe dua tiga orang je). Pengat dipanggil lepat. Lepat pun dipanggil lepat. Biskut dipanggil roti. Roti (gardenia etc) dipanggil roti benggala. Selipar dipanggil kasut. Kasut pun dipanggil kasut.....

Jawapan kepada teka-teki:
LEPAT LIAT. Sebab kapal terbang sampai langit je. Lepat liat sampai ke lelangit....huhuuu
Sekian saja untuk kali ni......thanks for reading (^^,)

Disebalik April Fool

Posted by Aziatie at 3:25 PM 1 comments
Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.


April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak patut merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim. com

Nota Hati Seorang Blogger [Part 1]

Posted by Aziatie at 12:59 PM 3 comments





Entry ni saya tak nak tulis banyak sebab saya just nak ajak semua especially kawan-kawan UPSI (terutama kepada kawan-kawan AT10) ke Bengkel Penulisan Kreatif yang akan diadakan di Auditorium Utama. Elok sangat tarikh bengkel ni 10 April, rasa-rasanya ramai free hari tu sebab assignment semua dah submit. Yuran penyertaan pun RM3 je, nasi kerabu pun dah naik harga jadi 4 riyal setengah (rm4.50) sekarang taw.....

Insya'allah kalau tak ada aral melintang, saya akan join bengkel tu sebab saya sangat minat hasil penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Setakat ni saya ada beli dua tiga buah buku beliau dan selalu jugak baca blog beliau. Kalau nak baca blog Ustaz Pahrol, boleh ke Blog Genta Rasa (klik sini).

Ok lah...Sekian saja untuk kali ni.... Nanti saya story pasal bengkel tu nanti.....Wassalam....
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal