Wednesday, November 3, 2010

Binatang apa ni?

Posted by Aziatie at 11:09 AM
Kali ni saya nak cerita tentang email yang saya dapat daripada kawan saya. Saya pun agak geli nak letak gambar-gambar ni semua dalam blog saya, tapi sebab nak kongsi maklumat, saya letak je la...Tahu tak gambar apa yang saya letak ni? Ni la khindzir atau nama timangannya babi yang telah mengalami proses mutasi pembiakan. Khindzir ni telah dikacuk dengan gen biri-biri dan akhirnya terhasil la binatang seperti ni.


Untuk pengetahuan semua, bulu binatang ni sama dengan bulu biri-biri yang biasa kita tengok. Mengikut maklumat yang diperoleh, binatang babi berbulu ini telah disuntik dengan genom berbulu dari kambing biri-biri oleh para saintis. Kata mereka tujuan diadakan binatang ni agar berbulu adalah untuk memberikan babi ni penyesuaian sewaktu musim sejuk agar mereka tidak mudah dijangkiti virus selesema sewaktu musim sejuk terutama di eropah. Namun secara tersiratnya dapat kita rungkaikan bahawa saintis barat buat benda ni sebab nak menghancurkan orang Islam sebenarnya. Bayangkan seandainya bulu babi ini dijadikan sebagai permaidani dari eropah, sejadah yang kononnya suci bersih, mungkin juga baju bulu sejuk yang dieksport ke negara kita. Bayangkan jika permaidani atau sejadah dan sebagainya dalam rumah kita diperbuat dari bulu babi ni? Bagaimana dengan solat dan ibadat kita?
Mengikut hukum syariat islam, apa-apa benda ataupun barangan yang diperbuat dari apa-apa bahagian binatang haram seperti babi dan anjing, atau kacukan antara keduanya atau kacukan antara salah satu daripadanya. Maka ianya haram untuk dipegang dan disentuh oleh umat Islam apatah lagi memakan dan memakai sesuatu yang haram. Sudah tentunya haram hukumnya. Jesteru, walaupun dia kelihatan berbulu seperti biri-biri, hakikatnya ianya tetap babi dan babi itu secara kekalnya hukum menyentuhnya dan memakai barang dari bahagian babi adalah HARAM.


Kita sebagai umat Islam haruslah menyedari mengenal tipu muslihat oleh pihak kuffar yang berusaha untuk menyesatkan kita dan menjadikan ibadah kita tidak memberi apa-apa makna kepada kita. Mereka sedaya upaya untuk mengelirukan umat Islam dengan menghasilkan babi biri-biri berbulu ini. Jadi, berhati-hatilah anda dalam memilih barangan yang meragukan. Fikir dulu baru beli....
Wassalam...

3 comments on "Binatang apa ni?"

Anonymous said... [Reply to comment]

babi pown gi salon kew? siap curly2 lg rambot die..

Anonymous said... [Reply to comment]

thankz mas.. satu maklumat yang sgt berguna...

Aziatie on November 4, 2010 at 1:08 PM said... [Reply to comment]

Anonymous 1: bukan rmbut je curly, tapi pic yg 1st tu siap pkai high heel lg..p'hati betul2...hehee..

Anonymous 2: wlcome...skadar b'kongsi sesama muslim...bukan stkat bulu je, setiap anggota badan babi digunakan scara komersial..propaganda kuffar smua ni..huhuu...

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal