Thursday, September 2, 2010

Salam Idul Fitri

Posted by Aziatie at 6:25 PM 0 comments
Kepada semua pembaca..
saya ingin ucapkan salam 'Idulfitri...
Mohon maaf andai ada sebarang khilaf yang saya lakukan....
Semoga lebaran kali ini akan membawa seribu keberkatan kepada kita semua....

Hukum Bermain Catur

Posted by Aziatie at 12:02 AM 0 comments

1)Harus : Namun Dengan Syarat
Antara yang paling diketengahkan dalam kumpulan ini dari kalangan ulama kontemporari adalah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi. Beliau juga menyandarkan pendapat HARUS ini kepada beberapa orang sahabat seperti Ibn Abbas, Abu Hurairah, dan tabi'en seperti Said al-Musayyab dan malah Imam al-Baihaqi ada meriwayatkan  beberapa ulama terhebat tabien yang turut bermain catur seperti  Said ibn Jubair, As-Sya'by  dan lain-lain. Imam Al-Ghazzali juga turut tergolong dalam kelompok ini. ( As-Sunan al-kubra, al-bayhaqi,  10/211)

Justeru, Al-Qaradawi dalam fatwanya menyebut  :
Menurut pendapat dan ilmu kami bahawa permainan catur itu menurut hukum asalnya adalah mubah(harus), sebab tidak ada dalil yang menunjukkan pengharaman catur, malah selain daripada ia dikira  lahwun (lalai) dan hiburan, catur mempunyai nilai positif yang berperanan sebagai merupakan sukan minda dan melatih berfikir.

Antara syarat yang diletakkan oleh Al-Qaradawi :-

·       Tidak menangguhkan waktu solat dan kewajiban lain disebabkan keasyikan permainan itu.

·       Tidak disertai dengan judi dan pertaruhan.

·       Hendaknya pemain dapat menjaga lisannya dari perkataan kotor seperti maki hamun kerana tewas dan sebagainya. ( Al-Halal wal Haram Fil Islam, hlm 273, cet Al-Maktab Al-Islami)

Melalui pendapat ini, jelas bahawa sebab-sebab pengharaman yang mungkin datang bukanlah kerana catur atau permainan itu sendiri, tetapi lebih kepada sebab-sebab luaran.

Oleh itu, jika berdasarkan pendapat ini, games moden turut diharuskan dengan syarat yang disebut oleh al-Qaradawi dan ditambah satu lagi menurut pendapat saya iaitu : mestilah intipati games yang direka cipta atau dbeli itu tidak bercanggah dengan Islam dan hukumnya. Iaitu konsepnya, ideanya, gambarnya dan lain-lain.

2) Haram : Yang melarang
Antara mereka adalah Ali bin Abi Talib r.a, Ibn Umar r.a, Ibn Abbas r.a, Mazhab Hanafi, Hanbali, dan Maliki.  Demikian juga Ibn Taymiah dan kebanyakan ulama kontemporari Saudi, pandangan haram ini juga dinisbahkan kepada beberapa orang sahabat seperti Ibn Umar. Imam Abu Hanifah  dan Imam Malik turut termasuk dari mereka yang mengharamkannya.  Demikian dinukilan oleh Imam Ibn Qudamah dan lain-lainnya. (Mughni, 10/172)

Ulama kontemporari Saudi turut mengharamkannya malah mereka mengatakan semua syarat yang diletakkan oleh Qaradawi itu amat jarang dipenuhi oleh sang pemain.

Ibnu Taimiyah pernah berbicara panjang di dalam masalah ini, dari halaman 216 hingga halaman 245 jilid XXXII dari kitab Majmu Fatawa, antara kata beliau :

"Misalnya kita tetapkan bahwa permainan catur itu bebas dari itu semua -maksudnya tidak melalaikan kewajiban dan tidak akan melakukan hal yang haram- maka larangan perbuatan itu ditetapkan oleh para sahabat. Sebagaimana yang sohih dari Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu, bahwa beliau pernah menjumpai kaum yang sedang bermain catur. Lalu beliau mengatakan

Ertinya : "Mengapa kamu menekuni patung ini? Sungguh jika salah satu diantara kamu menggengam bara api sampai padam itu lebih baik daripada memegang catur" (Riwayat Al-Baihaqi, 10/212)

Kumpulan yang mengharamkan mengatakan penyamaan mainan catur dengan patung (berhala) yang dibuat oleh Ali itu jelas menunjukkan bahawa ia satu permainan yang haram.

Ibn Taimiah pula menisbahkan Imam Syafie sebagai berkata : "Permainan yang paling aku benci adalah an-nard, permainan catur dan permainan burung dara sekalipun tanpa perjudian. Sekalipun kebencian kami kepada permainan itu lebih ringan dari pada permainan dadu"
Namun demikian, apa yang jelas, tiada satu hadis yang sohih menyatakan pengharaman catur, hanya wujud adalah perdebatan berkenaan pandangan para sahabat sahaja. Cuma Imam Ibn Qudama cuba membawa dalil berikut sebagai hadis pengharamannya :-

Ertinya : Sesungguhnya Allah swt sentiasa melihat (kepada hambanya) pada setiap hari sebanyak 360 kali pandangan, dan orang yang bermain catur ini tiada termasuk dari kalangannya (Al-Mughni, 10/172)

Ibn Qudamah kemudiannya terus menghuraikan pemain catur sama seperti pemain an-nard kerana lalainya mereka semasa bermain dari ingatan terhadap Allah swt. Namun demikian, penyamaan ini (qiyas) ini ditolak oleh ulama Syafie kerana perbezaan konsep asas antara kedua permainan tadi.


3)Makruh (tidak begitu digalakkan)

Antaranya adalah Imam As-Syafie dan merupakan pandangan mazhab Syafie.Imam Syafie berkata ertinya : Apabila catur tidak besertanya pertaruhan dan kata-kata maki hamun, melupakan solat, maka ia TIDAK lah termasuk dari yang haram ( Tafsir Ibn Kathir, 6/40 )

Imam an-Nawawi menjelaskan pendirian mazhab Syafie dengan katanya :-

Ertinya : Adapun catur, dalam mazhab kami (Syafie) ia adalah makruh dan tidak jatuh haram, dan ia (keharusannya) juga diriwayatkan dari kumpulan tabien; namun menurut Imam Malik dan Ahmad, ia adalah haram dan Imam Malik berkata ia lebih buruk dari An-Nard ( sejenis permainan arab yang berasakan judi), serta melekakan diri dari kebaikan, justeru mereka menqiyaskan catur dengan an-nard, namun dalam ahli-ahli dalam mazhab kami (Syafie) tidak bersetuju dengan qiyas tersebut. (Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, hadis no 2260, jil 15, hlm 15)

Imam al-Ghazali pula memberikan perbezaan antara catur dengan an-nard dengan hujjahnya ia berbeza adalah kerana :

Catur adalah mainan latihan perangkaan strategi perang, ia lebih mirip kepada sukan memanah, berkuda dan berlumba ( dari sudut manfaatnya) ( Rujuk Al-Wasit, 7/353 )

Kesimpulan hukum main catur

Dari sudut dalil yang diberi serta banyak lagi yang tidak disertakan, saya berpandangan yang HARUS TETAPI MAKRUH JIKA BERLEBIHAN adalah lebih kukuh.

Tidak dinafikan bagi seseorang yang ulama atau ahli agama, pandangan YANG MENGHARAMKAN tentunya terpakai untuk dirinya. Bukankah status kedudukan para ulama itu menjadikan dirinya perlu lebih ketat dalam pengalaman berbanding orang awam. Sebagai kata-kata yang kerap kita dengari

"Kebaikan yang dilakukan oleh orang awam, masih dikira keburukan bagi seorang yang hampir dengan Allah swt"

Ertinya bagi seorang yang soleh, mengkahatamkan al-quran sebanyak satu kali pada bulan Ramadhan boleh dianggap satu kesalahan dan aib, berbanding orang awam yang dikira sebagai satu kejayaan besar. Jika piawaian ini diambil kira bolehlah kita katakan, pandangan ‘HARUS DENGAN SYARAT' atau ‘MAKRUH' lebih ringan untuk dihidangkan kepada orang awam khususnya : -

    * Tiada dalil spesifik yang menyokong pengharaman,

    * Hujjah yang mengatakan haram semuanya disebabkan wujudnya faktor luaran seperti lupa Allah SWT, judi dan sepertinya, maka jika tiada faktor-faktor ini bak kata Imam al-Ghazzali, semuanya kembali menjadi hukum mubah.

    * Qiyas catur dengan an-Nard adalah tidak tepat sebagai pandangan mazhab Syafie kerana an-Nard sememangnya diasasi oleh perjudian berbanding catur yang amat boleh dimainkan tanpa pertaruhan.

Namun begitu, walaupun ia ‘harus dengan syarat' atau ‘makruh' sahaja, saya amat bersetuju dengan fatwa Imam al-Ghazzali yang lebih kurang sama dalam bab muzik. Gunakanlah ia secara terkawal dan tidak terlalu kerap kerana ia umpama ubat, yang tidak boleh terlalu kerap, kelak akan membawa mudarat.

Gunakan ia hanya untuk menghilang kebosanan sama seperti bergurau senda, ketawa, bersukan dan sebagainya. Tentunya penenang yang hakiki adalah pada membaca dan menghayati AL-Quran, zikir dan membaca, namun tidak semua manusia sama status iman mereka, tatkala itu amat relevan kata-kata Nabi kepada Hanzalah dan Abu Bakar r.a yang kerisauan kerana masih boleh berehat-rehat ketiak di rumah dengan isteri dan anak, sedang mereka begitu serius ketika mendengar kuliah Nabi s.a.w berkenaan akhirat dan lainnya :

Ertinya : Wahai Hanzalah ; satu waktu (zikir dan ibadah khusus serta serius) dan satu waktu lain pula ( rehat dan ringan) ( Riwayat Muslim)

Berkenaan hukum menjual catur di dalam mazhab Sayfie, disebabkan mazhab ini mengganggap catur sebagai makruh, hukum menjualnya juga turut makruh. (Al-Majmu', An-Nawawi, 9/243)



sumber: 
http://www.zaharuddin.net/

Wednesday, September 1, 2010

Sedekah

Posted by Aziatie at 8:27 AM 0 comments

‘Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya’. (Riwayat Muslim)

Sedekah berasal dari kata sadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.

Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material.
Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.

Perbandingan sedekah menurut Al-Quran
“Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. ( Al-Baqarah : 261 )

Dipanjangkan umur dan mencegah ajal yang buruk
Maksud sabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( H.R. Tabrani )

Menolak bala bencana
Maksud sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah”
( H.R Al-Baihaqi )

Selagi peluang masih ada
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )

Tuesday, August 31, 2010

Misi Pelayaran Kemanusiaan Gaza dilancarkan

Posted by Aziatie at 6:54 PM 0 comments

Sumber : LL4G

 
KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2010 - Sidang media pelancaran Konvoi Misi Pelayaran Kemanusiaan Gaza telah diadakan di bilik VIP, Stesen Sentral Kuala Lumpur. Dijangkakan konvoi ini akan bertolak pada bulan November, 2010 depan dengan mensasarkan kutipan sebanyak RM7 juta. Dana ini akan digunakan untuk membeli kapal dan juga alatan pendidikan, perubatan dan binaan yang diperlukan oleh penduduk di Gaza.
Sidang media tersebut dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Darus Senawi Ali, Timbalan presiden HALUAN. Bacaan doa tersebut kemudiannya disusuli oleh Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin, pengerusi Lifeline for Gaza (LL4G) yang memberi penerangan terkini mengenai keperluan penduduk Gaza. Sejurus selepas itu, beliau juga menjelaskan mengenai persediaan konvoi misi pelayaran kemanusiaan Gaza.
Turut hadir dalam sidang media kali ini ialah Naib Presiden HALUAN,  Tuan Hj. Sr. Sabbri Mohd Yudin, Pengerusi Aman Malaysia, Dato’ Ahmad Zaki, Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia, YB Dr. Rani, Naib Presiden Muslim Care, En. Zulkefli Mohd Nani, wakil Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Ustaz Taqiuddin, wakil Viva Palestina Malaysia, Puan Norazian Anidin, wakil Pertubuhan Mawaddah, Puan Norlena Nann, wakil ABIM, En Raimi, dan wakil Public Campaign for Palestine, Dr. Isa. Para penasyid tanahair seperti Rabbani dan In-team turut hadir menyerikan majlis tersebut.
“Kami akan membantu berkempen menjayakan usaha membantu rakyat Gaza dan Palestin melalui konsert-konsert nasyid mahabbah Gaza di seluruh negara,” ujar Encik Azadan, pengurus Rabbani production.
Selesai soal jawab dalam sidang media, para pimpinan NGO berarak turun ke tapak pameran untuk gimik pelancaran konvoi dan pameran Palestin dengan membawa bendera-bendera Malaysia dan Palestin.
Pameran Palestin ini digerakkan oleh AMAN Malaysia dengan kerjasama Lifeline for Gaza. Menurut Dato’ Ahmad Zaki, selaku pengarah projek, pameran ini akan berlangsung sehingga 8 September ini dan kutipan dana statik dan tabung bergerak akan dibuat sepanjang kempen tersebut. Setiap badan NGO gabungan Lifeline for Gaza akan mengatur pelbagai aktiviti sepanjang kempen sehingga November ini untuk mencapai sasaran dana.
Menurut Tuan Hj Noorazman, pengerusi Lifeline for Gaza:
 
“Gabungan badan NGO LL4G berharap agar seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira status, agama dan latarbelakang menyokong usaha yang suci murni ini. Isu ini bukanlah isu orang Arab atau isu umat Islam. Isu sebenarnya ialah untuk menyatakan ketegasan kita untuk tidak mengiktiraf perhambaaan, aparteid dan perlanunan oleh Zionis Israel terhadap rakyat Palestin, terutamanya di Gaza. Kita tidak boleh berdiam diri dengan tindakan kejam ini. Marilah sama-sama kita bersatu dan berpadu menyuarakan bantahan kita terhadap kezaliman dan kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin sejak enam dekad lalu.”
Menurut beliau lagi, 16 badan NGO utama yang terlibat dengan gabungan projek Lifeline4 Gaza kali ini ialah:
1. HALUAN Malaysia
2. HALUAN Palestin
3. Dewan Pemuda Masjid Malaysia
4. Yayasan Amal Malaysia
5. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
6. Muslim Care Malaysia
7. ABIM
8. Viva Palestina Malaysia
9. Aqsa Syarif Berhad
10. JIM
11. Palestine Center of Excellence (PACE)
12. Barakah, gabungan NGO Islam Pahang
13. FORUM, gabungan NGO Islam Pulau Pinang
14. CAKNA Palestin
15. AMAN Malaysia, dan
16. Public Campaign for Palestine.
 
Pihak life line for Gaza amat mengalu-alukan sumbangan kewangan bagi konvoi kemanusiaan Gaza kedua melalui akaun utama di bawah:
Nama Akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”
No. Akaun : 5644 9020 8528
Bank : Maybank Berhad
Sumbangan korporat dan zakat di mana sumbangan dapat dimasukkan ke dalam akaun yang tertera di atas.

Hujan

Posted by Aziatie at 6:35 PM 0 comments


"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira"
(Al Qur'an, 30:48)


 Kuantiti yang diukur dalam hujan telah ditemui oleh kajian moden. Satu anggaran yang telah dibuat iaitu setiap satu saat, dianggarkan 16 juta tan air mengewap dari permukaan bumi. Jumlah air yang mengewap dalam setahun lebih kurang 513 juta tan.
Angka ini bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam setahun. Ini bererti air secara berterusan dikitarkan dalam satu kitaran yang seimbang, dalam satu kadar. Hidupan dalam bumi bergantung kepada kitaran air ini. Sekalipun dengan menggunakan teknologi yang paling maju dalam dunia, mereka tidak akan mampu untuk menghasilkan kitaran ini secara tiruan.
Hanya dengan sedikit kekurangan dalam keseimbangan ini mampu untuk menimbulkan kecelaruan ekologikal yang besar yang akan memusnahkan hidupan dalam dunia. Bagaimanapun fenomena kitaran ini masih stabil dan hujan tetap turun dalam kadar kuantiti yang tepat seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur'an.


* 2, 3 hari ni selalu hujan...ada rahmatnya....
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal