Assalamu'alaikum.... Alhamdulillah saya berkesempatan untuk menge'post' entry dalam blog ni hari ni. Insya-Allah, esok semua ummat Islam di seluruh negara akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia, Ramadhan al-mubarak.... Syukur juga kepada Allah kerana saya diberi peluang untuk bertemu Ramadhan pada kali ini. Moga Ramadhan kali ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, tapi diharap ibadah puasa ini dapat mendidik nafsu dan memupuk iman kita. Seperti kita sedia maklum, bulan Ramadhan merupakan bulan yang amat mulia dan beribadah dalam bulan ini mempunyai banyak kelebihan. (Boleh baca post saya yang lepas tentang fadhilat Ramadhan-klik sini). Kali ni, saya menyambut bulan Ramadhan di rumah, dengan keluarga. Dah lama sangat saya menyambut awal Ramadhan di tempat orang, sempat berpuasa 3, 4 hari saja kat rumah. Puasa kali ni saya boleh puasa kat rumah sampailah hujung Ramadhan, insya-allah...
Hari ni orang tengok anak bulan dan malam ni jugak pengumuman tarikh puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Dari kecik (masa mula-mula belajar puasa) sampai la dah tua ni, saya mesti tak lepaskan peluang tengok pengumuman puasa atau pengumuman raya. Tapi kali ni mesti pengumuman puasa 'feel' dia lain sikit sebab Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang selalu kita tengok di TV iaitu Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah (79 tahun), sudah bersara secara rasminya pada 7 Januari 2011 yang lalu setelah berkhidmat selama 22 tahun. Jawatan beliau telah diambil alih oleh Datuk Ahmad Zainal abidin Muhammad Yusof yang mula bertugas pada10 Januari 2011 lepas.

Wajah yang muncul 2,3 tahun sekali dalam TV |
Tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
Sebagai seorang Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Ibrahim memainkan peranan yang sangat besar. Antaranya ialah:
- Merupakan Setiausaha Majlis Raja-Raja;
- Mengurus setia Mesyuarat Majlis Raja-Raja;
- Menyelaras Mesyuarat Khas Pemilihan Yang Dipertuan Agong dan Timbalan Yang DiPertuan Agong;
- Menguruskan pengeluaran Surat Cara Pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Kerajaan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ketua Audit Negara, Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan beberapa jawatan Hakim yang penting;
- Bertanggungjawab mengeluarkan Surat Cara Pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dan Pengerusi dan Ahli Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam; dan
- Menyelaras Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Ramadan, Aidilfitri dan Aidiladha serta menyelaras bagi menyampaikan keputusan terbabit.
Nota kaki:
- 0oooo... Baru la tahu.. Ingatkan tugas penyimpan mohor ni umum tarikh puasa & raya je....
- Saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua family, sahabat handai, rakan blogger, pelawat blog ni dan semua yang saya tak sempat nak sebut....
- Saya juga nak mohon maaf kepada semua andai saya ada buat salah atau melukakan hati sesiapa. Saya tahu, saya ni bukan budak baik, suka kacau orang.
- Moga kita sama-sama memperoleh keampunan Allah di bulan yang barakah ini....ameen..