Saturday, August 14, 2010

Gangguan Seksual

Posted by Aziatie at 3:28 AM 1 comments
Tadi saya sempat chating dengan seorang kawan & dia beri cadangan supaya saya menulis tentang aurat perempuan. 'Jaga pandangan'? Mengapa lelaki perlu menjaga pandangan mereka? Situasi pada hari ini memang menyukarkan bagi kaum Adam untuk mengelak daripada 'gangguan seksual' daripada wanita. Apabila bertanya tentang aurat, semua sudah tahu dan faham dari segi teori, tapi dari segi amali jarang sekali dipraktik.

Ramai yang anggap menutup aurat sekadar bertudung sahaja walhal ini nyata salah sama sekali. Ramai yang bertudung, tapi baju lengan pendek atau tiga suku. Ada yang bertudung tapi pakai 'baju adik' dan macam-macam lagi.

"Takkan la kami nak pakai longgar-longgar, tak up-to-date la, macam orang tua". Tu ungkapan yg sering kita dengar. INGAT!! Barat mempengaruhi muslim dengan fesyen, dan fesyen dipengaruhi oleh hiburan. Mudahnya mereka menghancurkan umat akhir zaman ini.

Dengan sekarang pengaruh media sangat 'membunuh remaja muslimah dengan adanya artis yang membawa imej bertudung seperti Yuna (maaf kpd peminat Yuna). Layakkah kita menggelarkan fesyen yang dibawa oleh Yuna sebagai fesyen muslimah? (walaupun bukan Yuna yg memberikan title ini)

Saya ada terbaca sebuah blog dan blogger blog tersebut menulis:
"yuna ni mmg sempoi bagi aku. dan aku respect dia sebab tanggungjawab sebagai muslimah tak diabaikan walaupun bermain muzik..."

Terpulanglah kepada individu untuk menilai baik buruk sesuatu.
Tepuk dada, tanya iman.....

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."

Al Ahzab : 59.





*saya bukanlah seorang yang sempurna, hanyalah hamba Allah yang hina. tapi, saya hanya ingin mengingati diri saya sendiri dan juga sesama muslim kerana rasa tanggungjawab kepada diri saya sendiri. wallahualam...

post yang berkaitan aurat: Mukaddimah Zina & Adab Pergaulan Dalam Islam


Friday, August 13, 2010

Dosa di Facebook

Posted by Aziatie at 1:09 AM 0 comments

Thursday, August 12, 2010

Artis Illuminiti

Posted by Aziatie at 6:37 PM 3 comments
Untuk menjayakan projeknya iaitu New World Order, Dajal memerlukan satu medium untuk melekakan manusia.Medium itu adalah hiburan. Sepertimana yang kita semua lihat pada hari ini industri hiburan berkembang pesat dan telah banyak mempengaruhi muda-mudi di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Inilah New World Order- Lupakan akhirat, lebihkan dunia. Kebanyakan artis-artis Hollywood adalah artis Illuminati. Ini adalah salah satu rancangan dajal untuk 'brainwash' kita. Mesej-mesej dalam lagu tu ada maksud tersembunyi
Jaz-Z
Kanye West
Madonna
Ini hanya sebahagian artis Illuminati. Bukan hanya di Hollywood tetapi di seluruh dunia. Ada juga artis yang menentang Illuminati, contoh terbaik Bob Marley. Beliau adalah artis yang menentang Illuminati melalui lirik lagunya. Tetapi beliau akhirnya mati dibunuh oleh konco-konco dajal. Bagi artis yang menentang Illuminati, mereka akan dibunuh ataupun dijatuhkan reputasi mereka.

Micheal Jackson juga telah dibunuh oleh 'mereka'

Wednesday, August 11, 2010

Rokok Vs Puasa

Posted by Aziatie at 4:11 PM 0 comments

Bulan puasa bulan yang mencabar kepada para perokok....so..kat bawah ni cara-cara untuk atasi ketegaran perokok:
  • Tanam niat dalam hati yang anda sedang berpuasa
  • Simpan rokok, pemetik api, bekas habuk rokok dari pandangan mata
  • Buat aktiviti yang berfokus dan memerlukan tumpuan
  • Berbual dengan rakan-rakan
  • Lakukan senaman ringan seperti melonggarkan otot-otot tangan dan kaki
  • Membaca Al Quran dan berzikir
  • Bebaskan minda dari berfikir tentang rokok
Tips ni hanya sebagai panduan...yang penting adalah diri sendiri untuk mengubah.

Elak Pembaziran di Bulan Ramadhan

Posted by Aziatie at 11:13 AM 1 comments
Sumber : JAIS 
Ramadhan sering berlaku pembaziran
RAMADAN mempunyai banyak rahsia tersirat yang perlu dicungkil oleh umat Islam. Dalam melalui bulan penuh keberkatan dan kerahmatan ini, kita perlu insaf pelbagai tujuan Allah mensyariatkan puasa kepada umat Islam.
Dalam Ramadan terkandung banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kita gunakan bagi melalui hidup ini dengan lebih sempurna. Antara pengajaran itu ialah ingatan supaya kita tidak melakukan pembaziran dan boros dalam kehidupan.

Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.”  (Hadis riwayat al-Bukhari).

Salah satu perkara yang dinyatakan dalam hadis ini ialah larangan Rasulullah agar umat Baginda menjauhi pembaziran. Pembaziran ialah mengeluarkan wang atau menggunakan barang secara berlebih-lebihan.


Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).


Gambaran yang diberikan Allah terhadap orang yang melakukan pembaziran dalam ayat berkenaan amat keras kerana syaitan itu adalah makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah. Ayat al-Quran dan hadis di atas juga menyatakan bahawa pemborosan dan pembaziran adalah perbuatan keji dan patut ditinggalkan oleh orang yang mengaku diri mereka benar-benar beriman dengan Islam.


Dalam keghairahan umat Islam menyambut Ramadan dan kedatangan Syawal nanti, mereka tidak seharusnya lalai dan leka hingga melanggar etika berbelanja seperti ditetapkan oleh Islam, terutama boros dalam perbelanjaan. Jika berbuka jangan keterlaluan, biarlah bersederhana.


Meskipun berbelanja berlebihan adalah hak golongan berada, pada hakikatnya Islam memandang perkara ini sebagai suatu pemborosan melampau yang membawa kepada pembaziran. Baginda melarang amalan pembaziran dan tidak pernah melakukan sesuatu perbelanjaan yang melampaui batas. Perkara ini ada dijelaskan dalam hadis yang bermaksud: 



“Ketika Mu'awiyah berkunjung ke Kufah, maka Abdullah bin Amr bercerita mengenai Rasulullah, katanya Rasulullah tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah melakukan perkara keji.
“Beliau juga berkata: Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).


Sikap Rasulullah seperti dijelaskan dalam hadis ini sepatutnya dijadikan ikutan dan teladan oleh semua umat Islam.


Dalam pada itu, pemborosan juga berlaku dari aspek ingin menceriakan perasaan anak. Ada segelintir ibu bapa yang melaburkan wang ringgit semata-mata untuk membeli mercun dan bunga api demi menggembirakan anak. Justeru, setiap Muslim perlu sedar bahawa Ramadan yang telah dilalui ini banyak mendidik agar sentiasa berjimat-cermat dalam berbelanja.


Berbekalkan didikan sepanjang Ramadan, maka gunakanlah untuk mengharungi kehidupan dalam sebelas bulan yang akan datang.
Ingatlah kepada mereka yang tidak bernasib baik


Oleh itu, alangkah baiknya jika kita membanteras amalan pemborosan dan pembaziran yang keji itu dengan menggalakkan amalan kebajikan, seperti bersedekah.


Sedikit bantuan atau sumbangan yang dihulurkan kepada golongan yang tidak berada, ada disediakan ganjaran pahala di sisi Allah. Mereka juga akan menghargai pemberian itu dan merasakan kita sentiasa mengingati mereka.

Tuesday, August 10, 2010

Kenapa Hitler Bunuh Yahudi

Posted by Aziatie at 3:21 PM 0 comments




 

Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia. Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.


Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:
“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari). Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya   
 

Marhaban ya Ramadhan

Posted by Aziatie at 2:16 PM 0 comments

Sedar tak sedar esok semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan Ramadhan.

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menjernihkan kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Mukaddimah Zina

Posted by Aziatie at 7:15 AM 2 comments
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :  “Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar (berbahaya) terhadap lelaki daripada fitnah seorang wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :  “Hendaklah kalian takut terhadap (godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita.” (Riwayat Muslim)


Ibn Abbas mengatakan :  “Tidak ada dalam kalangan orang terdahulu yang menjadi kafir, kecuali gara-gara wanita dan orang terkemudian pun kafir gara-gara wanita (juga).”


Said Ibn al-Musayyab berkata :  “Setiap kali syaitan berputus asa mengganggu seseorang, maka dia akan melancarkan gangguannya melalui wanita.”


Islam bukan saja melarang umatnya melakukan zina malah melarang mereka mendekati asbab-asbab (jalan-jalan) yang membawa dan menyampaikan kepada zina! Allah melarang dalam firmanNya yang bermaksud,
“dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah sutu perbuatan keji dan jalan yang buruk.” (Surah al-Israa’ : ayat 32)


Ingatlah, segala yang kita lakukan di dunia ini akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Berdasarkan firman Allah yang bermaksud,
“..sesungguhnya pendengaran, penglihatan juga hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya (selama di dunia).” (Surah al-Israa’ : ayat 36)


Jauhi dan hindarilah semampu yang boleh jalan-jalan dan pintu-pintu yang membawa ke arah mukaddimah (permulaan) zina.


1)  Jaga dan pelihara aurat

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (Surah an-Nur : ayat 31)



Hakikat sebuah tudung :


Hakikat tudung adalah perlindungan zahir dan batin. Lindungi mata kita dari memandang lelaki yang bukan muhrim, lindungi lidah kita dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia, sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah s.w.t, lindungi telinga dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk diri sendiri mahupun masyarakat, lindungi hidung kita dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan dari membuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kita dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kita dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu, lindungi hati kita dari sesuatu selain Allah s.w.t. Bila sudah biasa, tudung yang kita pakai, akan menyinari hati kita. Itulah hakikat tudung.


2)  Tundukkan pandangan. Kawal pandangan mata.

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (Surah an-Nur : ayat 30)

3)  Jangan lunakkan suara.

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik, (Surah al-Ahzab : ayat 32)

4) Perlua ada batas untuk urusan lelaki dan perempuan.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali bila kamu diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu diundang maka masuklah dan bila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa asyik memperpanjang percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi lalu Nabi malu kepadamu (untuk menyuruh kamu ke luar), dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar. Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. (Surah al-Ahzab : ayat 53)




5) Labuhkan pakaian.

Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang. (Surah al-Ahzab : ayat 59)

Bukankah Nabi s.a.w juga mengajar kita bahawa mencegah lebih baik daripada merawat dalam apa jua aspek kehidupan? Jadi…
“Sebelum termengandung, maka mukaddimah zina mestilah dibendung.”
Jika tidak, ini yang akan berlaku dalam kehidupan kita.
~ Pergaulan bebas semakin berleluasa. Hidup bebas seperti tiada lagi dosa dan pahala. Pasangan bercinta pegang tangan jalan sana sini tanpa segan silu lagi. Remaja perempuan menjual maruah diri dengan sesuka hatinya tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung.
~ Buang anak semakin menjadi-jadi. Perempuan yang mengandung anak luar nikah semakin ramai terutamanya remaja. Keguguran anak luar nikah juga sering berlaku.



Akibat daripada perbuatan yang keji!

Monday, August 9, 2010

Asas Seni Kolaj

Posted by Aziatie at 8:57 AM 4 comments



KOLAJ bermaksud tampal & gam. Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni halus. Antara bahan yang sesuai digunakan untuk  kolaj ini ialah antaranya carikan kertas-kertas, keratan akhbar, kepingan besi, kain atau kain perca dan kepingan – kepingan nipis yang lain.
Kini teknik kolaj telah berkembang ke arah yang lebih menggunakan teknik yang menggunakan jahitan dan tampalan kain. Kalau dulu, teknik kolaj hanya menggunakan kertas tetapi kini berbagai teknik telah muncul seperti guntingan kain perca yang lebih memberi corak yang lebih menarik. Kolaj sendiri memerluka teknik halus yang teliti dan memerlukan kesabaran dan ketelitian.

Seni kolaj juga amat praktikal dalam pengajaran kelas pendidikan khas. Disamping aktiviti ini dapat memberi keseronokan kepada murid, aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Antara asas kemahiran seni kolaj yang simple dan mudah adalah:
  • mengoyak & menampal
  • koyak secara menurun & halus
  • membuat gambar
  • tampalan kertas tisu
  • tampalan kain perca
  • tampalan tali
  • tampalan pelbagai bahan ( dua & tiga dimensi)
  • dan banyak lagi
 Klik sini untuk lihat Kolaj kain

Kuiz Ramalan di Facebook

Posted by Aziatie at 12:06 AM 0 comments

Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.

Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.

Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain. 
Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:

ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4
Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:
1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?
Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.
Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:
Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.

KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH

Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan ahli nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.
Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.
Allah menegaskan dalam Al-Quran:

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ
Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).


HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.
Sabda baginda:

من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).

Di dalam hadis lain:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).

Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.

Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.

Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.

Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.
Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.

SEKADAR MAIN-MAIN?
Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.

Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?

Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim.

Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ
Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10)
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal