Monday, April 25, 2011

Tips Lajukan Tonton Video Online [no buffering!]

Posted by Aziatie at 6:55 PM 20 comments
Salam semua. Hari ini saya nak share tutorial nak melajukan buffering ketika menonton video secara online di youtube atau dimana-mana web . Tutorial ini saya dapat di biaqpila Saya dah cuba, saya rasa tips ni ok la kot. Sama-sama lah kita share tips seperti di bawah ni..

Untuk Pengguna Windows XP

1. Pergi ke RUN atau Windows + R dan taip system.ini seperti gambar dibawah

2. Kemudian akan keluar Notepad seperti gambar dibawah ini

3. Selepas keluar Notepad tersebut,  edit dan tambahkan teks dibawah ini

page buffer=1000000Tbps
load=1000000Tbps
download=1000000Tbps
save=1000000Tbps
back=1000000Tbps
search=1000000Tbps
sound=1000000Tbps
webcam=1000000Tbps
voice=1000000Tbps
faxmodemfast=1000000Tbps
update=1000000Tbps

4. Letakkan teks di atas seperti gambar dibawah ini

4. Kemudian save atau Ctrl + S dan restart PC.

Untuk Pengguna Windows Vista dan Windows 7

- Klik run atau taip Windows + R >  type system.ini
- Paste code yang diberi >  save as di desktop
- Copy file system.ini di desktop tu (file tu nama system je)
- Paste di My Computer >  Local Disk (Local Disk  C > Windows)

- Restart PC.

Cuba tengok video ni... Ada buffering tak.... kalau ada buffering boleh la cuba tips kat atas...

Sekian saja untuk kali ni.............

Kontroversi Nasi Lemak

Posted by Aziatie at 10:46 AM 4 comments
Isu dalam pendidikan tak habis-habis.. Sekarang ni kita dengar pulak tentang arahan kerajaan supaya penjualan nasi lemak di kantin sekolah dihadkan (dibenarkan seminggu sekali sahaja). Apakah ceredik arahan kementerian ni? Sudah berfikir panjang ke sejauh mana berkesan penguatkuasaan ni? Saya ni bukan pembangkang, tapi apa yang tak releven saya takkan terima.

Kalau kita lihat masalah obesiti dalam kalangan murid di sekolah pada hari ni, adakah disebabkan nasi lemak semata? Sejak zaman dulu lagi nasi lemak dijual di kantin sekolah atau mana-mana kantin pun, tapi tak ada pun isu nasi lemak menyebabkan obesiti. Lagipun nasi lemak yang dijual di kantin sekolah taklah 'berlemak' sangat santannya. Jadi, apa masalahnya? Saya rasa makanan lain lagi tinggi tahap kolestrolnya.

Sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat pada kalangan ibu bapa masih rendah. Segala-galanya bermula dari rumah. Cuba lihat trend pemakanan sekarang, ramai ibu bapa yang 'mengajar' anak mereka makan makanan segera. Tengok la dalam peti ais, kabinet dapur, segala jenis junkfood ada , fastfood ada, bigfoot je yang tak ada. Asal boring je goreng nuget, sosej, fries dan macam bagai.
Itu makanan kat rumah, kalau makanan kat luar rumah? Kita dah biasa tengok ramai ibu bapa mengajak anak mereka makan di restoran segera, macam dah jadi rutin. Segala jenis restoran segera mereka terjah. Makanan segera macam ni lah yang menyebabkan faktor obesiti kepada kanak-kanak. Kalau hari pasar malam, beli macam-macam, jagung cup, ayam goreng, apam balik, air gas..bla..bla..bla.. Sekarang kanak-kanak lebih tahu nama makanan segera berbanding makanan tradisonal sendiri. Apedehal.....

Saya nak cakap.....
  • Kalau kantin sekolah tak jual nasi lemak, kat luar pun banyak, kedai mamak pun ada...errkk...
  • Satu dunia makan nasi lemak, tapi tak kecoh pun. Dalam flight pun orang makan nasi lemak.
  • Obesiti bukan sebab pemakanan saja, faktor genetik pun ada..
  • Budak sekarang ni malas bersenam, sebab tu lah gemuk. Asyik main game, facebook, berblogging ^^,
  • Kalau nasi lemak 'diharamkan', siapa nak beli surat khabar Utusan? budak-budak dah tak baca surat khabar Utusan Malaysia. Ye la, surat khabar Utusan la buat bungkus nasi lemak. Kalau nak harap budak-budak ni baca jangan harap la, tak minat. Kalau buat bungkus nasi lemak baru la baca...

.............
............
............
............
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

kucing ni pun ada masalah obesiti... sebab nasi lemak la ni~
Argghh... saya tak nak bebel banyak pasal nasi lemak ni. Nak pergi study pulak, esok exam....
Note: Saya pun makan nasi lemak, tapi tak la sampai tahap obes...
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal