Friday, October 8, 2010

Kenapa saya menangis.....

Posted by Aziatie at 9:42 AM 0 comments
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”



Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti !!
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?


” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar :


Jawapannya:



“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”.....

* kadang-kadang menangis tu perlu~  

Tuesday, October 5, 2010

7 Hari seminggu

Posted by Aziatie at 12:47 PM 0 comments
DALAM seminggu ada tujuh hari dan setiap hari tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang diselubungi sedih dan kedukaan.
Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik dan penting setiap hari yang boleh kita renung dan diambil iktibar bersama. Antaranya:


1. Ahad – Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.
2. Isnin – Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.
3. Selasa – Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.
4. Rabu – Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.
5. Khamis – Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.
6. Jumaat – Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis. Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.
7. Sabtu – Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya..

Monday, October 4, 2010

10 Jam termahal di dunia

Posted by Aziatie at 12:27 AM 2 comments


USD$734 000
Dicipta oleh seorang penempa emas berkurun lalu. Jam ini dicipta dengan keupayaan tidak terpengaruh dengan tarikan graviti. Dibina dengan emas 18 karat berwarna kuning.
USD$ 800 000
Menggunakan kulit buaya asli dan perincian gear di dalamnya cukup sempurna. Badan utama jam diperbuat dari platinum/emas putih. Mempunyai kalendar bulan dan sebagainya.
USD$860,000 : Louis Moinet Magistralis
Bahan yang digunakan di dalam merupakan batuan mateorit berusia 2000 tahun dan di luarnya adalah emas 18 karat yang mahal. Mempunyai kalendar bulan dan sebagainya.
USD$1 juta : Hublot Black Caviar Bang
Diperbuat dari emas putih 18 karat dengan bertatahkan 322 berlian dan dibentuk secara persegi dan diletakkan di sekeliling jam tersebut.
USD$1.1 juta : The Chopard Super Ice Cube
Diperbuat dari emas 66 karat dan ditempa secara kasar. Kelihatan hodoh dan tidak kemas namun harganya melebihi USD$ juta. Betul-betul kelihatan seperti ais bukan?
USD$1.3 juta : Patek Philippe Sky Moon Tourbillon
Merupakan hasil tempaan oleh Patek Philippe yang mempunyai pelbagai fungsi. Kelihatan seperti jam biasa namun sebenarnya mempunyai kalendar bulan, fasa pembentukan bulan dan sebagainya.
USD$1.5 juta : Vacheron Constantin Tour de liIle
Jam ini mempunyai 834 bahagian dan boleh memaparkan waktu di 2 zon berlainan. Selain itu jam ini mempunyai kalendar bulan, arah mata angin dan sebagainya.
USD$4 juta : Patek Philippe's Platinum World Time
Diiktirafkan sebagia jam paling mahal pada tahun 2002, memaparkan waktu di 24 zon berlainan di dunia dan secara automatik akan menyala sewaktu keadaan persekitaran gelap.
USD$11 juta : Patek Phillipe's Supercomplication
Merupakan jam termahal keluaran Patek Phillipe aygn ditempa pada 1932 untuk kegunaan Henry Graves Jr. Diperbuat daripada emas kuning dan mempunyai dua permukaan berlainan.
USD$25 juta : 201-carat Chopard
Jam berada di tengah-tengah dan dikelilingi oleh emas 201 karat. Mengandungi 15 karat berlian berwarna merah jambu, 12 karat berlian biru dan 11 karat berlian putih. Terdapat juga lebih 600 berlian kuning di sekelilingnya.





* Apa guna pakai jam mahal-mahal, tapi tak menepati masa...... * Jangan terlalu mengagumi kenikmatan dunia yang sementara ini, di Sana lebih kekal abadi.....




   

Sunday, October 3, 2010

Camping

Posted by Aziatie at 6:04 PM 0 comments





1 Oktober - 3 Oktober  saya pergi camping di PJ...yupp...PJ, Petaling Jaya...apa yg ada kat Pj hah??..ye la kan, baik pergi camping kat gunung ke, sungai ke, baru la adventure sikit.....that was my first impression lah....but....

tapi bila 2nd day camping, ada satu aktiviti di Bukit Gasing...kami kena panjat bukit sampai ke puncak....so, baru la ada sikit feel camping bila dah masuk hutan (tapi tak la hutan sangat)....suka tengok tumbuhan yg menghijau, sejuk mata memandang...so...saya sempat la snap picture pokok yg ada kat sana....



 tak tahu ni apa, kecil jer....nampak unik....

 bunga-bunga cinta mungkin......

buah ni boleh makan ke?


 kenal ni.....tapi tak tahu nama...

yang ni tak boleh makan...


macam lolipop....

cute buah ni....tapi tak tahu nama jugak..huhuu...

Subhanallah...sungguh indah alam ciptaanNya...

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal