Thursday, December 2, 2010

Jom Balik Cuti

Posted by Aziatie at 6:11 PM 0 comments Links to this post
~Jumpa lagi di semester hadapan~

FACEBOOK : tempat kutuk mengutuk?

Posted by Aziatie at 5:45 PM 0 comments Links to this post
Sekarang ni semua orang ada facebook, pak cik makcik pun sibuk berfacebook kat rumah. Budak umur 4 tahun pun nak jugak facebook. Apatah lagi remaja atau student sekolah, kolej atau IPT, boleh dikira berapa orang yang tak ada akaun facebook. Tapi ramai juga la yang salah guna facebook ni (saya pun pernah mungkin??)...
Mencaci orang Islam adalah kefasikan dan membunuhnya adalah kekafiran. (Sahih al-Bukhari)
Ramai juga yang menggunakan facebook ni untuk menjatuhkan maruah orang lain, macam dah jadi trend sekarang. Tak nak state la group apa sebab ramai yang dah tahu rasanya. Banyak group yang mengutuk/membenci  individu ada di facebook (I hate si A....Kami tak suka si B..saya benci si C). Fan dalam group tu pulak hantar post dan komen yang memalukan/menjatuhkan imej orang yang dikutuk. Kesian pun ada kadang-kadang. So....kalau boleh kita elak la dapat dosa free kutuk-kutuk orang kat facebook ni. Orang tu tak menyusahkan kita pun. Biarlah dia dengan cara dia. Kalaulah dia buat keburukkan, doakanlah dia supaya berubah....


"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka (kecurigaan), kerana sebagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."  (Al-Hujuuraat, ayat 12)


Sekian saja untuk kali ini..... ^^





Wednesday, December 1, 2010

Roti Yang Meloyakan

Posted by Aziatie at 2:36 AM 0 comments Links to this post
image001 Roti Sedap Tapi Ngeri!!
Ada iras-iras kan?

image003r Roti Sedap Tapi Ngeri!!
errkk...

buweeekkk!!

image007aq Roti Sedap Tapi Ngeri!!
Selera sungguh budak nie makan..

breadartist34 Roti Sedap Tapi Ngeri!!

breadheads4 Roti Sedap Tapi Ngeri!!
breadartist4 Roti Sedap Tapi Ngeri!!
breadartist24 Roti Sedap Tapi Ngeri!!
macam bilik forensik pon ada...

Sungguh berseni roti-roti tadi. Nama pembuat roti tadi adalah Kittiwat Unarrom yang juga merupakan seorang artis seni. Dia memulakan kerja membuat roti ngeri ni sejak dia menonton filem siri "Saw". Macam-macam perisa ada seperti coklat, mocca, strawberry dan lain-lain lagi. Tapi yang pelik, walaupun roti ni nampak seram, ramai yang beli. Pelik sungguh selera pembeli tu...macam tu pun ada ke? Roti yang bentuknya menyerupai bentuk organ tubuh manusia ini pernah masuk dalam Guiness Book Of Record pada tahun 2006.

Tu je kot yang saya nak cerita...kalau kat Malaysia ada buka kedai roti macam ni agak-agak dapat sambutan tak??...loya tekak pulak tengok lama-lama, hilang selera la....Tapi dalam Islam, kalau sesuatu makanan tu kelihatan jijik, haram hukumnya untuk dimakan....wallahu'alam...

Tuesday, November 30, 2010

Semalam Adalah Sejarah

Posted by Aziatie at 6:34 PM 0 comments Links to this post
Sedar atau tidak, kita sebenarnya sudah berada di penghujung 2010 dan sebulan lagi kita akan menjejakkan kaki ke tahun baru. Cepatnya masa berlalu tinggalkan kita semua. Terasa baru sahaja bangun dari tidur, sekarang matahari sudah hampir terbenam. Begitulah cepatnya waktu berlalu yang datang dan pergi begitu cepat sekali. Kadang-kala bila mengimbas masa lalu, zaman kanak-kanak dan zaman sekolah, terasa seperti tak percaya bahawa kita sudah dewasa Maka, semakin singkatlah masa yang kita ada untuk hari yang mendatang. 

Imam Ali r.a. pernah bertanya kepada ratusan muridnya, "apakah yang paling jauh dari dunia ini?". Namun, tak satu pun daripada ratusan muridnya yang mampu menjawab pertanyaannya dengan tepat. Lalu Imam Ali r.a. itu pun berkata dengan bijaknya bahawa yang paling jauh dari dunia ini adalah waktu lalu (masa lalu). Mengapa? Kerana tak ada satu manusia pun yang mampu kembali kepada masa lalunya.

Masa yang lalu akan terus menjauh, sangat jauh dan tak akan pernah kembali lagi yang akan menjadi sejarah hidup kita. Dalam pantasnya masa berlalu telah mengajar kita untuk berfikir siapakah kita dan kenapa Allah swt menciptakan kita di muka bumi ini. Adakah kita seorang yang tidak menghargai waktu dan hanya membiarkan waktu itu berlalu tanpa dengan ruginya dan adakah kita telah menjalankan kewajipan kita sebagai khalifah di bumi Allah ini. Mungkin ya, mungkin tidak. Masa yang pergi membuat kita kembali mengingati kepada diri dan yang Maha Pencipta. Sedar akan kita hanyalah pengembara di bumi-Nya yang hanya singgah sebentar dan akan berlalu pergi apabila tiba masanya kelak.
orang-orang beruntung : HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM
orang-orang rugi : HARI INI SAMA SAHAJA DENGAN SEMALAM
orang-orang celaka : HARI INI LEBIH BURUK DARIPADA SEMALAM












Monday, November 29, 2010

Kenapa Saya Buat Blog?

Posted by Aziatie at 6:12 PM 0 comments Links to this post
Kenapa saya blogging? kadang-kadang saya pun ada terfikir kenapa saya suka 'hobi' baru saya ni. Kalau sesetengah orang yang blogging, mereka mungkin buat blog sebab ada alasan tersendiri seperti untuk meluahkan perasaan, menceritakan pengalaman hidup, tambah pendapatan, tambah rakan blogger dan macam-macam lagi. Semua tu bergantung kepada individu sendiri la, tapi kebebasan untuk berblogging jangan sampai disalah guna sudah.

Saya sebenarnya mentah lagi dalam dunia blogging (lebih kurang 1 tahun je). Pada mula-mula saya buat blog, saya gunakan blog saya sebagai 'dairi' harian. Apa yang saya buat, apa yang saya suka, apa yang saya tak suka, lagu yang saya dengar pun saya letak dalam blog. Saya anggap blog ni sebagai satu tempat untuk saya luah perasaan saya sebab saya tak suka update status di facebook. Waktu tu, kawan-kawan saya sahaja yang visit blog saya.

Lepas beberapa bulan saya berblogging, saya mula terfikir kenapa saya perlu tulis semua tu dalam blog saya?? Apa yang saya dapat nanti? Kenudian saya terfikir, kenapa tidak saya menjadikan blog saya lebih berinfo sikit supaya dapat saya kongsi dengan lebih ramai orang. Kenapa saya perlu tulis tentang hidup saya yang tak menarik & boring di blog, rasa macam syok sendiri pun ada. Perlu ke saya berkongsi dengan satu dunia tentang kehidupan saya? Lepas sekian lama saya fikir...saya nekad untuk delete semua entry lama yang bagi saya tak mendatangkan banyak faedah untuk saya. 

Tak berapa lama lepas tu, maka terciptalah blog kesayangan saya ni yang ada sikit 'hala tuju'. Walaupun ada entry dalam blog saya hanya dicopy paste daripada blog-blog lain, tapi saya rasa itu tak jadi masalah sebab tujuan saya blogging adalah untuk 'sumbat' apa yang saya rasa menarik dan asalkan saya dapat berkongsi sedikit maklumat yang saya tahu dengan semua visitor. Alhamdulillah, usaha saya selama ni tak la sia-sia. Selepas blog saya bertukar wajah, lebih ramai yang visit blog saya. Pernah dalam satu bulan, blog saya menerima lebih daripada 5,000 visitors. Paling membanggakan saya visitors blog saya bukan hanya dari Malaysia, tapi juga dari seluruh dunia (US, German, Brunai, Canada, Japan etc). Hari ni trafik di blog saya semakin bertambah dan diharap semua mendapat manfaat daripada blog ni walaupun saya sedar blog saya masih banyak kelemahan yang saya akan perbaiki dari masa ke masa...insyaALLAH.
Nota kaki:
Bukan trafic yang saya mahu, bukan nama yang mahu saya cipta. Sekadar ingin mendapat sedikit kebaikkan melalui peluang, ruang dan kemudahan yang ada. Moga apa yang saya buat ini memberi kebaikkan bersama....sekian...jumpa lagi ^^

Sunday, November 28, 2010

Aku Bersyukur Pada-Mu

Posted by Aziatie at 3:00 AM 0 comments Links to this post
Bismillahirrahmanirrahim...
Dah lama rasanya saya tak post entry dalam blog ni, minggu ni saya agak busy sebab minggu exam. Walaupun kawan-kawan saya di U lain dah habis exam, tapi saya & kawan-kawan saya belum habis lagi exam. Dalam hati terdetik "kan best kalau aku pun boleh balik, lepak-lepak kat rumah sekarang, makan sedap-sedap...kawan semua dah boleh cuti sem, tapi aku?"......kadang-kadang terfikir juga...mengeluh....tak puas hati... Bila difikir balik "tak bersyukurkah aku?"...

KENAPA AKU MASIH TIDAK BERSYUKUR??

Bila dihayati gambar-gambar kat atas tu, baru la sedar betapa diri ini amat bertuah, syukur padaMu ya Allah...aku masih lagi diberi kemudahan dalam  hidup walaupun kadang-kala aku tak dapat apa yang aku nak. Masih ramai yang tidak ada peluang untuk makan, meneruskan kelangsungan hidup mereka apatah lagi untuk belajar atau bersekolah.......

Firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 18:

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Sesungguhnya sudah pasti kita tidak mampu menghitung atau mengira nikmat-nikmat Allah yang diberikan kepada kita tanpa meminta sebarang balasan. Perlulah kita sedar segala nikmat yang dianugerahkan tidak kira ketika sihat, suka, nikmat kesihatan, ketika diberikan kesenangan dan sebagainya...

Alhamdulillah, syukur padaMu atas semua nikmat yang Kau berikan padaku.......






Sunday, November 21, 2010

Kajian Sains Fizik Tentang Solat Berjemaah

Posted by Aziatie at 9:07 PM 0 comments Links to this post
Petikan Berita Harian 13 Jan 2007
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
Seorang profesor fizik di Amerika Syarikat membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.
Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.
Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.
Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.
Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.
Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.
Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.
Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.
Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.
Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Selepas kajian lanjut dilakukan, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.
Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).
Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.




10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Posted by Aziatie at 5:58 PM 3 comments Links to this post
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Sumber : Amirez





Saturday, November 20, 2010

Sudah Tukar

Posted by Aziatie at 12:11 AM 0 comments Links to this post
Hari ni saya dah tukar background blog saya. Diharap semua suka la yer dengan background baru ni, rasanya background ni tak la nampak serabut sangat. 
wajah blog saya SEMALAM

wajah blog saya HARI INI

ESOK macam mana??


*Dulu masa 1st time blogging, background blog saya hitam, brutal la konon...hehee...nasib baik tak ramai yang visit time tu....




Friday, November 19, 2010

Dialog Anjing & Kucing

Posted by Aziatie at 5:56 PM 2 comments Links to this post

Ikuti dialong 2 sahabat ni...
Kucing: Anjing, kenapa dengan kau ni? Macam ada yang tak kena je?
Anjing: Aku tension ni. Rasa nak je aku gigit 2 'ekor' manusia tadi.
Kucing : Kenapa pulak? Story sikit kat aku.
Anjing: Aku lalu tepi dua orang lelaki dan perempuan yang sedang berkepit kat taman tadi. Tiba-tiba lelaki tu terperanjat dan berkata "Cissss anjing, pergi jauh-jauh la, kau tu najis!".
Kucing: Ye lah. Kau kan haram. Najis mughallazah pulak tu, najis tahap berat bagi manusia. Kau jangan la ambil hati sangat.
Anjing: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku still boleh disamak. Yang dia sentuh awex dia tak apa pulak? Boleh ke nak samak dosa??
Kucing: Betul jugak tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yangg sah lebih berat najisannya daripada memegang kau anjing atau saudara-mara kau, bahkan tak boleh disuci sekalipun disamak.
Anjing: Tahu tak pe......
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa:

"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) denganwanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing dan babi tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing atau babi bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

yuukkkkksss!! Jijik kan? Camni la ibaratnya daripada kisah tadi....

Wednesday, November 17, 2010

Bukan malas...tapi...

Posted by Aziatie at 12:12 AM 0 comments Links to this post
SAYA BUKAN MALAS.....
TAPI...
Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Hadis Nabi s.a.w yang bermaksudnya : 
“Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.
Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu puncanya datang dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah Taala.

*saya tak nak malas-malas lagi...tak nak ikut perangai setan....nak seribu daya !!

Tuesday, November 16, 2010

Wukuf Di Padang Arafah

Posted by Aziatie at 11:02 AM 0 comments Links to this post
Oleh Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
DALAM bulan Zulhijah yang mulia ini, ada satu hari yang dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah SWT, selain daripada Jumaat iaitu pada 9 Zulhijah yang lebih dikenali sebagai hari Arafah. Hari Arafah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah, satu daripada rukun fardu bagi umat Islam yang menunaikan ibadat haji.

Pada hari itu, Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakan hari itu daripada api neraka. Oleh kerana itu, hari keesokannya ialah Aidiladha, hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam dengan menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT.

Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w,
“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).
Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT. Begitu juga amalan yang paling afdal di sisi Allah SWT seperti berjihad pada jalan Allah SWT tidak akan dapat meraih ganjaran istimewa sepuluh hari Zulhijah itu melainkan apabila seseorang Muslim itu tercedera atau mati syahid atau kudanya mati dalam medan peperangan. Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Sahabat bertanya, “Adakah itu termasuk juga berjihad pada jalan Allah?”. Jawab Baginda, “Tidak termasuk berjihad pada jalan Allah melainkan orang yang keluar dengan seluruh jiwa raganya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”. (Hadis Bukhari)
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. juga bersabda,
“Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid”. (Hadis Ahmad).
Pada hari Arafah, setiap jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia akan melaksanakan satu rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah. Amalan wukuf adalah satu perhimpunan besar manusia padang dengan bahang terik mentari, tiada daya dan upaya melainkan mereka semuanya mengharapkan keredaan Ilahi. Perhimpunan jutaan manusia itu melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi setiap manusia untuk dihisab segala amalan diri di Padang Mahsyar kelak.
Oleh itu, setiap insan wajib muhasabah diri dan juga bertaubat terhadap segala dosa sebelum Allah pamerkan segala dosa tersebut di hadapan jutaan manusia di Padang Mahsyar itu.
Dari sudut sejarahnya, ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Arafah itu berasal dari pertemuan kembali Nabi Allah Adam dan isterinya Siti Hawa yang diturunkan ke bumi secara berasingan dan akhirnya mereka bertemu kembali di lembah yang dikenali sekarang dengan Padang Arafah. Ada juga ulama yang me-nyatakan bahawa ia berasal dari peristiwa pertemuan Nabi Allah Ibrahim dengan isterinya Siti Hajar dan anaknya, Nabi Allah Ismail AS yang lama berpisah.
Sebahagian ulama pula berpendapat perkataan Arafah itu adalah hasil pemahaman Nabi Ibrahim yang menghayati perintah Allah SWT yang tersirat di dalam mimpinya untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail. Oleh kerana itulah, hari Wukuf di Arafah juga dikenali sebagai hari Tarwiyah yang bermaksud hari renungan. Dikisahkan, Nabi Ibrahim sentiasa merenung dan mengimbas kembali mimpinya berturut-turut dan akhirnya Baginda faham (Arafa) maksud mimpi dan terus melaksanakan mimpi berkenaan.
Selanjutnya, perhimpunan secara besar-besaran di Padang Arafah menyaksikan suatu jalinan kemas persaudaraan Islam dan juga kesatuan ummah yang utuh agar mereka bersatu teguh dan bersemangat padu dalam meneruskan kesinambungan Islam untuk bertapak di atas bumi Allah ini, bahkan juga meneruskan tradisi kecemerlangan Islam yang telah dirintis oleh generasi Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat serta generasi selepasnya.
Tambahan pula, jalinan yang terbina atas paksi ketakwaan ini dengan pakaian ihram yang sama putih, tanpa mengira kedudukan dan pangkat seseorang, umat Islam melupakan segala prejudis perkauman atau kebangsaan, warna kulit, taraf kedudukan, kekeluargaan dan sebagainya.
Semuanya ini adalah untuk menyedarkan umat manusia bahawa mereka semua pada hakikatnya adalah sama rata di sisi Allah dan mereka semuanya pada hakikatnya berasal daripada tanah.
Begitulah antara kelebihan yang terhampar pada sepuluh hari Zulhijjah yang sewajarnya direbut setiap Muslim yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Muslim yang beriman akan sentiasa mengintai peluang keemasan yang disediakan Allah SWT pada sepanjang masa dan seterusnya memanfaatkannya demi meraih keredaan-Nya dan kebahagiaan abadi di akhirat kelak. Muslim yang paling bijaksana di sisi Allah SWT ialah seorang Muslim yang sentiasa bermuhasabah diri dan beramal untuk hari kemudian.
Sumber : http://nurmutiara.blogspot.com/2009/11/marilah-berpuasa-di-hari-wukuf.html
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal