Saturday, September 25, 2010

Disebalik 1 Mei

Posted by Aziatie at 3:07 PM 0 comments
Ketibaan 1hb Mei amat dinanti-nantikan oleh semua pekerja awam dan swasta seluruh dunia. Tarikh lebih popular oleh kebanyakan orang sebagai tarikh Hari Pekerja kerana ia merupakan hari cuti bagi semua pekerja-pekerja yang ‘makan gaji’.

1 Mei juga adalah hari ‘kegusaran’ bagi sesetengah pemimpin kerajaan di mana-mana negara dunia kerana ia merupakan tarikh kebiasaan kesatuan-kesatuan sekerja melakukan mogok umum, bantahan, perhimpunan dan sebagainya. Maka tarikh 1 Mei bukanlah tarikh favourite bagi sesetengah pemimpin kerajaan.

Hubung kait 1hb Mei dan Yahudi
Terdapat banyak peristiwa sebenarnya yang berlaku pada 1hb Mei ini, tetapi artikel ini khusus untuk memilih peristiwa-peristiwa yang berkaitan Yahudi sahaja. Apabila kita membuat perkaitan fakta di situ akhirnya dapat disimpulkan rasionalnya 1hb Mei itu dipilih.
Ia bukanlah suatu maklumat baru tetapi penulis cuba memberi suatu perkaitan baru untuk menyedarkan kita akan misteri 1 Mei itu sendiri. Dan juga ingin menjelaskan mengapa dipilih 1 Mei? Kenapa tidak 1 Jun, Julai atau Ogos?

Peristiwa 1: Sempena Hari Penubuhan Illuminati
Tarikh 1 Mei sebenarnya adalah diambil sempena tarikh penubuhan gerakan Yahudi bawah tanah terbesar di dunia iaitu Illuminati. Gerakan rahsia ini ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh seorang pensyarah undang-undang berketurunan Yahudi iaitu Prof. Adam Weishaupt. Apakah Illuminati ?
Perkataan Illuminati amat terkenal dikalangan peminat-peminat konspirasi Yahudi. Keseluruhan umat Islam percaya bahawa Illuminati adalah gerakan rahsia yang ditaja oleh Dajjal melalui agennya iaitu Adam Weishaupt.
Semenjak penubuhannya lebih 300 tahun dahulu, ianya kini memberi kesan yang besar kepada seluruh negara dunia. Hampir kesemua pemimpin-pemimpin negara Eropah disyaki menjadi ahli Illuminati.
Illuminati juga bertanggungjawab dalam merancang dan mencetuskan revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan revolusi-revolusi lain. Selain itu, ia juga bertanggungjawab terhadap perancangan mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Pelan strategik untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga pula sudah pun siap awal tahun 1900 dahulu.
Peristiwa 2 : Sempena Hari Kesyaitanan Sedunia

Tarikh 1 Mei juga adalah tarikh bagi menyambut Hari Kesyaitanan yang digelar sebagai Beltane Day atau Walpurgis Night. Pada tarikh ini, pengamal-pengamal ajaran penyembahan syaitan akan berkumpul dan melakukan pelbagai upacara berkaitan.
Sebenarnya upacara tu berlangsung selama 13 hari tetapi berakhir pada hari kemuncak penyembahan iaitu 1hb Mei. Pada hari kemuncak ini (1 Mei), pengorbanan nyawa manusia perlu dilakukan bagi memenuhi amalan ritual penganut ajaran syaitan. Sehingga kini, Beltane Day tetap diteruskan di seluruh dunia tanpa sebarang sekatan dari pihak berkuasa mana-mana negara.
Peristiwa 3 : Sempena Perayaan Hari Komunis Sedunia
Golongan penganut fahaman Komunis menyambut perayaan mereka pada tarikh ini. Negara-negara yang berfahaman komunis pada setiap 1hb Mei akan merayakan pada tarikh ini.
Kita perlu ingat akan siapakah yang memperkenalkan fahaman komunis itu. Ideologi komunis tidak lain adalah lahir dari tulisan tangan Karl Marx yang berajuk The Communist Mannifesto. Kitab komunis ini diterbitkan pada 1848 di Jerman.
Hasil kelahiran The Communist Mannifesto, Jerman dan Rusia berjaya diterbalikkan menjadi negara komunis terkuat dunia melalui beberapa revolusi. Perlu diketahui juga Karl Marx dilahirkan dalam bulan Mei cuma bukannya 1 hari bulan. Lelaki Yahudi itu dilahirkan pada 5 Mei 1818 di Trier, Prussia.
Peristiwa 4 : Lahirnya Grand Master Freemason Dari Keluarga Rockefeller
Pada 1 May 1912, anak ke-3 John D. Rockfeller iaitu Withrop Rockefeller dilahirkan. Memandangkan beliau lahir dalam keluarga raja minyak dunia maka tiada masalah baginya untuk meneruskan kelangsungan hidup dan memartabatkan gagasan Illuminati.
Namun Withrop seperti juga abangnya minat akan pertumpahan darah dan peperangan. Maka tidak hairanlah beliau menyertai Perang Dunia Kedua semasa bersama Divison Tentera Ke-77, ini amat menghairankan kerana beliau sudah pun billionaire ketika itu.
Pada 1962, Withrop mula menyertai politik secara serius dengan parti Republikan dan juga menganggotai gerakan Freemason sebagai salah seorang Grand Master Lodge.
Memandangkan beliau seorang Yahudi sejati maka baka warisan homoseks zaman Nabi Lut tetap mengalir segar. Kecenderungan hubungan sejenisnya ini terbongkar selepas bercerai dengan isterinya. Selepas itu beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki gay berkulit hitam dan menetap di Arkansas.
Peristiwa 5 : George Bush Mengisytiharkan Operasi Ketenteraan Ke Atas Iraq Tamat Serta-Merta
Tepat jam 6.27 petang, George Bush telah mengisytiharkan tamatnya operasi ketenteraan ke ata Iraq secara rasmi. Pengmuman itu dibuat di tugu Abraham Lincoln, San Diego, California. Beliau menyimpulkan bahawa operasi itu sebagai berjaya. Tidak tahu pula kejayaan dari segi apa.
Jika menurut laporan-laporan akhbar, kejayaan itu dinilai dari segi kemampuan pihak Amerika menguasai telaga-telaga minyak Iraq. Ya, itu mungkin sebabnya, tetapi blog ini (dajjal.wordpress.com) lebih cenderung untuk mengatakan ia lebih kepada operasi mencari kelibat Imam Mahdi. Lihat artikel ini.
Peristiwa 6 : Hari Pelancaran Disney’s Hollywood Studio
Telah didedahkan sebelum ini dalam artikel bahawa akan misi rahsia Walt Disney menerbitkan kartun-kartun popular. Dengan tertubuhnya Disney Hollywood Studio (DHS), maka bermulalah era kartun digital yang lebih berkuasa dan berkesan dalam merasuk pemikiran kanak-kanak.
Pada hari pelancaran tersebut, CEO Disney Hollywood Studio itu mengatakan dalam ucapannya, “The World you have entered was created by The Walt Disney Company and is dedicated to Hollywood-not a place on a map, but a state of mind that exists wherever people dream and wonder and imagine, a place where illusion and reality are fused by technological magic. We welcome you to a Hollywood that never was-and always will be”-Michael Eisner, May 1, 1989
Kata-kata Eisner memang menjadi kenyataan apabila banyak filem-filem animasi keluaran DHS adalah berunsurkan penyembahan syaitan, homoseksual, pembunuhan dan peperangan yang cuba diterapkan dalam minda kanak-kanak. Rujuk link ini.
Sesetengah penyelidik konspirasi Yahudi mengatakan penubuhan DHS adalah penubuhan organisasi syaitan ke-2 selepas penubuhan Illuminati pada 1776.
Peristiwa 7 : Laporan-Laporan Penyelidikan Rahsia Universiti Rockefeller Mula Dibenarkan Untuk Rujukan Awam
Raja minyak Yahudi iaitu David Rockefeller sebenarnya mempunyai universiti sendiri iaitu University of Rockefeller yang bertempat di York Avenue, New York. Universiti ini khusus dalam bidang penyelidikan sains.




(Gambar) Sebahagian bangunan Universiti Rockefeller

Ramai orang berpendapat kajian-kajian sainsnya berkisarkan tekonologi masa depan yang bakal digunakan dalam sebarang strategi perang saraf pihak Illuminati. Di situ juga tersimpan 3 jurnal sains misteri yang digilai ramai saintis sains.
Jurnal tersebut ialah The Journal of Cell Biology, The Journal of Experimental Medicine dan The Journal of General Physiology.
Setelah bertahun-tahun dilindungi hak untuk membacanya kepada orang awam, tidak semena-mena pada 1 Mei 2008 tahun ini, pihak Universiti Rockefeller mengisytiharkan 3 jurnal itu dibuka untuk kajian umum.
Peristiwa 8 : Sempena Sambutan Hari Memperingati Holocaust
Pada tahun ini (2008), hari memperingati Holocaust yang disambut secara tahunan oleh masyarakat Yahudi jatuh pada 1 Mei. Hari ini sebenarnya disambut mengikut kalendar Hebrew yang mana perayaan akan dikira pada hari ke-27 bulan Nissan.
Tarikh perayaan Holocaust berubah dari tahun ke tahun jika mengikut kalendar gregorian (masihi), sepertimana juga Hari Raya Puasa akan sentiasa berubah jika mengikut kalendar barat.
Pada tarikh Holocaust tahun ini, ianya berlaku serentak dengan pengumuman Universiti Rockefeller tentang jurnal-jurnal rahsia mereka. Tidak tahulah apa muslihat Dajjal disebalik itu, hanya Allah yang mengetahui.

(Gambar) Belia Israel mementaskan drama sempena Hari Holocaust di Tel Aviv pada 30 April 2008 baru-baru ini.


Kesimpulan
Di atas adalah lapan (8) peristiwa penting yang dapat digarapkan dalam hal ehwal konspirasi Yahudi khususnya perancangan Dajjal ke atas umat manusia. Walaupun terdapat banyak lagi peristiwa yang berkaitan pada tarikh itu, penulis terpaksa menapisnya sebagai melihat kepada hubungkait yang lebih signifikan.
Kita bolehlah menyimpulkan di sini bahawa pada ketika kita sibuk menyambut cuti Hari Pekerja, sebenarnya pada hari itu secara tersiratnya adalah untuk menyuruh masyarakat seluruh dunia menyambut kelahiran Illuminati yang digelar kerajaan tersembunyi itu.
Dengan berlakunya situasi-situasi yang mendokong peristiwa-peristiwa 1 Mei ini maka benarlah pesanan Rasulullah bahawa Dajjal itu pembawa fitnah terbesar di akhir zaman malah diperingati pula oleh setiap nabi sebelum baginda.

Sumber:  TranungKite Online

Kurang tidur punca gemuk?

Posted by Aziatie at 12:34 PM 4 comments
Tadi saya ada baca satu artikel ni. Betul ke kurang tidur punca menjadi gemuk? So...jomla baca sama-sama artikel ni....
*gambar2 tersebut hanya sbg hiasan sahaja.....
APABILA berat badan bertambah, boleh dikatakan semua orang risau, tetapi tidak ramai mengambil langkah proaktif untuk mengelakkannya daripada terus bertambah. Rasa panik biasanya terbit apabila baju atau seluar sedia ada menjadi ketat atau tidak boleh dipakai lagi. Soal berat badan berlebihan adalah isu global yang dihadapi hampir setiap orang. Apabila tiba ke tahap itu, ramai mencuba pelbagai produk untuk kembali ke bentuk badan asal, tetapi ini bukan langkah terbaik kerana lemak terkumpul tidak dapat dipecahkan melalui penggunaan ubat sapu atau minum jus tertentu.
Tabiat makan juga mempunyai pengaruh besar terhadap pertambahan berat badan. Ada orang mendakwa hanya makan nasi sekali sehari, tetapi berat badannya tetap bertambah. Ada pula yang makan tiga hingga empat kali sehari, tetapi kekal langsing.
Banyak faktor menyumbang pertambahan berat badan, tetapi yang utama ialah pilihan jenis makanan dan kekerapan melakukan senaman. Kedua-duanya ada kaitan rapat. Katanya, jika tidak bersenam dan kurang bergerak, baki tenaga yang diperoleh daripada makanan akan disimpan sebagai lemak di bawah kulit. Proses ini lama kelamaan menyebabkan berat badan bertambah.
 Namun, ada lagi faktor yang boleh merangsang pertambahan berat badan, iaitu kurang tidur dan terlalu lama dalam persekitaran berhawa dingin. Tidak cukup di pejabat, ada yang memasang alat pendingin hawa di rumah. Malah, tekanan di tempat kerja atau masalah peribadi sering membuat ramai tidak mendapat cukup tidur.
Berdasarkan laporan penyelidik dari Universiti Alabama, Birmingham, Dr David B Allison dalam Jurnal Obesiti Antarabangsa Jun lalu, kajian ke atas haiwan dan manusia di Amerika Syarikat mendapati kurang tidur meningkatkan selera seseorang dan merangsang dia untuk makan banyak. Malah, ada pakar pengurusan badan menyarankan individu yang mahu mengurangkan berat badan supaya mendapat cukup tidur iaitu antara tujuh hingga lapan jam sehari.
Satu kajian lain menunjukkan, individu yang tidur kurang daripada empat jam sehari mempunyai risiko 73 peratus untuk mengalami obesiti dan 50 peratus bagi mereka yang tidur hanya lima jam sehari. Apabila kurang tidur, badan kurang menghasilkan hormon leptin, iaitu sejenis protein darah yang bertanggungjawab mengawal selera dan rasa lapar. Paras leptin yang rendah ini menghantar isyarat ke otak, memberitahu badan kekurangan makanan dan seseorang individu itu perlu makan lebih banyak, walaupun dia sebenarnya kenyang. Jika masalah kekurangan tidur ini berlarutan, penghasilan leptin juga semakin berkurang dan keinginan untuk makan bertambah tinggi. Malah, kekurangan tidur juga meningkatkan paras ‘grehlin’ iaitu sejenis bahan yang meningkatkan keinginan untuk makan.
Masalah ini kerap berlaku pada musim cuti atau perayaan kerana ketika ini kebanyakan orang tidur lewat. Apabila lewat tidur, masa yang ada biasanya diisi dengan aktiviti membabitkan makanan.
Terlalu lama dalam perkitaran berhawa dingin juga boleh merangsang selera seseorang. Dalam keadaan sejuk, badan terpaksa membakar lebih banyak kalori untuk mengadaptasi dengan persekitaran dan ini sebabnya kita cepat berasa lapar dalam suasana sejuk. Sebaliknya, keinginan untuk makan menurun dalam cuaca lebih panas dan lembap.
Selain itu, pengambilan ubat-ubatan seperti anti kemurungan boleh meningkatkan selera makan. Malah, ramai merungut berat badan mereka bertambah selepas berhenti merokok. Nikotin dalam asap rokok sebenarnya mengurangkan selera makan. Apabila bekalan nikotin terhenti, baru perokok dapat menikmati keenakan sebenar makanan.
Bagaimanapun, ini hanya kesan sampingan sementara yang boleh dikawal dan ia biasanya berlaku dalam tempoh dua hingga tiga bulan pertama saja. Pakar Tidur dan Pengurusan Berat Badan Universiti Arizona, Dr Philip Eiching, berkata antara kaedah yang digunakannya untuk membantu individu mengurangkan berat badan ialah menyuruh mereka mendapat cukup tidur iaitu antara enam hingga tujuh jam sehari. Kurang tidur dan masalah obesiti sebenarnya saling berkaitan. Ini kerana orang yang obes biasanya mengalami masalah tidur berdengkur dan apnea (nafas terhenti sementara ketika tidur). Dengkur dan apnea boleh menjejaskan kualiti tidur kerana seseorang itu akan terjaga setiap kali nafasnya terhenti.
Antara cara lain yang boleh diamalkan untuk mengawal pertambahan berat badan ialah:

  • Tidur malam mencukupi — Antara tujuh hingga sembilan jam (bagaimana pun tempoh ini berbeza mengikut keperluan setiap individu).
  • Awasi berapa banyak makanan yang anda makan. Ini penting, terutama ketika majlis makan dan makanan dihidang secara bufet. Biasanya ketika ini kita terdorong untuk ambil makanan sepenuh pinggan. Ambil makanan yang benar-benar menarik perhatian kita saja.
  • Bijak memilih makanan. Seboleh-bolehnya elakkan makanan segera, banyak karbohidrat dan lemak. Makan lebih banyak ikan, buah dan sayur.
  • Bersenam. Jadikan ia sebagai rutin harian, walaupun ketika musim cuti. Bersenam akan membakar lebihan kalori yang masuk ke dalam badan. Berjalan selama 30 minit sehari dapat mengekalkan berat badan, tetapi jika ingin mengurangkan angka yang ada, panjangkan masa berjalan sehingga 60 minit sehari. Bersenam juga membuatkan anda tidur lebih lena.




Ewaahh..Bersenam ni, bukan buat2 b'senam taw...


  • Elak minuman mengandungi kafein seperti kopi, teh, coklat & kola. Semua minuman ini membuatkan anda susah hendak tidur.
  • Jangan tidur selepas makan. Beri badan mencerna makanan sekurang-kurangnya tiga jam sebelum masuk tidur.
kesimpulannya...tidur ni amat penting...jangan tak cukup tidur, jangan pulak terlebih....
akibat tak cukup tidur....
jangan terlebih tidur....ZZzzzzZZzz
Sekian saja....Terima kasih kerana membaca...
Klik sini untuk baca 4 cara tidur

Lukisan kreatif

Posted by Aziatie at 2:04 AM 0 comments


























































































Betapa hebatnya ciptaan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada manusia. Terpulang kepada manusia sama ada ingin menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah ke arah mencapai redha-Nya.

12 barisan di akhirat

Posted by Aziatie at 12:04 AM 0 comments
Suatu ketika, Muaz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18. Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA - Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA - Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT - Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
BARISAN KELIMA - Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM - Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH - Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN - Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEMBILAN - Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH - Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEBELAS - Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya

Friday, September 24, 2010

Puasa Enam

Posted by Aziatie at 2:51 PM 0 comments



Di antara fadhilat puasa enam Syahwal ialah :
  1. Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurnaan pahala dari puasa setahun penuh.
  2. Puasa Syawal dan Sya’ban bagaikan solat Sunat Rawatib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan Solat Fardhu atau puasa fardhu, kerana pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunat. Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidak sempurnaan, maka amalan puasa sunat dapat menutupi dan menyempurnakannya.
  3. Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, karena apabila Allah swt menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya.
  4. Puasa Ramadhan dapat menghapuskan dosa-dosa masa lalu. Orang yang berpuasa Ramadhan akan diganjarkan pahala pada hari Raya puasa yang merupakan hari kemenagan atau pembagian hadiah, puasa enam syawal merupakan rasa syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.
  5. Puasa enam hari dalam bulan Syawal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup.


    Sekian....

Lima Perkara

Posted by Aziatie at 1:45 AM 2 comments




Cerita

Posted by Aziatie at 12:30 AM 0 comments
CERITA PERTAMA

Majikan : Kamu dipecat!
Pekerja : Tapi, saya tak buat apa-apa pun..
Majikan : Sebab itulah kamu dipecat!

CERITA KEDUA

Majikan : Adakah kamu telah mencuci ikan itu sebelum menggorengnya?
Orang Gaji : Saya tak terfikir ianya perlu kerana ikan memang seumur hidup tinggal dalam air.

CERITA KETIGA

Cikgu : Ali, kalau saya bagi awak 2 ekor arnab hari ini, dan esok saya bagi 2 ekor lagi, berapa ekor arnab ada di rumah awak?
Ali : 7 ekor, cikgu!
Cikgu : Kenapa jadi 7 ekor?
Ali : Sebab di rumah saya, dah ada 3 ekor arnab.

CERITA KEEMPAT

Anak ular : mak, kita ni, beracun tak?
Mak ular : Tak. kenapa kamu tanya?
Anak ular : saya baru saja tergigit lidah saya.

CERITA KELIMA

Seorang pengarah filem ingin membuat satu adegan tembak-menembak yang paling dahsyat di dunia perfileman dan berbincang dengan krew-krewnya.
Pengarah : Saya memerlukan 2 pasukan askar yang setiap satu mengandungi 25 ribu askar.
Krew : 2 pasukan ada 50 ribu askar. Macam mana kita nak bayar mereka?
Pengarah : Saya baru terfikir nak gunakan peluru hidup.

Thursday, September 23, 2010

Oppss..TERpublish entry ni...

Posted by Aziatie at 12:15 AM 0 comments

alasan apa nak bagi yer??..
Agaknya dah jadi lumrah manusia yg sering beri alasan TER, TER, TER...yang beri alasan TER ni selalunya alasan yang selalu kita dengar & tak sedap didengar...

"maaf, saya TERlewat"
"eh sorry, aku TERambil barang kau la"
"tadi I pergi shopping, then I TERbeli beg LV ni la"
"dulu kawan je, tapi tak tahu kenapa TERcouple dengan dia"
"aku ada TERtengok awek tu, cun siot" 
"saya clubbing sebab TERpengaruh dengan kawan"



jarang sekali atau tak pernah perkataan TER ni kita guna kalau untuk perkara kebaikkan.....

"tadi aku TERsolat subuh la"
"saya TERbuang sampah dalam tong sampah la"
"sebelum makan, saya ada TERbaca doa makan"
"sebelum keluar rumah, saya TERminta izin ibu bapa dahulu" 

saya berpesan kepada diri saya:
*tak perlu beralasan jika hakikatnya kita berbuat salah.
*akuinya kerana setiap kita punya kelemahan.
 *tak perlulah kita menyalahi orang lain atas kesilapan sendiri.


sekian.......

Wednesday, September 22, 2010

Kosmo! pening?

Posted by Aziatie at 9:11 AM 0 comments
Klik gambar utk besarkan



Pagi tadi saya ada baca kosmo online. Pelik....Tajuk berita lain, tapi kandungan berita lain. kalau tak percaya klik sini . Ni bukan kali pertama kosmo!  salah, tapi dah banyak kali. sebab tu la saya tak suka sangat baca kosmo!.

Tuesday, September 21, 2010

5 Syarat

Posted by Aziatie at 3:51 PM 0 comments

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
 Ibrahim bin Adham berkata:

01."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

02."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan:

04."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab:

05."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Jenis Sihir

Posted by Aziatie at 2:15 AM 0 comments
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:

1. SIHIR PEMISAH
Takrif dan pengertiannya:
  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda sihir pemisah:
  • Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
  • Enggan memohon maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.
2. ILMU GUNA-GUNA
Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.
Tanda-tanda:
  1. Asmara cinta yang keterlaluan.
  2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  3. Cenderung melakukan hubungan seksual.
  4. Sukar mengawal cinta.
  5. Rindu bayang yang berlebihan.
  6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
  8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:
  • Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  • Mencuba dan ingin tahu.
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  • Melariskan peniagaan.
  • Mendapatkan pengikut.
Kesan-kesannya:
  • Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  • Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
  • Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
SIHIR YANG DIHALALKAN
Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)
Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.
Tanda-tanda Hinopsis:
  • Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
  • Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
  • Seperti kain / api berubah menjadi burung.
4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA
Tanda-anda Sihir Gila:
  • Binggung dan lupa sesuatu.
  • Kacau dalam perbicaraan.
  • Mata kuyu (moyok).
  • Tidak boleh tenang di satu tempat.
  • Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
  • Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
  • Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.
5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA
Tanda-Tanda:
  • Suka berseorangan / menyendiri.
  • Tidak bercakap / pendiam.
  • Tidak suka berjumpa orang.
  • Fikiran meracau / terganggu.
  • Selalu pening.
  • Selalu lesu dan tidak bermaya.
  • Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.
6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN
Tanda-tandanya:
  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
  • Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
  • Selalu was-was.
  • Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
  • Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.
Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?
Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.

7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT
Tanda-tandanya:
  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  • Saraf tersumbat.
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
  • Lumpuh keseluruhan badan.
Bagaimana Berlakunya Sihir ini?
Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:
  1. Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
  2. Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
  3. Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.
8. SIHIR PENDARAHAN
Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".

Pengertian Pendarahan
Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.

9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN
Tanda-tandanya:
  • Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
  • Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang)
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit di perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.
Cara berlakunya Sihir ini
Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:
  • Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
  • Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.
10. SIHIR PUKAU
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:
  • Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
  • Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
  • Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
  • Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
  • Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
  • Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
  • Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
  • Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.
PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:
  • Hembusan asap rokok.
  • Tenungan mata.
  • Perbualan.
  • Minuman
  • Handphone (percakapan dan sms).
  • Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.
PUNCA SIHIR:
  • Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
  • Putus pertunangan.
  • Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
  • Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
  • Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
  • Mencuba kehebatan ilmu.
  • Mendapatkan keuntungan duniawi.
MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:
  • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
  • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
  • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  • Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
  • Jangan mendedahkan aurat kasar di dalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
  • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal