Saturday, March 26, 2011

Botol Susu Bayi, Pastikan Free BPA

Posted by Aziatie at 1:22 AM 0 comments
Perbezaan antara botol susu bayi polikarbonat (kanan) dengan Bisphenol A (BPA) yang tidak selamat  yang ditunjukkan pada sidang media Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Putrajaya, Isnin. Botol susu polikarbonat akan diharamkan penggunaannya dalam pasaran. - MOHD SAHAR MISNI/The Star.
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.
Sumber : Bernama
....comelnyer....
>>jangan pilih yang nampak cantik je........

Sunday, March 20, 2011

Rare 'supermoon'

Posted by Aziatie at 12:48 AM 1 comments

19 Mac 2011 bersamaan 15 Rabiul Akhir 1942H
11.20 malam - Saya baru saja habis group discussion. On the way nak balik ke rumah, saya ada pandang langit..... Subhanallah.... Cantiknya bulan malam ni, terang benderang walaupun hari ni mendung. Patutlah pungguk selalu rindukan bulan, ternyata bulan sangat indah. Ada di dalam hadith, tatkala Jabir Samurah menatap wajah Rasulullah saw di malam terang bulan, ia berkata:
“Aku memandang wajah Nabi, lalu melihat ke arah bulan, maka bagiku baginda jauh lebih indah dari bulan yang sedang memancarkan cahaya itu.” (HR At-Tarmidzi)
Bulan yang terang itu dah cukup indah, namun wajah Nabi Muhammad saw lebih indah... sudah pasti Penciptanya lebih indah.......... Kemudian, bila saya dah sampai bilik, terus online. Tiba-tiba ada persoalan tentang 'supermoon'. Hasil pencarian google, saya pun dapat sedikit info ni.....


Supermoon @ fenomena bulan hampir dengan bumi
Para saintis dunia dan pakar astronomi melaporkan, bulan berada paling hampir dengan Bumi. Fenomena ini berlaku setelah 18 tahun berlalu iaitu pada malam ini (Sabtu malam Ahad). Bulan akan berada lebih dekat dengan bumi iaitu 356, 577 km berbanding jarak purata adalah 384, 403 km pada waktu waktu biasa. Ini bermaksud bulan berada 27, 826 km lebih dekat dengan bumi dan daya tarikan graviti bulan akan memberi kesan kepada pergerakan di bumi.
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal