Friday, May 18, 2012

baru sempat nak ber tumblr

Posted by Aziatie at 10:40 PM 0 comments Links to this post

















ok....hari ni baru ada masa nak bertumblr...sebelum ni duk buat assignment tak habis-habis...yang best pasal tumblr ni, banyak pic yg cun n qoutes yg best....sampai tak sedar dah 2 jam mengadap laptop... x_x

tutorial potong ayam

Posted by Aziatie at 5:05 AM 3 comments Links to this post
tajuk entry kali ni agak tak best... tapi agak berguna untuk mereka yang seumur hidup dah makan selori ayam tapi tak reti macam mana nak potong ayam dgn cara yg profesional (aku le tu)...cakap banyak tak mau.....terus kepada tujuan utama entry kali ni iaitu tutorial potong ayam....gambar semua sumber drp uncle google...

 step 1: tarik kaki ayam keluar, then potong kat bahagian peha.....

 step 2: potong antara paha n betis ayam tu (kat sendi)..

 step 3:  kepak ni pun potong sama macam peha jugak....

 step 4: ni badan ayam..potong vertikal dari atas ke bawah
(ayat MASter chef AZIATIE)...

step 5: last..potong dada ayam pulak....

taada! ni lah hasilnya...
(kulit ayam tu kasi buang la yer..nanti 
badan berlomak mcm ayam jugak)


Sunday, April 29, 2012

# orang cakap, yg indah tu sementara #

Posted by Aziatie at 2:06 AM 2 comments Links to this post
Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date:
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimmed,
And every fair from fair sometime declines,
By chance, or nature's changing course untrimmed:
But thy eternal summer shall not fade,
Nor lose possession of that fair thou ow'st,
Nor shall death brag thou wander'st in his shade,
When in eternal lines to time thou grow'st,
   So long as men can breathe, or eyes can see,
   So long lives this, and this gives life to thee.



29 april 2012, 1:36 am

# nota 1: memang ada betulnya apa yg orang cakap..yang indah kejap je, takkan kekal...satu hari nanti semua akan berlalu seiring dengan masa...takut pulak bila fikir apa akan jadi hari esok, lusa n seterusnya... kadang-kadang apa apa yang berlaku di luar jangkauan kita, yang tak pernah kita terfikir pun... apa motif sonnet 18 dalam entry ni? entah la...tapi ingat lagi zaman belajar masa form dulu...kejap je masa berlalu..memang la...apa yang dah lepas kita rasa kejap je.. tapi menunggu apa yang akan datang rasa bukan main lama walaupun sehari..sadis...

# nota 2: ok, dah boleh start countdown nak habis sem 6 ni...tinggal lagi 40 hari...lepas tu praktikal kat kuantan sampai bulan oktober....then masuk balik upsi (final sem) 8 februari 2013....emm....dah habis nanti rasanya kena menganggur, tapi tak tahu la lama ke tak.....apa la nak buat...nak buat part time pun tak tahu nak kerja apa sebab sana tak banyak pun kerja....huhhhhhhhhhhhhhhh (mengeluh)...

# nota 3: rabu lepas, saya nampak pelangi....rasa macam dah lama tak tengok pelangi...excited jap..emm...sempat jugak snap gambar tapi tak clear sangat pasal kamera cap ayam je, pulak tu hari pun dah  senja n gelap sebab baru lepas hujan....tapi boleh tengok kejap je, lepas tu hilang :(


view dari tigkap bilik....
# nota 4: khamis, kelas mr.bowtie...semua muka macam penyu je.. budak sebelah saya pun sempat terlelap...sebab pe eh? saya agak sebab apa yang dia sampaikan tu tak menarik kot?? 0ooo.. so, boleh buat conclusion kat sini... kalau orang tertidur sambil kita bercakap, means apa yang kita cerita tu tak best la kan?..mungkin la........


# nota 5: pelangi tu memang indah..tapi keindahan tu sekejap je...macam hidup ni jugak..yg indah takkan kekal...kalau nak kejar yang indah2 je, memang tak ke mana la....semua orang nak cantik, banyak duit, boleh beli macam2, makan pun yang sedap je, darjat n segala macam.. cantik, harta, darjat semua tu tak ada pun pada saya...aku sekor kuman...tak ada kelebihan apa pun, kekurangan banyak la...

# nota 6: pesan untuk diri sendiri...kalau kita berkawan dengan seseorang, janganlah hanya kagumi kelebihan yang dia ada..sebaliknya lihat n cintailah kekurangan dia jugak...sebab kalau tiba-tiba dia dah tak ada apa-apa, kita mungkin akan benci dia...kita manusia, mana ada yg sempurna kan? "aku mahu cintai kekuranganmu".. sorry, bukan niat nak berjiwang  di pagi buta..

# nota 7: moga Allah permudahkan segalanya urusan kita, kami, saya, awak, mereka dan semuanya....amin....

Saturday, March 17, 2012

hidup ni sangat funny!

Posted by Aziatie at 7:46 AM 2 comments Links to this post
soal apa jadi hari esok, lusa & hari-hari yg akan datang..
siapa pun takkan tahu kecuali Dia...hanya Dia..
kdg2 terfikir...terfikir sesuatu yg tak pasti..
yg tak tahu mana hujung pangkalnya..
bukan macam orang lari marathon yg dah tahu berapa km mereka kena tempuh..

tapi bagi saya..
hidup ni macam main paragliding...
takpe la orang nak setuju ke tak dengan saya..
tapi saya rasa hidup saya sekarang macam ni la..
rasa mau bebas terbang, tengok keindahanyg belum pernah lihat...
free flying....

tapi untuk bermula bukan senang...
boleh jadi kita bermula seorang diri, berdua, bertiga atau ramai lagi....
tujuannya mungkin sama, nak terbang bebas di udara..
dan bermula pada titik yg sama...
harus ada keberanian walaupun kita tak tahu 
apa akan jadi seterusnya...
risau, cemas, excited.. tapi mesti berani berdepan risiko..
macam hidup ni jugak la...
untuk kita dapatkan sesuatu, mesti berani buat pilihan nak teruskan ke tak...
kalau nak teruskan, bersedialah dengan segala kemungkinan yg ada..
kalau tak nak teruskan, sampai bila-bila pun kita tak dapat experience kan..
ok..saya tak nak jadi penakut..so, saya nak teruskan :)

bila dah mula meluncur atas udara,
pandai-pandailah mengubah haluan dengan skils yg sesuai...
lama kelamaan perasaan gayat n takut tadi hilang sedikit demi sedikit..
dan diganti dengan perasaan gembira, tenang...
setenang udara yg bertiup..melihat birunya langit...
mesti rasa nak terbang lagi lama..

tapi mana mungkin boleh terbang di udara selamanya..
sedangkan burung pun mencari dahan untuk singgah
setelah lelah melebarkan sayap...
jadi, setelah lama di atas awan, kita mesti menuju ke destinasi penamat..
harus landing dengan betul...kalau tak, injured la nanti..
silap2 sangkut atas pokok..tak pun terselam dalam laut..
tapi pengakhirnya adakah kita n orang yg launch sama-sama dgn kita kat permulaan tadi dapat landing tempat sama dengan kita??
mungkin sama, mungkin tak..

tapi apa yang penting,
sepanjang tempoh itu
kita dapat banyak pengalaman,
kurangkan rasa takut,
berani mencuba,
berani ambil risiko,
dan yang paling penting walaupun kita dapat 
rasa sekejap je berada di atas awan sana,
tapi kita dapat rasa sesuatu yg belum pernah kita alami..
rasa yang tak dapat nak describe dgn perkataan..

andai kata kita berjaya mendarat dengan selamat,
syukur lah...
andai kata tak berjaya, tak pe..
masih boleh cuba lagi pada titik permulaan..
at least pengalaman sebelum ni dapat memberi pengajaran buat kita...


apa yg saya melalut dalam post ni...tak faham sila tanya...huhu...hope one day dapat la saya cuba sport ni..teringin jugak la...kalau tak dapat pun takpe, dapat tengok pun jadi laa...

---> waves inspire me..not bcoze they raise up, but bcoze they leap up again after falling.. :)

Thursday, January 19, 2012

Suka beli buku tak bermakna rajin baca buku @ ulat buku

Posted by Aziatie at 11:02 PM 2 comments Links to this post
Assalamualaikum...
(",) Post kali ni tak ada apa-apa yang nak tulis.... Saja jenguk blog, nak cuci segala apa yang bersawang dalam blog ni... Sedih pun ada tengok blog ni tak macam dulu :( Takpe la, sem depan nak rajin sikit la update...~berangan~
Sekarang ni nak prabis baca buku-buku yang beli tadi... Walaupun tak minat sangat dengan 1Malaysia, tapi Baucer Buku 1Malaysia saya rasa ok la kot.. Pasal saya boleh beli buku tanpa penyesalan (sebab bukan guna duit dari poket sendiri)..huhuu... Hari tu kawan tanya nak beli buku apa sampai Rm200??... fuhh.. kalau saya, bukan Rm200, tapi Rm2k pun bleh habis buat beli buku.... Tapi baca belum tentu habis ke tak....

Sebelum balik cuti sem, ada sorang kawan cakap voucher ni boleh tukar dengan duit tunai, tapi tak dapat penuh la.. maybe dapat dalam Rm180-Rm190... Saya pikir, baik saya buat beli buku je... Kalau dapat tunai, entah ke mana duit saya pergi.... Kebetulan jugak la saya terbaca kawan saya post kat fesbuk pasal voucher ni.....

Oleh kerana voucher buku bernilai RM200 itu khas untuk dibeli buku dan diterima sebagai 'WANG', menukarnya dengan tunai pada harga yang sama adalah salah di sisi undang-undang Malaysia, tetapi tiada masalah dari sudut Fiqh. Tapi menjual atau menukar voucher itu dengan harga yang lebih murah boleh jatuh dalam hukum RIBA kerana menukar wang dengan wang yang TIDAK SAMA KUANTITINYA adalah Riba al-Fadhl. -Zaharudin.net-
0oo.... Rupa-rupanya ini pun dikira riba.. Nampak macam biasa je kan.... ermm.... Nasib baik saya tak berminat nak tukar voucher dengan duit..... So, tadi saya pun dah habiskan Rm150.15 kat kedai buku Popular Mesra Mall yang tak berapa nak popular sangat... Lagi Rm50 voucher saya guna nanti-nanti la, tadi tak ada pulak buku yang saya nak...

# nahh.. ambik la satu sorang...

# dapat free gift eco cup =)

Ok la.. stop sini dulu... nak tengok wrestling lak... boleh percaya ke...? sila jangan percaya.... 

Tuesday, January 10, 2012

soalan yang paling susah nak jawab... belum dapat jawapan.. sekian..

Posted by Aziatie at 11:45 PM 4 comments Links to this post
Dah mula pun cuti sem... so, kena la rajin update blog kan... ermmmm.... tapi apa nak tulis pun tak tahu... cuti sem ni saya tak ada plan pun nak buat apa selain makan tido...xoxo..
                                  <-------knape troll face ni agak glemer skrg...?  tak cute pun..
Tapi cuti ni ada banyak undangan majlis kawin... tak tahu la boleh sampai ke idak ke semua majlis tu.. tapi yang pastinya saya akan usahakan sedaya upaya pergi ke majlis kawin BFF saya.. insya-Allah, 5hb february ni... Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma... tak ku sangka wahai kawan, ko dah nak jadi bini orang dah.... bila la aku nak ikut jejak hang? haha... btw...aku sangat2 happy untuk ko... love after marriage.. sangat sweet.... hope walaupun ko dah jadi Puan, ko tetap punyai masa untuk aku yg masih bergelar Cik...huhuu.... tengah2 google tadi jumpa ni:
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka dia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintu mana yang dia suka (mengikut pilihannya)."- Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani
Daripada hadis ni.... wanita boleh masuk syurga dengan empat syarat iaitu solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga maruah dan mentaati suami.. so.. beruntung la sesiapa yang dah kawin (bersuami) sebab dia dah ada semua syarat, hanya perlu menyempurnakannya sahaja... inilah kelebihan wanita yang dah kawin.. Ok la.. saya bukan nak sampaikan slot mcm dalam kursus kawin....

Dalam tahun ni, ramai kawan sekolah saya yg nak bina masjid... dan macam biasa la, soalan klise lagi stereotype yg biasa orang tanya: "Mas bila lagi?"..."Sape calon?"..bla..bla..bla.. i'm speechless... kalau nak jawab "no komen" macam bajet artis lak...LOL... so, saya hanya mampu buat muka macam troll.... huhuu... 0h baru saya tau sebab apa troll face ni famous..
muka kedut... sila dapatkan krim anti penuaan..

Entah la apa saya nak jawab bila orang tanya soalan macam tu... semua ni kan Allah yang tentukan... Dia lah sebaik-baik perancang....

to be continued......
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal