Wednesday, October 12, 2011

Bapa Steve Jobs Islam?

Posted by Aziatie at 11:18 PM 2 comments
Assakamu'alaikum... Terima kasih sebab sudi baca entry ni.. Lepas 2, 3 minggu saya tak sempat nak jenguk Dear Aziatie saya, akhirnya ada juga peluang saya mengepost entry ni.  Minggu lepas saya ada tengok berita kat  TV pasal kematian pengasas Apple (kebetulan balik rumah, kalau kat upsi memang tak tengok tv dah). Rabu lepas (5 Oktober 2011), seorang genius dalam bidang teknologi telah meninggal dunia. Beliau ialah Steve Jobs, pengasas Apple IncLembaga pengarah Apple telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan kematian Steve Jobs. Mendiang berusia 56 tahun dan telah meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif Apple atas sebab kesihatan pada Ogos lepas.Steve Jobs, salah seorang pengasas syarikat Apple meninggal dunia semalam akibat komplikasi kenser pankreas. Mendiang bertarung dengan penyakit ini selama 7 tahun. 

Antara ciptaan terpenting dan terbaik Steve Jobs yang mengubah kehidupan orang ramai ialah :
  • Apple I (1976)
  • Apple II (1977)
  • Komputer Next (1989)
  • Macintosh (1994)
  • iPod (2001)
  • iTunes Store (2003)
  • iPhone (2007)
  • iPad (2010)
Ramai yang sudah tahu produk keluaran Apple seperti iPhone, iPad, iPod, Mac, iHome dan sebagainya. Tapi, adakah kita tahu bahawa bapa kandung Steve Jobs merupakan seorang muslim yang berdarah Arab-Amerika?
Bapa kandung Steve Jobs bernama Abdulfattah John Jandali yang berdarah Syria. Beliau juga merupakan seorang profesor sains politik dan matematik.
Sama seperti Steve Jobs, Abdulfattah merupakan seorang yang workaholic atau kuat bekerja. Beliau sedaya-upaya cuba untuk mengelak daripada bersara. Namun, apa yang mengejutkan, dia merupakan Naib Presiden di sebuah kasino yang terletak di Reno, Nevada. Seorang muslim menjadi naib presiden di tempat maksiat besar??
Akhbar London, The Sun pada bulan Ogos lalu mendedahkan kisah kehidupan Jobs setelah mewawancara ayah kandungnya bernama Abdulfattah John Jandali, seorang Muslim keturunan Syiria yang berhijrah ke Amerika Syarikat.
Jobs dilahirkan di luar nikah dengan seorang ibu bernama Joanne Schieble.Kerana malu melahirkan anak di luar nikah dan memberi malu kepada keluarganya, Steve Jobs kemudian diambil sebagai anak angkat oleh pasangan Paul dan Clara Jobs.
Abdulfattah dikatakan menyesal atas tindakannya menghantar Steve Jobs kepada orang lain untuk membesarkannya. Tetapi, katanya keputusan itu adalah bukan keputusannya, tetapi keputusan ibu kandung Steve Jobs, Joanne Schieble Simpson. Oleh kerana Abdulfattah dan Simpson adalah pasangan yang belum berkahwin pada tahun kelahiran Steve Jobs, mereka menghantar Steve Jobs kepada pasangan Paul dan Clara Jobs bagi membesarkan Steve Jobs sepenuhnya.

Inilah sedikit kisah hidup seorang genius dan perekacipta, Steve Jobs yang kita tidak tahu. Ini terjadi kerana kesilapan muslim hari ini yang runtuh akhlaknya. Melakukan zina sehingga terlahir seorang anak dan anak itu kemudiannya diberikan kepada orang bukan Islam untuk dibesarkan.

Bilakah akan muncul seorang genius seperti Jobs tetapi yang beragama Islam? Insya-Allah akan muncul satu hari nanti. Sejarah telah membuktikan terlalu banyak ilmuan Islam lahir pada zaman dahulu seperti Ibn Sina, al-Khwarizmi dan sebagainya.

Saya tak ada apple iPad 2, tapi apple ada la....


 Sekian saja untuk kali ini. Insya-Allah jumpa lagi lain kali.... Sampai ketemu... Wassalam....
Nota siku:
Walaubagaimanapun, dalam Islam bapa anak luar nikah tidak diiktiraf sebagai bapa kandung.
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal