Saturday, March 19, 2011

Tsunami Jepun - Fenomena Pelik Ikan

Posted by Aziatie at 11:02 AM 3 comments
Sekumpulan ikan sardin dilihat berenang di persisiran pantai Acapulco, Mexico apabila dunia dikejutkan dengan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun. Menurut nelayan tempatan di sana, mereka tidak pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini. Apabila dilihat dari jauh, sekumpulan ikan itu kelihatan seolah-olah seperti tumpahan minyak. 
Seorang jurugambar merakam peristiwa pelik ini

Mengambil kesempatan menangkap ikan

Penduduk di sini tidak pernah menyaksikan peristiwa aneh seperti ini

Kumpulan ikan kelihatan seperti tumpahan minyak

Orang ramai yang berada di dalam laut meningglkan kawasan pantai.
Beberapa pakar berkata fenomena ini mempunyai kaitan dengan Tsunami yang melanda Jepun.

Friday, March 18, 2011

Jom Pekena Kopi Luwak

Posted by Aziatie at 11:39 PM 3 comments
Siapa yang suka minum kopi jom la try rasa kopi luwak ni. Rasa kopi ini dikatakan mempunyai rasa lain dari yang lain daripada kopi biasa kerana 'proses' menghasilkan biji kopi yang unik. Kopi Luwak merupakan biji kopi matang yang dimakan luwak (viverridae) dan dikeluarkan bersama dengan kotoran binatang tersebut. Melalui proses pencernaan luwak, biji kopi tadi tetap berbentuk asal kerana biji kopi itu tidak tercerna tetapi mengalami proses pencampuran dengan makanan luwak yang lain.

Luwak atau musang merupakan haiwan yang  cekap dalam mencari buah-buahan yang cukup baik dan masak termasuk buah kopi sebagai makanannya. Luwak akan memilih buah kopi yang betul-betul masak sebagai makanannya. Setelah itu, biji kopi yang dilindungi kulit keras dan tidak tercerna akan keluar bersama kotoran luwak. Biji kopi seperti ini dikatakan biji kopi terbaik kerana mengalami proses fermentasi secara semulajadi dalam perut luwak.

Kopi luwak difatwakan halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan syarat biji kopi berkenaan telah dibersihkan daripada kotoran.  "Kopi Luwak dihukumkan mutanajis, ertinya terkena najis. Kopi Luwak dinyatakan halal setelah melalui proses pembersihan. Meminum Kopi Luwak dihalalkan, kemudian mengeluar, menjual beli, meminum Kopi Luwak, hukumnya boleh".  Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI, Ma'ruf Amin. MUI mengeluarkan fatwa tersebut berikutan banyak pertanyaan dan keluhan umat Islam mengenai perkara itu, dan berharap dengan adanya fatwa berkenaan, hukum mengenai pengambilan Kopi Luwak menjadi lebih jelas.
Setiausaha Suruhanjaya Fatwa MUI, Aminuddin Yakub berkata, MUI telah melakukan kajian dan mendapati haiwan luwak hanya makan kulit luar buah kopi dan menyisakan kulit dalam buah tersebut. "Dan kalau ditanam, biji kopi itu boleh tumbuh. Dengan demikian, itu bukan najis, melainkan mutanajis," katanya. Mutanajis berbeza dengan najis kerana ia suatu benda yang dilarang untuk dimakan oleh umat Islam, seperti daging babi, namun mutanajis adalah keadaan apabila sesuatu benda terkena najis, ia dapat dikatakan halal jika najis itu dibersihkan.

Biji kopi luwak adalah yang termahal di dunia, mencapai USD100 per 450 gram. Di Amerika Syarikat, Kopi Luwak dikenali sebagai kopi kotoran kucing atau "cat-poo coffee" dan dijual dengan harga AS$190 untuk 500 gram. Kopi tersebut dikategorikan sebagai langka atau jarang ditemui kerana setiap tahun hanya 250 kilogram dihasilkan. Di pasaran antarabangsa, harganya sekitar antara USD100 hingga USD350 sekilogram.

Mahal giler.... Mesti best kan rasa kopi Luwak ni. Apa kata kalau kita tengok cara proses Kopi Luwak ni macam mana.....

Mula-mula pekerja mengutip biji kopi

Proses memilih biji kopi yang berkualiti

Dihidangkan kepada Luwak aka Musang

yuuummyyy....

Santapan tengahari & malam untuk Luwak

Makan-makan... bila dah kenyang... 

Lepas tu.. Buang la....

Biji kopi yang tak tercerna... lol..?

Proses pembersihan daripada najis Luwak

Biji kopi yang dah dibersihkan.....

Ready untuk diproses...

Kopi Luwak di pasaran....jom minom....

Patut la harga kopi ni mahal, 'proses' nak hasilkan sebijik kopi tu bukan senang.. Kalau la dibuatnya luwak ada masalah sembelit ke, tak sihat ke, merajuk ke, mesti pengeluaran biji kopi akan berkurang dan harga pun semakin tinggi. Wooww.. Jom ramai-ramai bela luwak.... Tapi, biarlah mahal atau sesedap mana sekali pun, saya takkan minum kopi tu walaupun Lionardo Messi yang belanja....

Thursday, March 17, 2011

Pandanglah Laut .....

Posted by Aziatie at 4:58 PM 4 comments
Kita mesti dah selalu tengok laut kan, ada yang suka mandi laut, ada yang suka snorkeling, scuba diving atau pun pergi bersantai-santai, lepak-lepak kat tepi laut. Kalau pergi pantai, saya tak lah mandi-manda, segan kot, lain lah masa kecik-kecik dulu. Masa zaman budak-budak dulu pun saya tak lah suka mandi laut sebab tak reti sangat berenang, selalu tertelan air laut.... Gulllppp !!... Masinnn amat....
Fakta saintifik menyatakan masin air laut sebenarnya adalah berpunca daripada kandungan bahan kimia dan pelarut garam yang terdapat di dalamnya. Kebanyakkan garam yang larut adalah berpunca daripada proses pemecahan batu-batu igneus kesan daripada perubahan cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini kemudiannya akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Mengikut sejarah, hujan pertama yang melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian, ia akan terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan sehingga menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah.


Itu adalah fakta saintitik yang kita semua tahu. Tapi, kenapa Allah ciptakan air laut itu masin? Setiap ciptaanNya tidak diciptakan sia-sia dan sebenarnya laut adalah ciptaan Allah yang amat luar biasa kalau kita perhatikan. Bagaimana lautan yang sebesar tiga per empat dunia muka bumi berperanan dalam keseimbangan ekosistem kita?
Pantai Kemasek, T'gganu...
Berikut petikan dalam buku Nota Fikir Untuk Zikir yang ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi yang saya ada terbaca minggu lepas.....
Air laut sangat masin. Itu juga sangat luar biasa. Allah tidak ciptakan sia-sia. Kemasinan air laut itulah yang menyerap bau seluruh sampah yang dialirkan kepadanya. Bayangkan, seluruh kotoran di dunia dialirkan ke laut melalui sungai. Sampah-sarap, bangkai dan najis dialirkan ke laut.
Mujurlah Masin..
Tidak keterlauan kalau dikatakan laut ialah 'tong sampah' yang paling besar di dunia. Sejenak  fikirkan........ apa jadi kalau air laut seperti air sungai yakni rasanya tawar? Tentu ia akan dicemari bau yang busuk. Kesihatan akan terjejas. Hidup akan terancam
Mujurlah air laut tidak tawar. Dengan kadar kemasinannya yang sangat tinggi, ia mampu menyerap bau dan 'mengawet' kekotoran yang banyak.
Nota Fikir untuk Zikir
Subhanallah... tak pernah pulak saya terfikir semua ni.. 
Alam ini indah, pasti Penciptanya jauh lebih indah....

Wednesday, March 16, 2011

Sharon yang tak mati-mati lagi

Posted by Aziatie at 10:09 PM 3 comments
Assalamu'alaikum w.b.t......
Dah 2 minggu blog ni tak terupdate... Maaf la kepada kawan-kawan yang masuk blog ni tapi tak ada apa-apa latest entry... Asyik entry pasal mamak je yang jadi penyambut tetamu. Ok la.. Entry kali ni pasal Ariel Sharon pulak... Tapi tak banyak info yang saya letak, tak apa la, sekadar berkongsi.......

Ingat lagi tak siapa Ariel Sharon? yaaa...Ariel Sharon, bukan Ariel Peterporn. Dia merupakan bekas Perdana Menteri Israel berbangsa Yahudi yang tak reti nak mati-mati lagi. Ariel Sharon yang diserang stroke yang kronik ketika sedang mengatur strategi pihak Israel untuk terus menindas rakyat Palestin serta untuk terus merampas segala harta benda yang dimiliki oleh penduduk Palestin.
Sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri Israel, dia adalah merupakan seorang (seekor lebih layak) manusia yang terkejam kerana telah terlibat secara langsung dalam peristiwa pembunuhan dan penyembelihan di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 (klik sini untuk info)  yang mengorbankan begitu banyak nyawa rakyat Palestin yang tidak bersalah.


Sejak Sharon menjadi perdana menteri dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006, sudah banyak kezaliman yang dia telah lakukan ke atas bumi Palestin. Sudah banyak mujahid telah terkorban termasuk mujahid-muhahid kecil turut menjadi mangsa angkara sifat binatang yang ada pada Ariel Sharon.
(sumber gambar : pokcik google)
Dia sekarang yang berusia 82 tahun masih berada dalam keadaan koma sejak Januari 2006 hingga hari ini. Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center di Tel Hashomer. Ketika dia dirawat di Hadassah, difahamkan Sharon mengalami luka yang membusuk dan tidak sedarkan diri selama berminggu-minggu. Dia telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yang membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain.
Solomo Segev merupakan doktor yang merawat Sharon dan dia menjangkakan Sharon akan terus koma hingga umur 90 tahun. Sharon juga dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja setelah 5 tahun koma. Kos perubatan Sharon pula memcecah 450 ribu Dollar US setahun dan telah melebihi kadar yang ditetapkan oleh jabatan kewangan kerajaan Zionis itu (macam bela mayat hidup). Dia dijadualkan akan segera dipindahkan ke rumahnya di Hashikmim Farm, bersama dengan semua peralatan perubatan yang diperlukan setelah menghabiskan hampir lima tahun rawatan di Sheba Medical Center Tel Hashomer. 


Tidak habis dengan Ariel Sharon yang sudah jadi mumia hidup, anak Sharon iaitu Gilad Sharon pula meneruskan kezaliman bapanya. Gilad Sharon yang merupakan anak sulung Ariel Sharon menyatakan dalam sebuah wawancara dengan akhbar Yediot Aharonot mengatakan, orang-orang Arab harus dibakar. Anak dengan bapak sama saja......
”Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” QS Al-Maidah ayat 82

Peristiwa Hitam Sabra & Shatila 1982

Posted by Aziatie at 12:51 AM 0 comments
Mengaimbau kembali peristiwa pembantaian rejim Zionis terhadap penduduk Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatilia pada tahun 1982.  Tahun ini genap 29 tahun peristiwa berdarah yang menyayat hati iaitu pembantaian seramai beribu-ribu orang pelarian Palestin di Kem Sabra dan Shatilla di Beirut, Lubnan. Peristiwa hitam ini tetap tinggal dalam sejarah umat Islam Palestin sebagai satu lagi daripada berpuluh-puluh tragedi yang menimpa mereka.



11 September 1982
Menteri Pertahanan Israel Ariel Sharon, arkitek kepada penjajahan Israel ke atas Lubnan telah mengumumkan bahawa terdapat lebih daripada 2000 orang pengganas masih berada di kem-kem pelarian Palestin di sekitar Beirut, Ibu Negara Lubnan. Bagaikan agenda drama yang kemas dirancang, Presiden Lubnan Bashir Gemayel, telah dibunuh apabila ibu pejabatnya telah diletupkan dengan bom oleh sekumpulan bersenjata pada 14hb September. Beliau merupakan Ketua Parti Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat Israel.

15hb September 1982
Tentera Israel telah menguasai Beirut Barat dengan mengelilingi serta mengunci mati laluan ke kem Sabra dan Shatila yang padat diduduki oleh pelarian Palestin dan orang awam Lubnan. Pada sebelah petangnya, kem-kem pelarian ini telah dikelilingi sepenuhnya oleh kereta kebal dan tentera Israel yang menjaga setiap laluan keluar masuk kem-kem ini dalam rangka memantau setiap orang yang keluar atau masuk ke kem. Laluan ini telah ditutup sepenuhnya pada lewat petang. 
16 September 1982
Keesokannya 16hb September, Ariel Sharon dan Ketua Turus Tentera Israel telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Unit Militia Phalangist Lubnan, mengundang mereka masuk ke kem pelarian Sabra dan kem Shatila untuk membersihkan ‘sarang pengganas’. Mesyuarat tersebut berakhir pada 3 petang. Lewat petang 16hb September 1982, lebih kurang 150 orang unit pertama Militia Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat Israel masuk ke kem pelarian bersenjatakan senapang, pisau dan kapak masuk ke kem pada jam 6.00 petang. 
Mereka terus membunuh orang-orang awam terutamanya pelarian ini dengan mengelar leher mereka, membunuh dengan kapak serta menembak mereka. Ramai di kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan ini telah dirogol bergilir-gilir terlebih dahulu. Pada malam yang sama, pasukan tentera Israel menerangkan kawasan kem dengan cahaya api yang membakar menyebabkan kawasan tersebut terang benderang seumpama stadium bola sepak, menurut saksi yang terselamat dari insiden tersebut. Dalam masa beberapa jam pertama itu sahaja mereka telah merogol, membunuh dan mencederakan ramai orangorang awam yang kebanyakannya adalah pelarian Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang telah dikepung di dalam kem-kem tersebut.


Pada jam 11.00 malam, satu laporan telah sampai ke ibu pejabat tentera Israel di Beirut Timur yang mengatakan sekurang-kurangnya 300 orang telah dibunuh dalam tempoh 5 jam pertama. Di antara 36 hingga 48 jam kemudiannya,  Militia Phalangist telah membunuh kebanyakan penduduk yang menghuni kem pelarian tersebut sementara tentera Israel mengawal laluan keluar kem dan terus memberikan sokongan yang maksimum terhadap pembunuhan ini.


17 September 1982
Pada Jumaat 17 September,  laluan ke kem Sabra dan kem Shatila masih ditutup namun ada beberapa pemerhati bebas berjaya melepasi sekatan ketat tentera Israel. Di kalangan mereka adalah seorang wartawan dan seorang pegawai diplomat dari Norway, Gunnar Flakstad yang menyaksikan operasi pembersihan yang dijalankan oleh Militia Phalangist yang sedang membuang mayat-mayat dari rumah yang musnah dihancurkan.


18 September 1982
Militia Phalangist tidak keluar dari kem pada jam 5 pagi Sabtu 18hb September sebagaimana yang diarahkan. Mereka terus melakukan pembunuhan sehinggalah mereka meninggalkan kem Sabra dan kem Shatila pada jam 8.00 pagi 18hb September 1982. Para wartawan asing dibenarkan masuk ke dalam kem pada hari Sabtu, jam 9.00 pagi 18hb September yang menyaksikan ratusan mayat masih bergelimpangan di sekitar kawasan kem dan banyak di kalangan mayat ini yang dikelar-kelar anggota badannya. Diantara kata-kata saksi pelarian Palestin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:
”Tentera-tentera tersebut pergi dari satu rumah ke satu rumah dan memberikan amaran akan meletupkan rumah sekiranya mereka tidak keluar dari persembunyian.”
Ada saksi yang terselamat mendengar bahawa tentera Phalangist memberitahu satu sama lain supaya menggunakan kapak sahaja kerana bunyi senapang akan menyebabkan orang ramai sedar dan akan melarikan diri.
 "Mereka membunuh abang ipar saya di depan mata kepala saya sendiri, saya melihat mereka menembak kepadaorang ramai. Mereka membunuh kesemuannya dan saya terus melarikan diri"
 Tidak diketahui jumlah yang terbunuh secara tepat kerana sumber rasmi dari Israel mengumumkan bahawa ‘hanya’ 700 orang awam terbunuh. Sumber rasmi dari Lubnan pula menjangkakan kira-kira 1900 orang awam terbunuh. Manakala sumber berita Palestin pula mengatakan bahawa di antara 3000-3500 orang pelarian Palestin telah dibunuh, 1000-1500 telah hilang dan kira-kira 1000 orang yang lain telah melarikan diri.


Siapakan arkitek tragedi Sabra dan Shatila ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ariel Sharon yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Dialah pemimpin pengganas yahudi yang pernah berkata:
 "Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang Palestin dari Gaza dan Tebing barat ke Jordan - (New York Times, 17hb Mei 1982).  "Orang Arab yang baik adalah orang Arab yang telah mati"- (Ha'aretz, 25hb Februari 1983).  “Saya merasa sedikit kesal terhadap tragedi tersebut tetapi kenapa perlu saya memohon maaf atau merasa bertanggungjawab terhadapnya”- (“The Accused” BBC- Panorama, 17/6/2001 ).


Sumber gambar : Blog Peribadi Rasulullah
Sumber artikel : Julang Kebenaran
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal