Assalamualaikum...
(",) Post kali ni tak ada apa-apa yang nak tulis.... Saja jenguk blog, nak cuci segala apa yang bersawang dalam blog ni... Sedih pun ada tengok blog ni tak macam dulu :( Takpe la, sem depan nak rajin sikit la update...~berangan~
Sekarang ni nak prabis baca buku-buku yang beli tadi... Walaupun tak minat sangat dengan 1Malaysia, tapi Baucer Buku 1Malaysia saya rasa ok la kot.. Pasal saya boleh beli buku tanpa penyesalan (sebab bukan guna duit dari poket sendiri)..huhuu... Hari tu kawan tanya nak beli buku apa sampai Rm200??... fuhh.. kalau saya, bukan Rm200, tapi Rm2k pun bleh habis buat beli buku.... Tapi baca belum tentu habis ke tak....
Sebelum balik cuti sem, ada sorang kawan cakap voucher ni boleh tukar dengan duit tunai, tapi tak dapat penuh la.. maybe dapat dalam Rm180-Rm190... Saya pikir, baik saya buat beli buku je... Kalau dapat tunai, entah ke mana duit saya pergi.... Kebetulan jugak la saya terbaca kawan saya post kat fesbuk pasal voucher ni.....
Oleh kerana voucher buku bernilai RM200 itu khas untuk dibeli buku dan diterima sebagai 'WANG', menukarnya dengan tunai pada harga yang sama adalah salah di sisi undang-undang Malaysia, tetapi tiada masalah dari sudut Fiqh. Tapi menjual atau menukar voucher itu dengan harga yang lebih murah boleh jatuh dalam hukum RIBA kerana menukar wang dengan wang yang TIDAK SAMA KUANTITINYA adalah Riba al-Fadhl. -Zaharudin.net-0oo.... Rupa-rupanya ini pun dikira riba.. Nampak macam biasa je kan.... ermm.... Nasib baik saya tak berminat nak tukar voucher dengan duit..... So, tadi saya pun dah habiskan Rm150.15 kat kedai buku Popular Mesra Mall yang tak berapa nak popular sangat... Lagi Rm50 voucher saya guna nanti-nanti la, tadi tak ada pulak buku yang saya nak...
# nahh.. ambik la satu sorang...
# dapat free gift eco cup =)
Ok la.. stop sini dulu... nak tengok wrestling lak... boleh percaya ke...? sila jangan percaya....