Friday, May 13, 2011

Dakwah Orang Muda

Posted by Aziatie at 2:04 AM 2 comments
Assalamu'alaikum wbt...
Rasanya ramai yang kenal Anwar Hadi dan Mat Luthfi kan. Kawan-kawan saya pun ramai yang minat dengan video yang mereka buat. Ok, bagi yang tak tahu, mereka ni merupakan pelajar Malaysia yang belajar di Australia. Mereka buat video dan video ni mereka mendapat banyak perhatian ramai orang terutamanya remaja.
Mat Luthfi
Kebanyakkan video mereka sangat kelakar, saya pun tergelak sebab cara penyampaian mereka sangat kreatif. Tapi ramai yang lagi suka Mat Luthfi sebab dia lagi kelakar kalau dibandingkan dengan Anwar hadi. Ye ke..? Depends la kot. Tapi bagi saya dua-dua pun kelakar. Kelakar, kelakar jugak, sebenarnya ada mesej yang mereka sampaikan. Inilah yang dinamakan 'dakwah orang muda'. Dakwah yang versatile macam ni diharap dapat menarik ramai remaja di luar sana. Cuba tengok video ni.....



Dakwah tak semestinya berkopiah berserban semua tu. Asalkan seseorang tu menyeru dan mengajak untuk melakukan sesuatu perkara baik juga merupakan satu dakwah.

* Kan bagus kalau buat video macam ni, bukan buat video miming yang entah apa-apa yang tak ada motif langsung.

Doa Yang Tidak Diperkenan

Posted by Aziatie at 1:46 AM 0 comments
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya : “Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Surah al-Mukminun : Ayat 51). “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu…” (Surah al-Baqarah : Ayat 172).
Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa : “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!”. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara tidak berhati-hati dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT.

Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.

Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud : “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut..” (Surah al-A’raf : Ayat 55)

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya : “Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa”. (at-Tabrani)

10 Hari Itu [Part 3-last-]

Posted by Aziatie at 1:10 AM 0 comments
Assalamu'alaikum wbt....
Akhirnya hari ni hari terakhir saya berada di upsi untuk sem ni. YEEEHH!! tak sabar lagi dah saya nak balik, rasa macam dah berkurun menunggu. Alhamdulillah semua tugasan & program untuk sem ni dah habis. Insya'allah esok pagi saya balik Terengganu 

Happy tu memang la happy, tapi sure la saya akan rindu upsi bila kat rumah nanti... Belum balik rumah lagi pun saya dah rindu kat kawan-kawan yang dah balik awal daripada saya, padahal baru seminggu lebih tak jumpa. Rindu kat Murni, Nabilah..... Rindu jugak kat Masliza, the best roomate forever  Saya dah takkan ada roomate lagi sebab semester depan dah tak duduk kolej, saya duduk rumah sewa luar. Tak tahu la macam mana tak ada roomate sem depan, bercakap dengan dinding la agaknya nanti. Tak apa lah, lama-lama maybe saya boleh biasakan diri.

Mula esok saya cuti semester hinggalah 12 September 2011. Tak pernah cuti yang tersangat lama macam ni. Apa yang saya nak buat? Kerja part time...? Tak kot. Hope cuti 4  bulan ni terisi la dengan benda yang berfaedah sikit, bukan makan tidur je. Tu je la yang saya nak cakap. Sebenarnya saya nak cerita pasal field study saya kat Pusat Anak Permata Negara Putrajaya, tapi tak payah la kot. Bye bye UPSI ♥ ♥ 

Sunday, May 8, 2011

10 Hari Itu [Part 2]

Posted by Aziatie at 1:15 PM 3 comments
Sambungan kisah 10 Hari Itu [Part 1]

6 Mei 2009
Saya habiskan masa kat sini dengan baca buku dan online je....
Rindu sem 1, 2, 3, 4..... Sem 5?.....

Baca buku vs dibaca buku....?
Agak-agak dah bosan, saya ajak kawan saya pergi KL sekali lagi sebab minggu lepas misi nak shopping kat Jalan TAR tak kesampaian sebab tersangat ramai orang. So, kami ingat nak pergi hari Jumaat, maybe tak lah bersesak. Sampai je sana, memang tak ramai macam hari weekend. Saya ingat nak beli dua tiga pasang kain nak buat baju kurung, cuti sem ni saya boleh jahit, tak ada lah boring sangat kat rumah nanti.

Susah jugak nak pilih sebab banyak sangat pilihan. Tapi yang saya berkenan semuanya brown colour, tak tahu kenapa. Dah tak nak warna yang sama la, pilih lain pulak. Saya beli 2 pasang kain kat Jakel Jalan Tar, satu untuk Ummi saya, satu untuk saya ♥ Dah beli kain dua pasang + dua tiga barang lain + makan + solat, saya pun ingat nak balik dah. Tapi rasanya awal lagi nak balik. Then kami pun pergi jalan-jalan kat KLCC kejap.

KLCC pun tak ramai sangat orang. So, bolehlah kami bersantai berjalan-jalan cuci mata sambil snap picture.. Tapi ni saja la gambar yang boleh saya share, gambar lain tak boleh letak dalam blog...
Suria KLCC

Hari ni agak panas....
Cantik kereta ni

Mat Saleh tengah landing

Hijau...

Bila dah lama ronda-ronda sekitar KLCC, kami pun ingat nak balik la, lagipun hari dah petang. Beli tiket ke Tg. Malim (bas pukul 6 petang) di kaunter Puduraya. Bila pukul 6, bas tak juga muncul-muncul. Tak apa la, dah biasa dengan hal macam ni. Tapi dah 6.30 petang bas tak datang lagi. Nak kata beli dengan ulat tiket, saya beli di kaunter kot. Tetiba datang seorang lelaki (pekerja syarikat bas ni) dengan tak bagi salam ke apa, marah-marah sambil rampas tiket yang berada di tangan saya "Ni ape kes ni! Tadi korang pergi mana?!"....

Ehh ehh... Slumberland je mamat ni ambil tiket aku, lepas tu marah-marah. "Saya tunggu sini dari pukul 5.40 tadi, tak ada pun bas ke Tg. Malim..." saya jawab dengan bersopan. Ikut rasa bengang ni, boleh je nak marah balik. Salah siapa pun saya tak tahu, bukannya saya nak naik bas free, bayar kot. Bukan kami dua orang je yang tunggu bas, diorang lagi la lama tunggu daripada saya, ada yang tunggu dari pukul 5.20 petang lagi.
Mesra Selalu?? ye ke.....
Costumer always right. Kalau lah dia tanya elok-elok kan bagus.. Macam ni la orang kita yang tak bertamadun, suka nak salahkan orang. Walaupun Puduraya dah cantik, tapi perkhidmatan (sesetengahnya la) masih lagi pada tahap rendah . Betul la apa yang selalu saya selalu dengar dan baca, Malaysia has first class facilities but Malaysians have third class mentality. Penat saya tunggu, akhirnya pukul 7.00 petang baru la dapat naik bas....

to be continue...
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal