Eloklah aku perkenalkan siapa aku. Ok..Nama aku Moja, aku seekor hamster yang sangat comel dan baik. Tapi....sejak aku lahir, aku tidak tahu siapakah ibu bapa aku, siapa adik-beradikku. Yang aku tahu, aku dan kawan-kawan aku dibesarkan dalam sebuah sangkar hamster yang kecil. Aku terasa amat terkurung walaupun makan minum aku dijaga..Inilah nasib aku. Di kedai menjual haiwan peliharaan inilah tempat aku berteduh.
Aku, Milo dan Momo |
Kawan baik aku bernama Milo dan Momo. Merekalah sahabat sepermainan sejak aku masih kecil hingga lah aku dewasa. Merekalah dunia bagi aku walaupun hidup aku hanya di dalam sangkar besi ini sahaja. Kami sentiasa makan bersama, main bersama dan tidur bersama. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Pada suatu hari, datang seorang budak lelaki ke pets shop ini. Dia memandang ke arah kami bertiga. Ye lah, kami kan comel, mesti lah ramai yang suka tengok telatah kami. Tiba-tiba, pemilik kedai menghampiri sangkar kami dan kemudian dia telah mengambil Momo. Aku dan milo yang sedang lunch terkejut melihat apa yang berlaku.
Aku dan Milo tengah lunch.. |
Setelah mendengar perbualan antara pemilik kedai dan budak lelaki tadi, aku faham apa yang terjadi. Aku dan Milo tidak mungkin akan bersua dengan Momo lagi kerana Momo telah dijual kepada budak lelaki itu. Aku menangis semahunya. Mana mungkin aku dan Milo mampu hidup tanpa Momo.....Namun, hidup mesti diteruskan. Aku cuba tabahkan hati walaupun Momo tiada disisi.
Beberapa hari kemudian, datang seorang wanita ke pet shop ini. Jantung aku berdegup..dup..dap..dup..dap... Janganlah aku dipisahkan dengan Milo..huhuuu.. aku tak sanggup..... Namun, takdir sudah tertulis bahawa aku dan Milo sudah tidak dapat bersama. Kali ini aku pula yang dibawa pulang oleh wanita tersebut. Gugur air mataku melihat Milo yang keseekoran di dalam sangkar yang mencipta seribu memori kami bertiga.
Milo keseekoran.....bye bye Milo...huk..huk... |
Aku terus dibawa pulang oleh tuan baruku dan aku diletakkan di dalam sangkar yang sangat cantik (macam dalam cerita wonder pet). Di dalam sangkar itu terdapat seekor hamster yang tidak aku kenali. Aku tidak bertegur sapa dengan dia. Setelah sekian lama, aku sudah biasa dengan suasana baru di situ. Aku juga telah mula berkawan dengan rakan sesangkarku (sangkarmate). Aku juga tidak lagi dikurung 24 jam seperti di pets shop dahulu kerana tuan aku selalu bermain dengan aku, mandikan aku, suapkan makan aku.... bahagianya aku di rumah baru ni. Aku sudah dapat rasakan kebebasan yang aku cari yang selama ini hanya terperap di dalam sangkar kecil. Tuan aku suka bermain dengan aku, dia selalu memuji kecomelanku. Aku yakin, Milo dan Momo juga gembira seperti aku di sini dan aku harap agar mereka sentiasa ingat kepada kisah kenangan dan persahabatan kami bertiga.
Hamster said:
Sekian sahaja kisah aku seekor hamster. Aku memang comel, tapi tak dinafikan juga penulis blog ni lagi comel sebenarnya....
Aziatie said :
No komen...