Thursday, February 17, 2011

Adab Minum Rasulullah

Posted by Aziatie at 4:08 PM 2 comments
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
    dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air  minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit

Sumber daripada web ni
Gambar copy daripada google image...

Wednesday, February 16, 2011

Gambaran Rumah Rasulullah saw

Posted by Aziatie at 9:29 AM 2 comments
Bismillahirrahmanirrahim.....
Jumpa lagi kita dalam ruang blog kecil saya ni (a little space for me ^^). Rasa macam dah lama saya tak berblogging, hari ni baru sempat (busy macam PM lak). Sebenarnya saya nak post tentang biodata Rasulullah SAW, tapi saya tak sempat nak buat or  nak tulis, just sempat buat baca /cari bahan saja. Tak pe, nanti kalau ada masa saya post, InsyaALLAH. Enty kali ni pun berkait juga dengan baginda Nabi Muhammad SAW yang kita sayangi. Terima kasih banyak langit buat seorang sahabat yang bagi link tentang Gambaran Keadaan Rumah Rasulullah SAW. 

Replika dalaman rumah Rasulullah saw
Replika dalaman rumah Rasulullah saw

Gambar di atas merupakan antara bahan pameran yang dipamerkan di Jeddah, Arab Saudi.  Ia merupakan replika dalaman rumah Rasulullah saw.  Model rumah Baginda dibina bagi memberikan gambaran kehidupan yang sangat sederhana yang dialami oleh seorang hamba ALLAH, yang juga pesuruh ALLAH dan pemimpin agung ummat manusia. Menurut sumber, model rumah tersebut dibina berdasarkan hadith-hadith sahih yang telah diriwayatkan.

Untuk tengok gambar rumah tersebut dengan lebih jelas, boleh lihat dengan bentuk spherical panorama (360 darjah) dengan  KLIK DI SINI

Apa yang boleh saya katakan, Nabi Muhammad saw merupakan seorang yang amat sederhana namun kekayaan akhlak baginda tiada tandingannya....
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal