Friday, October 22, 2010

Protokol ke-10 Yahudi

Posted by Aziatie at 1:11 PM 0 comments

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara iaitu:

1. Song
Lagu-lagu hiburan yang melalaikan ditambah pula dengan tarian. Bila on radio mesti lagu, lagu dan lagu. Tengok tv pun sama, mesti ada lagu. Kalau pergi ke majlis-majlis pun ada lagu. Bukan irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan, tapi pendengar dan lagu......Yahudi dah berjaya.

2. Sex
Ramai yang terjebak dalam seks luar nikah. Dalam filem, drama, majalah, iklan dan di mana-mana sahaja, adegan seks seperti menjadi kebiasaan, penonton pun tengok tanpa rasa segan. Malah budak sekolah rendah pun sudah tahu apa itu seks. Otak bukan setakat blue, tapi dah hitam..Ternyata Yahudi berjaya.

3. Smoke
Rokok pun dah jadi kebiasaan dalam masyarakat dan kita tidak hairan jika wanita pun merokok seperti lelaki. Ada statistik menyatakan satu daripada tiga orang di Malaysia ni hisap rokok. Maka, bertepuk tanganlah si Yahudi sebab dah berjaya....

4. Sport
Banyak jenis sukan masa kini yang 'memerlukan' pemain bergaul lelaki dan wanita, tidak menjaga batasan aurat dan sebagainya. Bila ada perlawanan sukan di stadium contohnya, dari petang orang ramai akn menunggu di stadium walaupun perlawanan bermula pada waktu malam. So, ramailah yang TERmiss solat. Time world cup walau menonton kat rumah pun sama, tunggu game habis dulu baru solat, nanti rugi tak boleh tengok Messi rembat gol...aduusss (terkena kat diri pun ada).

5. Fun
Hiburan di mana-mana sahaja tak kisah la dar majalah, tv, radio, games, konsert dan macam-macam lagi. Bila boring je, "c'mon la, have fun, pegi karok ke, pegi gig ke".....Dalam majalah pun semua hiburan. Tengok je la majalah mangga dan anak-beranak mangga, macam majalah porno pun ada jugak kadang-kadang.

6. Female
Eksploitasi wanita....Tengok saja dalam iklan, walaupun iklan kicap. Iklan-iklan lain malas nak sebut la.

7. Fashion
Fesyen sekarang ni kononnya up-to-date, tapi banyak yang melanggar hukum syarak. Fesyen Islamik pun kadang-kadang tak betul...so..Yahudi berjaya lagi.

8. Food
Lagi satu kegilaan kita zaman sekarang ialah fast food terutama makanan dari Barat termasuklah mcD, KFC , Pizza Hut dll…Walaupun dah banyak info yang inform pasal keburukkan makanan macam tu, tapi kita buat tak tahu je. Malam-malam rasa lapar je call pizza delivery terus sampai depan rumah.

Itu baru saja protokol yang ke 10. Banyak lagi protokol Yahudi laknatullah ni sebenarnya. Insya'allah saya akan tulis pada entry yang akan datang...gambar-gambar di atas tak ada kena-mengena dengan sesiapa ok...Terima kasih sudi baca sampai habis..sekian, wassalam.





Thursday, October 21, 2010

Gangguan Makhluk Halus

Posted by Aziatie at 3:03 AM 0 comments
FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN

A) Berpunca Daripada Jin
  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
B) Berpunca Daripada Manusia
  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
    1. Terlalu marah.
    2. Terlalu takut.
    3. Nafsu syahawat yang tinggi.
    4. Manusia yang lalai.
    5. Jahil
  • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.
TANDA-TANDA GANGGUAN

a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  • Mimpi buruk yang menakutkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  • Mimpi melihat makhluk halus.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).
b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:
  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan (Gila).
  • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  • Lesu dan malas.
  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi.
  • Melihat sesuatu yang pelik.
  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  • Selalu mengantuk.
  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Hilang darah.
  • Agresif dan bertindak liar.

*so...kalau mimpi kena patuk ular jangan la happy, tu tanda terkena sihir, bukan orang nak datang meminang.....sekian....

Kenapa BlackBerry diharamkan??

Posted by Aziatie at 12:57 AM 0 comments

UAE adalah antara negara yang telah pun mengharamkan Blackberry dan difahamkan India dan Indonesia juga sedang memikirkan untuk mengambil langkah yang sama. Negara-negara lain juga mungkin akan mengikuti langkah ini. Pihak berkuasa telekomunikasi di Arab Saudi akan menggantung perkhidmatan BlackBerry mulai Jumaat ini selepas pengeluar telefon berkenaan gagal memenuhi beberapa syarat dan permintaan kerajaan negara itu. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CITC) berkata perkhidmatan BlackBerry ketika ini tidak memenuhi syarat dan kriteria ditetapkan suruhanjaya itu termasuk syarat lesen.
Apa masalah sekuriti Blackberry sehingga boleh diharamkan oleh sebuah negara? Yang menariknya ini bukan sebab kelonggaran sekuriti, tetapi masalah terlau secure. Semua mesej yang melalui bb akan dienkrip dan semua data disimpan di satu pangakalan data di Kanada. (Rujuk rajah di bawah)

Dengan kata lain, ini bagus untuk pengguna kerana semua data yang dihantar melalui blacberry tidak akan dibaca oleh orang ketiga dan ini menjamin privasi pengguna dan mengelakkan daripada data jatuh ke tangan orang yang tidak diingini. Tetapi sebaliknya untuk agensi kerajaan. Dengan sistem enkripsi yang ada pada BlackBerry, mereka tidak boleh akses data yang dihantar. Yang merisaukan agensi kerajaan adalah data-data yang boleh mengancam keselamatan negara. Sebab itulah UAE misalnya mengambil langkah mengharamkan blackberry sehingga data-data ini boleh diakses semula.





Wednesday, October 20, 2010

Boikot Barangan US & Yahudi

Posted by Aziatie at 10:29 PM 2 comments
Assalamu'alaikum....
Entry kali ni saya nak kongsi tentang isu boikot produk US & Yahudi yang link blog tersebut saya dapat daripada seorang sahabat saya. Sama-samalah kita baca.....................


Jika anda orang Islam, anda WAJIB boikot TANPA SEBARANG persoalan dan berbagai alasan. Jika tak boikot, hukumnya HARAM. Sama seperti jika kita makan babi dan berjudi.


Jika anda bukan Islam, fikirkan kekejaman dan ketidakadilan yang berlaku di negara Palestin.


Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot dipetik sebagai berkata: "Hukum memboikot barang AS kini jatuh WAJIB dan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib, iaitu HARAM." Beliau menegaskan hukum wajib itu tepat kerana adalah jelas AS dan Israel kini terus degil, sombong, takbur, bongkak, tidak berperikemanusiaan, musuh agama dam membunuh manusia tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua di Gaza. "Usaha ini perlu berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam," katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia- 12/1/2009


Bagi yang menganggap usaha boikot ini sia-sia, jangan lupa bahawa usaha seperti sebenarnya boleh menyebabkan syarikat US / Yahudi lumpuh.


Dan lngatlah juga kisah dari kisah Nabi Ibrahim. Dimana ketika Nabi Ibrahim dibakar, seekor burung kecil berulang alik dari punca air dengan membawa air yang hanya dapat dibawa dengan paruhnya sahaja dan mencurahkannya pada api yg besar itu. Tiba-tiba burung itu ditanya, "Kenapa kau susah-susah nak bawak air yang sikit tu untuk padamkan api yg membakar nabi ibrahim tu? Tak akan padam punyalah api tu!" Tetapi burung itu menjawab "Aku tidak mahu di akhirat nanti apabila ditanya apakah usaha yang aku lakukan apabila nabi ibrahim dibakar sedangkan aku tak berbuat apa-apa".

Jika seekor burung yang tidak akan diazab di akhirat pun berusaha dan takut akan disoal oleh allah, bagaimana pula kita sebagai seorang manusia yang akan dihisab diakhirat?


Ramai yang ingin boikot tetapi boikot kurang berjaya. Kenapa?

Ada beberapa sebab, diantaranya:



1. Kurang kesedaran.
2. Tidak tahu produk apa sebenarnya nak di boikot.
3. Menganggap boikot tidak akan berhasil.
Bagi anda yang tidak pasti atau tidak tahu barang mana yang nak boikot, disini saya sertakan sedikit produk harian yang kita perlu boikot dan JANGAN BELI.



Berikut adalah SEBAHAGIAN KECIL kecil produk yang anda perlu boikot.

Jangan beli Milo. Tukarkan kepada perasa coklat yang lain seperti Vico.



Jangan beli sebarang produk dari jenama F&N, Ideal dan GoldCoin.


Jangan beli ubat gigi dan sebarang produk dari jenama Colgate, Darlie, Oral-B dan Sensody. Belilah Safi, Raiya, Mumin. Kalau mahu yang import juga, belilah Fresh & White (produk jepun).



Jangan beli sebarang produk jenama Dynamo. Produk Attack dari syarikat Jepun.
Jangan beli sebarang produk dari jenama Lux, Dettol, Protex. Anda boleh beli produk dari jenama Kao (Jepun).
Jangan beli sebarang produk dari jenama Pampers dan Jonson-Jonsen. Jangan jadikan anak kecil anda sebagai penyumbang kepada Yahudi. Jangan secara tidak sedar kita berikan share kepada anak kita sebagai penyumbang Yahudi.



Jangan beli sebarang produk dari jenama Ambi Pur.


Tolong jangan pergi ke Mc D, KFC, Pizza Hut. Kalau anda teringin makan burger, makanlah burger tepi jalan. Anggaplah sebiji burger yang anda beli di McD, seumpama sebiji peluru yang anda hadiahkan untuk Yahudi bagi tembak orang-orang Palestin. Apa anda nak jawab dengan Allah diakhirat nanti?


Anda bangga bila letakkan stiker ini di kereta? Stiker ini samalah seperti kata-kata "Saya bangga sebagai peyumbang kepada Yahudi. Satu burger, satu peluru untuk Palestin".


Jangan pergi membeli belah di Carefour dan Tesco. Pergilah membeli belah di Econsave, Pasaraya Bintang, Billion, Pasaraya Pak Ali, Pasar Mini Minah ataupun kedai runcit Ahmad.


Hadirkan rasa malu kepada diri sendiri atau orang lain bila anda tidak boikot.

Hadirkan rasa malu bila anda pergi ke McD.


Hadirkan rasa malu bila anda pergi ke Carefour.
Hadirkan rasa malu bila anda pergi ke Tesco.


Sah Tesco ini dimiliki oleh Yahudi. Berikut adalah serba sedikit tentang sejarah pemilik Tesco iaitu Sir John Edward Cohen. Tesco adalah sempena nama isteri beliau iaitu Tessa Cohen:


Sir John Edward Cohen (6 October 1898 – 24 March 1979), born Jacob Edward Kohen and commonly known as Jack Cohen, was a British businessman who founded the Tesco supermarket chain. He was born in Whitechapel in the East End of London, the son of an Avram Kohen, an immigrant Polish-Jewish tailor, and his first wife, Sime Zamremba.


He began his working life as an apprentice tailor to his father but in 1917 he joined the Royal Flying Corps where he served as a canvas maker. Upon his demobilization in 1919 he established himself as a market stall holder in Hackney, in London's East End by purchasing surplus NAAFI stock with his demob money.


He soon became the owner of a number of market stalls, and started a wholesale business. In 1924, he created the Tesco brand name from the initials of a tea supplier, T. E. Stockwell (formally Messrs Torring and Stockwell of Mincing Lane), and the first two letters of his surname. The first two Tesco stores opened at Becontree and Burnt Oak in 1931. By 1939, Cohen owned a hundred Tesco stores.


Sometime around 1930 he changed his name by deed poll to John Edward at suggestion of his bank manager whose staff had trouble distinguishing between the many Jacob Cohens banking at the Mare Street branch in Hackney.


In 1948, he witnessed the American trend for self-service supermarkets, and opened one of the first such shops in Britain. Around 1949, Cohen moved to Finchley, where he bought a block of flats called Moss Hall Court.


He was married to Sarah Fox, daughter of an immigrant Russian-Jewish tailor. They had two daughters, Shirley and Irene, the former now Dame Shirley Porter.


Cohen was knighted in 1969.


Jeffrey Archer's novel As the Crow Flies was influenced by his life.


In the British television sitcom To the Manor Born the character of Richard DeVere, a post-war Czechoslavakian immigrant who changed his name and built up a supermarket chain after running a market stall in the East End of London, was modelled on the life of Jack Cohen.



sumber : http://janganbeli.blogspot.com





Tuesday, October 19, 2010

Kenapa Aku Diuji

Posted by Aziatie at 3:03 PM 0 comments


KENAPA AKU DIUJI?

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). 
(Al-Baqarah: 214)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 
(at-Taghaabun: 11)

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. 
(Taha: 131)

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); 
(Al-Fajr: 14-17)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). 
(Az-Zumar: 49)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU MAHU?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah: 286)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai sekalian orang-orang yang beriman. Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. 
(Al- Baqarah :153)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
(Al-Baqarah: 45)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar 
(Al- Baqarah:155)

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). 
(Al-Imran: 200)

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. 
(Al-Nahl: 96)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya. 
(Al-Kahf: 17)

Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar. 
(At-Taubah: 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI

... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir. 
(Yusuf: 12)

Akhirnya...

Posted by Aziatie at 2:36 PM 0 comments
Memang lumrah student universiti, sibuk dengan assignment. Tak kisah la assignment kumpulan atau individu, semua mesti hantar sebelum tarikh akhir. Dalam satu subjek yang saya ambil sem ni, kami dibahagikan dalam kumpulan yang beberapa orang daripada mereka saya tak kenal (kebiasaannya ahli kumpulan kami pilih sendiri). Tapi ok jugak walaupun tak kenal, dapatlah tambah kenalan baru kan....

Nak dijadikan cerita kat sini ialah kisah seorang daripada ahli kumpulan saya  yang tak siapkan part dia walaupun part yang dia kena siapkan paling sikit compare dengan ahli kimpulan yang lain. Gerammmmnya....Jadi, bila hari nak compile, problem sikit la. Kenapalah dia tak boleh nak siapkan, walhal dah lama masa diberi. Semua orang ada 24 jam, pandai-pandailah uruskan masa kan. Ahli yang lain terpaksa la call budak tu berkali-kali sebab nak suruh dia siapkan kerja dia. Tapi still tak siap jugak....Call lagi..lagi..dan lagi...Finally, pada satu hari ni dia siapkan jugak kerja dia....Dah selesai yang tu, tiba hari presentation dia lak tak datang. Tuuuudia.....agak-agak la kan....

2, 3 minggu kemudian........

Dalam kelas, lecturer tanya siapa nama Ali bin Abu? (bukan real name).... lecturer cakap Ali ni tak hantar assignment individu...so..saya rasa tak hairan la sebab kerja group pun dia tak siap kan...then budak-budak lain cakap la yang Ali tak datang. then lecturer tadi pon call si Ali ni untuk tanya pasal assignment yang tak siap tu...

rupa-rupanya........

Ali ni menghidap penyakit yang memerlukan dia berulang-alik ke hospital.... Kawan-kawan dia pun cakap macam tu.... Ali ni rupa-rupanya selalu tak sihat... gerrrrrr.....Ya Allah......aku buruk sangka kat Ali selama ni....aku tak kenal pun dia, tapi aku dah sangka yang bukan-bukan tanpa usul periksa....aku anggap dia ni pemalas la, tak beri komitmen la dan macam-macam lagi.....ampunkan aku Ya Allah atas sifat aku ni, moga Ali cepat sembuh daripada penyakitnya supaya dia dapat ke kelas seperti biasa........



*.....pengalaman hidup ni menyebabkan kita
belajar banyak perkara, dapat mengenali sesama kita,
dan dapat mengetahui realiti kehidupan.....
jangan cepat buruk sangka kepada orang lain...
tiada siapa pun pilih jalan hidup yang susah...
tak ada siapa pun yang minta diberi penyakit......
syukurlah andai kita masih diberi nikmat kesihatan...

sekian...wassalam....






Monday, October 18, 2010

Laptop banyak virus ??

Posted by Aziatie at 6:48 PM 0 comments

Kepada yang ingin mengetahui apakah virus yang paling merbahaya dan paling dahsyat sekali sejak 1986, bacalah entry ni...
Brain, 1986
Virus ini merupakan virus pertama yang ditemui pada tahun 1986. Tetapi virus ini tidak terlalu merosakkan komputer. Setelah munculnya virus ini,ia menjadi perangsang kepada pencipta malware dan 100000 pencipta virus bagi abad seterusnya.
Michelangelo, 1991
Virus ini merupakan virus MS-DOS yang paling teruk sekali kerana ianya menyerang apa saja yang masuk ke komputer anda seperti disket dan pendrive. Setelah menyebarkan virus selama berbulan – bulan secara senyap, virus ini diaktifkan dan merosakkan data-data yang tersimpan di dalam komputer anda.
Melissa, 1999
Virus melissa diambil nama bersempena nama seorang penari bogel. Virus ini akan disebarkan melalui emel dan dihantar kepada beribu-ribu orang. Pencipta virus ini telah dikenakan penjara selama 20 bulan.
ILOVEYOU, 2000
Virus ini merupakan virus pertama yang menggunakan tipu helah bagi menyuruh anda membuka sesuatu fail yang telah dijangkiti virus. Fail tersebut dibuat dalam skrip VBS kononnya merupakan surat cinta dan menyuruh anda membacanya.



Code Red, 2001
Virus ini menyerang melalui server web dan merosakkan laman web melalui serangan ke atas satu hos IP.
Nimda, 2001
Virus ini dibuat berdasarkan virus COde Red dan melancarkan serangan melalui laman web, emel dan sambungan internet seperti Yahoo messenger dan sebagainya.
Klez, 2001
Virus ini akan menghantar maklumat melalui emel dan mendakwa Bill Gates ingin memberi wang percuma kepada pembaca emel tersebut. Pembaca yang teruja akan klik dan virus tersebut secara automatiknya akan tersebar. Jadi, berhati-hati kepada anda yang inginkan wang percuma dari Bill Gates ataupun Microsoft.
Slammer, 2003
Virus ini merupakan antara virus yang amat pantas sekali tersebar. Ini kerana ia boleh menjangkiti kira – kira 75000 buah komputer dalam masa 1 minit. Kesannya ialah ia akan melembabkan internet anda dan merosakkan laman web. Virus ini juga lebih kurang Code Red cara penyebarannya.
MyDoom, 2004
Virus ini merupakan yang paling cepat sekali dalam sejarah disebarkan melalui emel. Ia akan selalu menghantar emel ke komputer anda dalam dalam kuantiti yang banyak.
Storm, 2007
Virus ini disebarkan melalui emel spam dan telah menjangkiti lebih 10 juta buah komputer.

* Nama virus tu macam baik je, tak sangka lak....macam orang la, nama cam baik, tapi perangai macam trojan horse ^^

Sunday, October 17, 2010

High Heels....

Posted by Aziatie at 3:12 PM 0 comments
  • Pemakaian kasut bertumit tinggi yang kerap atau kasut yang tidak memberi keselesaan kepada kaki memerlukan pemakainya mengumpul seluruh tekanan pada hujung jari kaki yang lama kelamaan boleh menyebabkan kesakitan tulang belakang.
  • Beliau berkata, kasut tumit tinggi juga memaksa otot berkerja keras, meletakkan bebanan kepada sendi lutut dan tendon (talikod berkas serat kolagen yang menghubungkan otot ke tulang) yang merintang daripada tempurung lutut ke tulang paha.
  • Pemakaian kasut tumit tinggi juga menambah beban dan meningkatkan tekanan sehingga 26 peratus kepada anggota badan khususnya kaki yang boleh menyebabkan masalah kesihatan terutama membabitkan tulang dan otot lutut seperti osteoarthritis.
  • Jika seseorang berjalan menggunakan kasut tumit setinggi dua inci pun sudah boleh memberi risiko ketegangan pada sebahagian lutut yang akan mengakibatkan osteoarthritis.
  • Mengikut perangkaan satu kajian di Amerika Syarikat, lebih 80 peratus individu berusia seawal 20 tahun ke atas menghadapi pelbagai masalah kaki termasuk sakit kaki dan tulang belakang.
  • Lebih 90 peratus rakyat Malaysia dewasa mengalami masalah kaki, yang antara lain menyebabkan kesakitan kaki, lutut dan tulang belakang. Sebahagian besar daripada masalah itu dikatakan berpunca daripada pemakaian kasut yang tidak sesuai.
  • Jika mahu menggayakan kasut tumit tinggi ke majlis formal atau pejabat, pastikan kasut itu dilengkapi pad atau pelapik sokongan yang boleh menyeimbangkan kaki dan memberi kelegaan kepada tekanan dialami tubuh sepanjang pemakaian kasut berkenaan.
  • Lebih baik jika pemakai dapat mengehadkan pemakaian kasut bertumit sekitar dua hingga tiga jam saja bagi mengelak berlaku kesakitan tulang belakang dan ibu jari kaki akibat tekanan daripada tubuh badan selain memakai kasut bertumit antara dua hingga tiga inci saja.
  • Memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak. Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 (5 inci) sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
  • Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi menyebabkan sakit leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut.
  • Masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.
Kesimpulan.....pakai kasut tumit tinggi ni tak elok untuk wanita (memang la wanita, mana ada lelaki pakai high heels except nyahh...hehee). Kalau nak nampak tinggi pun, pakai la wedges sebab wedges lagi selesa dan kurang tekanan pada kaki. Tambahan pulak, high heels ni biasanya keluarkan bunyi (akan post dalam entry yg akan datang..insya'allah).






 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal