Saturday, May 7, 2011

10 Hari Itu [Part 1]

Posted by Aziatie at 11:11 PM 3 comments Links to this post
Assalamu'alaikum...
Dah lama sangat rasanya saya tak update blog ni. Bukan berhabuk lagi dah, tapi dah sampai tahap berlumut pun. Padahal saya bukannya busy, exam pun dah habis 30hb April hari tu. Saya cuba nak capai target at least satu entry seminggu, tapi tak kesampaian jugak. Tapi masa saya busy dengan assignment, rajin pulak saya update blog. Masalah problem sungguh.

Ketika saya sedang menulis entry ini, fikiran saya jauh melayang entah ke mana. Di saat semua orang mula bercuti semester, saya masih lagi di upsi sebab saya ada program 10hb Mei ni. Boleh je saya nak balik kampung, tapi once saya dah duduk kat rumah, berat la sikit saya nak datang upsi balik. Jadi, saya decide habiskan masa seminggu ni di upsi saja lah. Nasib ada lagi yang tak balik lagi, tak ada la sunyi sangat. Lama sungguh rasanya nak tunggu tibanya hari program tu.... Totally saya memang tak tahu nak tulis apa. Mungkin entry kali ni agak bosan (memang bosan). Saya tak nak cerita yang stress-stress.
Ahad lepas saya ke Pesta Buku 2011 di PWTC dengan dua orang kawan saya. Tersangatlah ramai orang hari tu sebab hari tu hari last pesta buku also hari cuti umum (hari pekerja). Maka bersesaklah kami dalam lautan manusia. Destinasi pertama saya tentulah ke booth Telaga Biru, misi mencari sebijik dua buku. nak pilih buku pun agak susah sebab bersesak-sesak. Saya lihat ramai juga kanak-kanak memilih buku, baguslah, kecil-kecil dah ada minat membaca bahan ilmiah. Saya tak lama di booth Telaga Biru, lepas dah dapat buku yang saya nak, saya terus ke kaunter bayaran. Lepas tu, saya ke booth lain, tapi sekadar tengok-tengok je la dan teman kawan saya memilih novel di booth Kaki Novel. Nasib baik saya tak suka novel, kalau tak saya rembat jugak dua tiga bijik.
Karangkraf
Agak-agak dah lama di PWTC, kami pun mula begerak ke Jalan TAR pulak. Perrgghh.. Ramai jugak manusia kat sini, baru je plan nak beli baju raya. Tak pe lah, lain kali la datang sini balik. Lepas jalan-jalan kejap kat sana, kami pun gerak ke Plaza Lowyat. Saya terpaksa ke sini sebab nak beli charger bateri kamera. Ikutkan kaki yang lenguh ni, dah tak larat nak jalan-jalan lagi. Ushar punya ushar, dapatlah jumpa charger yang saya nak. Tiap kedai lain-lain harga, kena pandailah cari yang reasonable price. Melayang pulak duit +-Rm70 even beli yang tak ori. Lepas tu singgah kejap Times Square tapi just window shopping je. Agak-agak dah penat, kami pun balik la.....
Ni je la buku yang saya beli + 2 majalah Solusi.. Tak boleh beli banyak sebab bajet dah lari  (kes charger bateri kamera rosak la ni...sabar je la...sabar itu indah )

* Cari booth MOY (majalah Ujang) tapi tak jumpa, ramai sangat orang......
 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal