Saturday, October 16, 2010

Mimpi Rasullullah

Posted by Aziatie at 1:00 PM 0 comments

Nabi Muhammad saw bersabda: 
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.





9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.








Kecil Menjadi Besar

Posted by Aziatie at 10:16 AM 1 comments
Kadang-kadang kita menganggap remeh suatu hal yang kecil, tetapi kita tidak sedar bahwa suatu yang yang kecil tersebut akan membawa bencana yang besar bagi kita. Seperti contoh gunung yang besar yang terdiri daripada kerikil-kerikil yang kecil, demikian pula dosa yang besar itu boleh disebabkan dosa kecil yang kita lakukan. Berikut ini adalah beberapa perkara yang menyebabkan dosa kecil menjadi besar:
1. Berulang-ulang dan terus melakukan sesuatu perkara
Seperti titisan air yang berulang kali jatuh di atas batu, lama kelamaan tentulah memberi kesan kepada batu tersebut. Setitik hitam dalam hati manusia juga akan meninggalkan kesan yang kekal jika terus diamalkan dan lama-kelamaan gelaplah hati dek titik-titik hitam tadi.
Dalam soal amal baik, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
 "Sebaik-baik amal itu ialah yang terkenal atau yang paling rutin mengerjakannya, sekalipun hanya sedikit.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Memandang remeh sesuatu dosa
Jika seseorang menganggap dosa yang dilakukannya besar, maka disisi Allah dianggap kecil, dan jika seseorang itu menganggap dosa yang dilakukannya kecil, maka disisi Allah dipandang besar kerana anggapan besar itu timbul dari hati yang sebenarnya tidak suka melakukannya atau ingin menjauhinya. Jika akhirnya dosa itu diteruskan juga, ini berlaku sebab hebatnya godaan dan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakan sangat sedikit meninggalkan bekas dalam hatinya.
Sebaliknya jika dosa itu dianggap kecil oleh seseorang, tidak lain sebabnya ialah kerana hatinya amat cenderung melakukannya. Kecenderungan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakanya sangat melekat dalam hatinya. Selain itu, sikap memandang kecil akan dosa mempunyai kesan negatif. Seseorang menjadi tidak takut lagi untuk berbuat dosa dan kurang peduli terhadap dosa.
 3. Bangga melakukan perkara kemaksiatan



Ini kerana mereka lakukan sesuatu dosa dengan bangga. Hal ini kerana mereka seronok dan lalai dengan sesuatu dosa tersebut.  Maksiat menumbuhkan maksiat lain. Seorang ulama salaf berkata, jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal itu akan mendorongnya melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Oleh itu, berhati-hatilah. Jangan sesekali cuba melakukan maksiat kerana ia akan menyebabkan ketagihan dan sukar untuk berhenti jika ia menjadi satu kebiasaan.

Maksiat mematikan bisikan hati nurani dan melemahkan hati daripada kebaikan dan menguatkan kehendak melakukan maksiat lain. Tidak ada lagi rasa malu ketika berbuat maksiat. Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, dia tidak lagi memandang perbuatan itu sebagai sesuatu yang buruk. Tidak ada lagi rasa malu melakuka
nnya. Bahkan dengan bangga menceritakan perbuatan maksiat yang dilakukannya kepada orang lain.
 “Setiap umatku dimaafkan (diampunkan dosa) kecuali mereka yang menzahirkan (bangga melakukan maksiat secara terang-terangan).”
 4. Kerana dosa itu dilakukan dengan perasaan bebas dari balasan Allah
Sebenarnya perbuatan apa pun sama ada besar atau kecil tidak mungkin terlepas dari pengawasan Allah. Allah teramat teliti mengawasi segala sesuatu. Hanya orang yang lalai sahaja yang merasa dirinya bebas/terlepas daripada pengawasan Allah. Mereka mungkin tidak diberi pembalasan oleh Allah s.w.t walaupun telah melakukan laranganNya. Maka, makin banyak lagi dosa yang dilakukan mereka dan akan dibalas di akhirat kelak. Perasaan bebas daripada balasan Allah, meyebabkan seseorang itu berterusan bergelumang dalam dosa dan noda dan semakin berani melakukanya.
5. Dosa kecil itu diberitahu atau diperlihatkan kepada orang lain
Adakalanya dosa itu dilakukan dengan tidak diketahui orang lain, tetapi kemudian diberitahukan kepada orang lain. Dan ada kalanya pula waktu melakukannya memang di hadapan orang lain. Mereka telah melakukan dua dosa dalam masa yang sama iaitu melakukan kesalahan dan dosa memperlihatkan kesalahan kepada orang. Sebenarnya dosa yang dilakukan menjadi rahsia dirinya sendiri kerana hanya mereka dan Allah yang mengetahui. Tak perlu mendedahkan aib sendiri kepada orang lain. Dengan begitu, satu perbuatan kemaksiatan menyebabkan dua bentuk dosa. Itulah sebabnya dosa kecil berkembang menjadi dosa yang besar.
6. Dosa kecil itu dilakukan oleh seseorang yang dihormati
Jika orang yang mempunyai pengaruh besar kepada para pengikutnya melakukan sesuatu dosa, kemungkinan besar akan diikuti pula oleh para pengikutnya .Inilah yang menyebabkan dosa kecil tadi berubah menjadi dosa besar. Dalam sebuah hadis menyebut: "Siapa menciptakan sunnah yang buruk, dia menanggung dosa atas perbuatannya itu dan juga dosa orang lain yang meniru melakukannya tanpa dikurangi dosa orang lain itu sedikit pun".
Renung-renungkanlah....








Friday, October 15, 2010

Bahaya Mengumpat

Posted by Aziatie at 11:08 PM 0 comments

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda yang bermaksud:

 "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 

Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W.

 "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" 
(Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia bertanya kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat antaranya:

  • Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.
  • Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi dalam sudah busuk dan berulat.
  • Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang. 


Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:

  • Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.
  • Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.
  • Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.
  • Bergurau dan suka berlawak untuk mencela, mengatakan kelemahan serta kecacatan hingga mengaibkan orang lain.
  • Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak serta sombong kerana memandang rendah orang lain.


kadang-kadang kat facebook pon banyak umpatan yang kita tak sedar...saya pun pernah..
Ya Allah...moga kami semua dijauhkan daripada dosa mengumpat...








Sepetang di Pesta Konvo

Posted by Aziatie at 6:03 PM 0 comments





Tahniah

 kepada semua graduan UPSI
yang konvo pada minggu ni
terutamanya kepada kakak
housemate saya Kak Nora, 
Kak Nurul & Kak Sal....


Petang tadi saya sempat jalan-jalan ke pesta konvo dengan roommate saya (walaupun ada lagi assignment yang belum siap..huhuu). Bukan beli apa sangat, sekadar jalan-jalan cuci mata.....tertarik tengok bunga-bunga, teddy bear yang ada jual kat sana...semua comel, harga pun comel jugak..


~sangat cute...i loike~


~jambangan mawar merah~

Kuning pun lawa..wangi~


Saya suka yang ni...kombinasi biru + putih + purple

Semut purple..comel~



Belajar dulu kawan-kawan, 
lambat lagi nak abis.....
penuhkan ilmu di dada....
banyak lagi halangan kena tempuhi...
perjuangan belum selesai...

saya sayang kawan-kawan semua & UPSI.....

Kisah Rasulullah dan Pengemis Buta

Posted by Aziatie at 12:25 PM 0 comments
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".


Namun, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu:

"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".

Aisyah menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".

"Apakah Itu?", tanya Abu Bakar.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu ?".

Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya, lalu menangis sambil berkata kepada pengemis itu,

"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada iaitu Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar, dan kemudian berkata,

"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar  saat itu juga dan sejak hari itu ia menjadi muslim.




mampukah kita sebagai umat mewarisi sifat sabar seperti baginda?.....





Kucing Comel & Unik

Posted by Aziatie at 2:58 AM 4 comments
Kali ni saya nak tulis pasal kucing pulak. Ada banyak spesis kucing kat dunia ni yang semuanya comel & unik. Jom kita tengok beberapa spesis kucing kat bawah ni......check it out....


Scottish Fold
tomeinye....

Mata boolat
kucing macam burung hantu seperti ni disebut Scottish Fold juga kadang-kadang dipanggil Coupari. Nama asalnya adalah Flops untuk “floppy ” ears. Nama Scottish Fold menjadi nama yang berkembang di tahun 1966. Perbezaan yang ketara bagi  baka Scottish Fold adalah telinganya dimana ia melipat kebelakang dan kebawah. Ia adalah kucing yang sesuai untuk dibela. Ia adalah kacukan antara kucing baka American Shorthair dan baka British Shorthair. Kebanyakkan warna yang selalu didapati adalah seperti corak tabby, kulit kura-kura dan calico.




Sphynx
Pelik tengok kucing ni....
Dengan badan yang tanpa bulu, telinga besar dan berbadan kecil, kucing ni nampak unik. Ia adalah kucing yang bijak dan suka meneman dan kucing ini jarang dijumpai. Badannya yang sederhana, keras dan berotot dengan dada bulat yang lebar. Manakala belakangnya sedikit melengkung. Bulunya adalah biasa dan nampak seperti tiada bulu. Warna bulunya adalah seperti pigmen kulitnya dan hanya terdapat sikit bulu pada badannya. 



Peterbald


Kucing ini berasal dari Rusia. Mereka sebenarnya bukannya tidak berbulu tetapi bulu mereka sangat pendek. Seekor Peterbald memiliki ciri yang unik kerana badannya yang ramping,  mata berbentuk almond, dan telinga besar.


Turkish Angora


Baka Turkish Angora adalah kucing berbaka secara biasa, berasal dari kucing baka Manul yang dibela oleh orang Tartar, yang kemudiannya berhijrah ke Turki dan dianggap sebagai khazanah oleh negara tersebut. Jika kita ingin memiliki baka Turkish Angora, ia dianggap sebagai salah satu baka kucing yang terpandai, setia, aktif dan ceria. Badannya yang seimbang dan bersaiz sederhana dengan pinggang kurus yang panjang serta kaki yang panjang. Bulunya yang berkilat dan sederhana panjang. Walaupun berwarna putih ia juga boleh mempunyai pelbagai jenis warna dan corak.



Oriental Shorthair



Seperti kucing baka Siamese, bulunya boleh terdiri daripada pelbagai jenis warna pelbagai sehingga menghasilkan baka Oriental. Personaliti baka Oriental ini adalah menarik seperti bulunya dan akan senantiasa menemani kita sepanjang hari. Badannya yang panjang dan berkilat, boleh melentur dan bergerak tetapi berotot. Bulunya yang pendek, bertekstur sederhana dan lembut, hampir kepada badan dan mempunyai lebih kurang 300 warna yang berbeza.


Japanese Bobtai


Baka Japanese Bobtail berasal dari Jepun. Disana ia dibela berkurun lamanya. Ia kuat, sihat dan mempunyai rintangan yang kuat terhadap penyakit.  Badannya yang panjang, bersaiz sederhana mempunyai otot yang kuat.  Bulunya yang pendek dan sederhana panjang, lembut  dengan tidak mempunyai bulu halus. Manakala yang berbulu panjang, bersederhana hingga ke panjang dan lembut. Terdapat bulu berwarna tiga, dua, tabby dan padu.






Maine Coon

Badannya yang bersaiz sederhana sehingga besar, berotot dan berdada lebar dengan perwatakkan yang seimbang. Bulu Baka Maine Coon adalah berat dan tidak terurus, tetapi pendek pada bahu dan panjang pada perut di belakang kaki. Ekornya pula panjang.  Baka Maine Coon datang dalam pelbagai warna seperti warna kura-kura dan warna ceria, tidak termasuk corak. Ia adalah kacukkan antara kucing baka domestik Amerika dan kucing berbulu panjang seperti Angora.

Norwegian Forest Cat


Sekali pandang kita dapati baka Norwegian Forest Cat ini kelihatan seperti Main Coon dan ini tidak pelik kerana kedua-duanya berasal dari kawasan yang dingin. Dipanggil oleh orang tempatan dengan panggilan ‘Wegies’. Ia merupakan kucing yang menawan dimana bulunya yang panjang memerlukan kurang disikat jika dibandingkan dengan kucing berbulu panjang yang lain walaupun ia mempunyai bulu yang tebal. Panjang badannya yang sederhana, otot yang pejal dan seimbang serta struktur tulang yang kukuh merupakan ciri-ciri badannya. Manakala bulunya yang berganda dengan bulunya diselubungi dengan bulu panjang, berkilat dan lembut. ‘Wegies’ juga mempunyai warna bulu yang pelbagai tetapi tidak seperti warna buku kucing berjenis Himalayan atau berwarna cokelat, lavender/lilac.

Ocicat

Macam rimau bintang
Berasal daripada kacukkan antara kucing jenis baka Abyssinian, baka Siamese dan baka American Shorthair, baka Ocicat secara umumnya adalah kucing domestik yang mempunyai bulu seperti kucing liar. Ia mendapat jolokan Ocicat kerana ia seperti kucing baka Ocelot iaitu kucing liar yang berada di Amerika Tengah dan Selatan. Badannya yang boleh mencapai saiz sederhana sehingga besar, ia mempunyai tulang yang kuat, pembinaan otot dan berwatakkan seperti olahragawan, pinggang yang pejal, keras serta kepanjangan badan yang kukuh dan menyeluruh. Manakala bulunya yang pendek, lembut dengan corak bertompok dengan tanda yang tertentu pada kepala, tulang belakang, kaki dan ekor. Ocicat mempunyai banyak warna bulu termasuk tawny, cokelat, cinnamon, perak dan biru.

Alleycat


Alleycat pula bukanlah spesis kucing tapi merupakan sebuah kumpulan yang terkenal dari zaman 70-an lagi. Femos dengan lagu evergreen mereka spt sekuntum mawar merah, nota terakhir ini dll..........

Sekian saja untuk kali ni....Terima kaseeeyyy...











 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal