Malam tadi saya & housemate ada sembang sikit tentang 'mak nyah' atau ada jugak orang panggil 'bapok'. Apa-apa gelaran or panggilan sekalipun, mereka ni tetap la lelaki. Kenapa mereka nak sangat jadi perempuan?? Kalau pergi mana-mana sekarang ni, tak hairan kalau nampak mak nyah ni...make-up lagi daring kot! Pakai high heel tak main la 2, 3 inch. Jalan lak cam model, makan guna 2 jari (ibu jaru & jari telunjuk je)....memang kontrol habis la...
manusia akhir zaman |
gambar hiasan shj~ |
apa nak jadi.... |
Tujuan post saya kali ni bukan nak tunjuk gambar-gambar kat atas tu shj, tapi untuk menyedarkan tentang larangan Allah kepada hambaNya yang mengubah ciptaanNya.
Antara perkara yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w ialah lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Allah menciptakan manusia samada lelaki dan perempuan untuk saling melengkapkan diantara satu sama lain.
Setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah dan rahsia yang kadang-kadang tidak dapat diketahui oleh ilmu dan akal manusia yang terbatas. Perbuatan yang keji dan tidak bertamadun ini berlaku secara berleluasa dalam masyarakat hari ini tanpa segan silu. Antara hadith Rasulullah s.a.w yang melarang dan melaknat perbuatan yang keji ini ialah:
عن ابن عباس رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لعن الله المخنثين من الرجال والمترجلات من النساء
(رواه البخاري)
(رواه البخاري)
Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w, Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki.
"Dan Demi sesungguhnya, Aku (syaitan) akan menyuruh dan menyesatkan manusia (dari kebenaran), dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata.
(Surah an-Nisa’: 119)
Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).
(Surah at-Tiin :4)
(Surah at-Tiin :4)
Masih ingatkah dengan bekas penyanyi nasyid Saujana yang popular satu masa dulu?? Kenapa jadi macam ni .....
sama-sama la kita renungkan....
3 comments on "Alahai Nyah~"
syukur la dgn ape yg kite ade :-)
Click This Link additional reading that site click here for more learn the facts here now webpage
k0p18h6i99 a9k25t3s52 x1r98r3r59 r0k90p9j98 l1c54l9y62 i2i09i5v10
Post a Comment