Tuesday, January 11, 2011

Persimmon @ Pisang Kaki

Posted by Aziatie at 8:02 AM
Ini la pisang kaki @ pesimmon

First bila saya makan buah pisang kaki ni, saya tertanya-tanya macam mana rupa pokok buah ni? Kenapa dipanggil pisang kaki? Pokok dia macam pisang ke? Tapi bagi saya rasa buah ni ok la, sedap la jugak. Rasa macam makan ciku pun ada sebab manis sangat. Dah makan berbakul-bakul baru la saya tahu rupa-rupanya pokok pisang kaki tak sama la dengan pokok pisang yang kita tanam tu =p

big persimmon tree

sedara-mara pokok apple..

buah yg belum dipetik

Pisang Kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Banyak kebaikan memakan buah pisang kaki nih. Sebabnya buah pisang kaki ini mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mengandungi hampir dua kali ganda serat pemakanan sama macam buah epal. Buah ini juga mengandungi banyak khasiat di dalamnya seperti vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, magnesium, kalium, protein, karbohidrat, asid organic dan seperti biasa kandungan potassium yang tinggi sama macam pisang-pisang yang lain.

Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea dan dipercayai berasal dari negara China. Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung. Satu kajian yang dibuat di Jepun menunjukkan kulit pisang kaki yang mengandungi fitokimia dikatakan boleh melindungi sel daripada kerosakan oksidatif berkaitan dengan peningkatan usia. Tannin yang terdapat dalam pisang kaki ini juga dipercayai boleh digunakan bagi merawat strok. Seperti biasa kandungan gula yang ada dalam pisang nih baik untuk kesihatan kardiovaskular yang mana ia menguatkan otot jantung kita. Namun begitu, pesakit diabetes sama sekali tidak boleh makan buah pisang kaki nih sebab kandungan gulanya lebih tinggi daripada pisang biasa. Pisang kaki ini juga tinggi kandungan diuretic, jadi ia bagus diamalkan kepada penghidap masalah paru-paru dan jantung kerana pisang kaki ni mengandungi tindak balas diuretic di dalamnya.






0 comments on "Persimmon @ Pisang Kaki"

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal