Monday, February 28, 2011

Kedai Mamak Muslim vs non-Muslim

Posted by Aziatie at 3:15 AM
Sebut saja kedai mamak mesti semua orang kat Malaysia ni mesti tahu. Ramai yang suka melepak kat kedai mamak especially time football match, dah jadi macam budaya masyarakat kita dah. Ye lah, kedai melayu skrin kecik je, serve pon agak lambat. Kedai mamak ni dah la tv skrin besor, serve cepat, mesra pulak tu (macam dalam gambar kat atas tu la, senyum  memanjang je abang mamak tu). Business hour kedai mamak ni pulak 24 jam, 365 hari setahun (cuti separuh hari pada hari raya aidilfitri) .. So, anytime kita boleh pergi makan walaupun pukul 3 pagi.

Sebab tu sekarang ni ramai yang lagi suka air tangan mamak daripada air tangan sendiri, air tangan mak or air tangan bini sendiri..... (what?? ewwww).....  Tapi hati-hatilah kita kalau nak ke restoran mamak ni sebab banyak restoran mamak ni non-muslim sebenarnya walaupun diorang ni pakai songkok 8 inci, kopiah bagai. Macam mana nak tahu?? Sebab kebanyakkan kedai mamak ni semua ada gantung ayat Quran kat dinding then tokey dia pun mengaku Islam. Tapi pekerja dia Islam ke x? huhuuu.... Ini la yang jadi masalah kat kita sekarang dan kita tak boleh ambil ringan semua ni. Tahu tak macam mana nak tahu restoran mamak tu betul-betul Islam ke tak?
Hiasan semata-mata
Pertamanya, kalau nak tahu restoran mamak tu Islam atau tak, kita kena tahu restoran mamak yang kita pergi tu ada jual daging lembu ke tak? Cuba kita tengok (ce tengok) dekat hidangan lauk, kalau tak ada lauk daging lembu, faham-fahamlah sendiri. Kenapa daging lembu?? Sebab bagi penganut hindu, lembu ni mereka menganggap sebagai tuhan mereka dan tak mungkin mereka akan menyembelih, memasak, menghidang dan makan tuhan mereka.

Kalau kita mintak order nasi beriani daging, nasi gorang daging atau apa-apa yang daging lembu, then kalau mamak tu cakap "adik, sini tarak jual daging" atau dia cakap "daging kambing ada, daging lembu tarak jual". Maka, itu bermakna KOMFEM kedai tu bukan Islam atau lebih tepat mamak tu agama Hindu. Then kalau mapley kat restoran tu cakap "daging dah habis la adik manis", kita blah aje la..... Kalau kali kedua, ketiga dan seterusnya kita pergi dia cakap benda yang sama, tu bermakna tanda-tanda mamak tu bukan Islam adalah amat tinggi. So, kita elaklah daripada pergi ke kedai tu.

Telur untuk buat roti canai tu tak basuh ??? Ape ke hel?? 
haram hukumnya jika roti itu terkena najis..... 
Sebenarnya tu lah cara paling senang nak tahu restoran mamak tu muslim atau tak. Cara lain ada, tapi kena melibatkan mamak itu sendiri. Contoh, test mamak tu mengucap, tak pun baca al-Fatihah (ni biasa Jakim yang buat). Kalau yang ni mamak tu tak tahu, bermakna mereka tu bukan Islam. Tapi cara ni agak susah nak buat, so, saya sarankan cara yang pertama tadi. Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlulah menitikberatkan soal halal dan haram dalam memilih makanan yang akan menjadi darah daging kita. Banyak pilihan yang kita boleh buat, yang penting nak atau tak nak sahaja.
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas (terang) dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara syubhah (yang samar), ia tidak diketahui (hukumnya) oleh kebanyakan manusia, maka sesiapa yang memelihara (dirinya daripada) segala kesamaran itu, sesungguhnya dia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang melakukan atau membuat perkara syubhah (kesamaran), jatuhlah dia ke dalam yang haram, seperti seorang penggembala yang menggembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati.  (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
"Tinggalkanlah perkara-perkara yang membawa ragu-ragu kepadamu, (dan) ambillah apa-apa yang tidak meragukanmu" (Hadits riwayat an-Nasa 'i) 

(^^,) Kawan saya ada cerita, dia ada ternampak mamak korek hidung time tengah buat roti canai... xoxoxox....Terus serik tak nak pergi restoran mamak tu lagi... Errkk..loya tekak den !!~
Mamak ni cakap:  "Saya bersih punya orang la..tangan saya silalu cuci la...
jangan picaya cakap itu orang...."

5 comments on "Kedai Mamak Muslim vs non-Muslim"

Anonymous said... [Reply to comment]

mamak stall wktu bln pose pun bukak wktu siang...nmpk sgt..

Aziatie on March 2, 2011 at 11:34 AM said... [Reply to comment]

@Anonymous
betul tu...sy penah jugak tengok...

Nini Hartini on March 9, 2011 at 12:19 AM said... [Reply to comment]

saya pernah ada pglmn depan mata sendiri, masa tu masuk toilet kedai mamak.pahtu ms saya buka pintu, sinki depan tandas ada pkrja mamak tgh muntah. lepas muntah x basuh tgn or kumur terus dia blah...dan smbut buat kerja....

eeeee mmg sampai skrg ingat ttp rasa loya.

satu lg nasi lebih pinggan pelanggan yg x terusik,mamak masukkan dlm bekas nasi. sgt pengotor.

so, sy mmg x akan masuk kedai mamak kecuali terpaksa (darurat). tak sanggup...

Aziatie on March 9, 2011 at 3:01 PM said... [Reply to comment]

@♥Tsuwaibah♥
errkk..loya tekak...
byk pkerja mamak camtu la, kurang jaga kebersihan....dorg buat keje mcam2, tp xde lak basuh tangan....klo dorg msak kat dapur, tangan celup smpai ke siku...saya pon dah serik nak mkan kat kedai mamak...

neigh on September 28, 2022 at 11:13 AM said... [Reply to comment]

d1z05d6h25 s5a10f5m45 g4x00x9o23 p3k84m5s55 c2n96k1e26 x0g66i7e39

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal