Sunday, March 20, 2011

Rare 'supermoon'

Posted by Aziatie at 12:48 AM

19 Mac 2011 bersamaan 15 Rabiul Akhir 1942H
11.20 malam - Saya baru saja habis group discussion. On the way nak balik ke rumah, saya ada pandang langit..... Subhanallah.... Cantiknya bulan malam ni, terang benderang walaupun hari ni mendung. Patutlah pungguk selalu rindukan bulan, ternyata bulan sangat indah. Ada di dalam hadith, tatkala Jabir Samurah menatap wajah Rasulullah saw di malam terang bulan, ia berkata:
“Aku memandang wajah Nabi, lalu melihat ke arah bulan, maka bagiku baginda jauh lebih indah dari bulan yang sedang memancarkan cahaya itu.” (HR At-Tarmidzi)
Bulan yang terang itu dah cukup indah, namun wajah Nabi Muhammad saw lebih indah... sudah pasti Penciptanya lebih indah.......... Kemudian, bila saya dah sampai bilik, terus online. Tiba-tiba ada persoalan tentang 'supermoon'. Hasil pencarian google, saya pun dapat sedikit info ni.....


Supermoon @ fenomena bulan hampir dengan bumi
Para saintis dunia dan pakar astronomi melaporkan, bulan berada paling hampir dengan Bumi. Fenomena ini berlaku setelah 18 tahun berlalu iaitu pada malam ini (Sabtu malam Ahad). Bulan akan berada lebih dekat dengan bumi iaitu 356, 577 km berbanding jarak purata adalah 384, 403 km pada waktu waktu biasa. Ini bermaksud bulan berada 27, 826 km lebih dekat dengan bumi dan daya tarikan graviti bulan akan memberi kesan kepada pergerakan di bumi.

Kejadian pasang surut air laut adalah berpunca daripada graviti bulan dan kedudukan yang lebih dekat ini dikhuatiri akan menyebabkan air laut meningkat ke tahap yang lebih serius dan mengundang tsunami. Fenomena bulan semakin menghampiri bumi, saintis dunia meramalkan keadaan cuaca dunia tidak menentu atau sukar diramal. Berikut merupakan tarikh kejadian 'supermoon' yang sudah berlaku dan yang dijangka berlaku antara tahun 1954 hingg 2036 (wikipedia).

  • November 10, 1954
  • November 20, 1972
  • January 8, 1974
  • February 26, 1975
  • December 2, 1990
  • January 19, 1992
  • March 8, 1993
  • January 10, 2005
  • December 12, 2008
  • January 30, 2010
  • March 19, 2011
  • November 14, 2016
  • January 2, 2018
  • January 21, 2023
  • November 25, 2034
  • January 13, 2036
Setiap kejadian yang Allah ciptakan pasti ada hikmahnya. Kita hanya mampu meramal, namun Dialah yang menentukan segala.. 

1 comments on "Rare 'supermoon'"

Anonymous said... [Reply to comment]

kat melaka xdpat tgok la sebab malam tu mendung..bintang pon xnampak..huk3...
~dak_melaka~

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal