Wednesday, September 14, 2011

Buku Panduan Bunuh Diri (Jepun)

Posted by Aziatie at 3:50 PM


Percaya tak yang buku panduan bunuh diri wujud? Saya ambil artikel ni dari satu blog.....

The Complete Manual of Suicide

Masyarakat Jepun memang sudah dikenal sejak dahulu lagi mempunyai budaya membunuh diri, misalnya harakiri, iaitu tindakan membunuh diri demi maruah yang dilakukan oleh para kesatria Jepun. Begitu juga tindakan kamikaze yang memperlihatkan keberanian anggota tentera Jepun pada Perang Dunia 1 dan II lalu. Bagaimana dengan generasi muda Jepun pada hari ini?

Wataru Tsurumi, penulis buku Panduan Lengkap untuk Membunuh Diri kembali muncul berhadapan dengan khalayak. Editor majalah itu mencetuskan kontroversi sewaktu melancarkan bukunya pada tahun 1993. "Saya membongkarkan tabu masyarakat Jepun," cetus lelaki berusia 42 tahun itu.Dalam bukunya, Tsurumi menulis cara-cara untuk membunuh diri, misalnya mengambil ubat tertentu, memotong urat nadi, hinggalah menggunakan gas karbon monoksida. Semuanya diterangkan secara terperinci.

Menurut fakta, Jepun merupakan negara yang mempunyai angka bunuh diri tertinggi di dunia bersama-sama dengan Rusia dan Hungary. Lebih daripada 30 000 penduduknya mengambil keputusan membunuh diri dalam tempoh lapan tahun berturut-turut.Menurut Tsurumi, membunuh diri tidak salah kerana perbuatan itu melambangkan kebebasan individu. Apatah lagi, sejak dahulu masyarakat Jepun sudah mengamalkan budaya harakiri.

Tsurumi muncul kembali setelah Parlimen Jepun mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pemerintah atau majikan membuat laporan pencegahan bunuh diri serta bekerjasama menjaga kesihatan mental para pegawainya. "Ketika pemerintah mula memperketat penguatkuasaan, saya akan terus berbicara secara serius tentang hal ini. Kita berhak memilih perkara yang kita inginkan dalam hidup," tegasnya.

Ketika negaranya menghadapi angka bunuh diri yang tinggi, Tsurumi mempunyai pandangan yang berbeza. "Orang selalu menyoal sebab seseorang membunuh diri? Tidak akan ada jawapan tertentu untuk persoalan ini. Sekarang mari kita tanyakan, mengapa kita tidak boleh membunuh diri ? Mengapa kita harus terus hidup?," katanya.

Menurut Tsurumi, tindakan membunuh diri lebih banyak disebabkan oleh kehidupan yang membosankan. Begitu juga soal pekerjaan dan masalah yang sama yang dihadapi tiap-tiap hari. "Cabaran terbesar dalam hidup adalah tentang cara untuk memperoleh kehidupan tanpa merasa hampa/bosan," ujarnya seraya tersenyum sinis.

Meskipun mendukung ideologi bunuh diri, Tsurumi, walau bagaimanapun menentang tindakan membunuh diri secara berkumpulan yang semakin menjadi-jadi di Jepun. Fenomena ini terjadi apabila sekumpulan individu bertemu di internet dan berjanji untuk membunuh diri bersama.
(sumber artikel: http://biaqpila.blogspot.com/)

dEAR aZIATIE---->
Macam-macam benda pelik atas dunia ni.. Nak bunuh diri pun kena study buku panduan bunuh diri dulu... Itu di negara Jepun... Negara kita apa kurangnya, ada juga kes bunuh diri. Dan apa yang menyedihkan mereka yang beragama Islam juga ada bunuh diri disebabkan, tekanan kerja, kecewa dalam cinta dan macam-macam lagi.....

Perbuatan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang amat besar di sisi agama. Mereka yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia.

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahanam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Nauzubillah min zalik.....Moga kita semua dijauhi daripada perbuatan yang dimurkai Allah ini..

0 comments on "Buku Panduan Bunuh Diri (Jepun)"

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal