Thursday, December 8, 2011

Apa persamaan Malaysia dan Zimbabwe?

Posted by Aziatie at 2:17 AM

Pemimpin yang hidup mewah merupakan antara tanda-tanda akhir zaman. Pemimpin hidupnya mewah ya amat, tapi rakyat jelata pulak papa kedana. Seperti yang kita tahu, kadar kemiskinan di Zimbabwe adalah tinggi, perang saudara selalu berlaku, taraf hidup dan kesihatan yang amat rendah dan pentadbiran kerajaan yang korup. 

Di sebalik semua itu, kepimpinan pemerintah diktator yang kononnya demokrasi iaitu dibawah Presiden kedua Zimbabwe, Robet Mugabe masih sempat lagi mengaut keuntungan demi kemewahan diri sendiri. Robert Mugabe memerintah Zimbabwe dari tahun 1987 sehingga sekarang dengan usianya kini mencecah 87 tahun. Segala kekayaan negara hanya beredar di sekeliling sesetengah kelompok sahaja. Gambar-gambar kat bawah ni menunjukkan betapa teruknya kadar inflasi yang melanda Zimbabwe sekarang. Zimbabwe merupakan antara negara Afrika yang mengalami inflasi paling teruk malah lagi teruk jika dibanding inflasi yang berlaku di Tanah Melayu sewaktu penjajahan kuasa imperialis Jepun dahulu....

Nilai mata wang kertas yang paling tinggi di dunia setakat ini....


Gambar kat atas ni menunjukkan seorang pembeli membeli sepapan telur ayam dengan seberkas wang kertas.... Gambar kat bawah pulak menunjukkan sebotol bir dibeli dengan beberapa berkas wang kertas....

Dalam rakyat Zimbabwe berdepan dengan kehidupan mereka yang perit, gambar di bawah ni menunjukkan istana agam presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang mewah giler dan amat berbeza dengan keadaan rumah rakyat jelata Zimbabwe. Rumah yang ala-ala istana eropah dibina dalam anggaran kos $3.5 juta pound sterling. Pemimpin boleh bermewah-mewahan sedangkan rakyat hidup di bawah garis kemiskinan, penyebaran hiv/aids yang tak terbendung dan keadaan ekonomi negara yang terus merudum dengan inflasinya.....

Istana presiden Zimbabwe, Robert Mugabe













Tuuudia...... Seronok2 kau hidup mewah tapi rakyat nak makan pun susah... Nak beli telor sepapan pun kena bawak duit beberkas.... kalau nak beli t-shirt padini mesti mau kena bawak duit dalam berguni2.... (tapi tak de nyer rakyat Zimbabwe mampu beli padini....)....


Tak mustahil semua ni terjadi di negara kita kalau pemimpin yang korup & gila kuasa terus memegang tampuk pemerintahan.... Sekarang pun kita dapat tengok, ramai rakyat M'sia yang hidup miskin kerana harta kekayaan negara hanya beredar di sesetengah golongan sahaja.... Harga petrol naik, barang lain pun naik, cukai naik, tapi gaji tak pernah nak naik pun... Macam lirik lagu Kelibat Korupsi by One Buck Short:
Fakir miskin terpedaya....Orang kaya semakin kaya....Bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan....AP senang didapat....Projek besar diorang rembat....
* Tak minat pun band ni, tak bestt... pernah dengar tapi tak berapa nak jelas la apa yg dorang nyanyi tu pasal dorang banyak jerit2, bukan nyanyi....lol....


Nota kaki (tangan yg taip, kaki dapat nama..): 
  • Apakah persamaan Malaysia dan Zimbabwe? renung-renungkan lah..


3 comments on "Apa persamaan Malaysia dan Zimbabwe?"

yanmaneee on July 22, 2019 at 12:53 PM said... [Reply to comment]

nike air force 1
nike air max
moncler coat
Kanye West shoes
yeezy boost 700
supreme t shirt
hermes belt
nike huarache
michael kors outlet online
fila shoes

shotee on June 17, 2022 at 8:42 PM said... [Reply to comment]

try this web-site about his read what he said click here now internet have a peek at this website

tewethot on June 26, 2022 at 2:05 PM said... [Reply to comment]

my website learn this here now click to investigate click site website here try these out

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal