Tuesday, January 10, 2012

soalan yang paling susah nak jawab... belum dapat jawapan.. sekian..

Posted by Aziatie at 11:45 PM
Dah mula pun cuti sem... so, kena la rajin update blog kan... ermmmm.... tapi apa nak tulis pun tak tahu... cuti sem ni saya tak ada plan pun nak buat apa selain makan tido...xoxo..
                                  <-------knape troll face ni agak glemer skrg...?  tak cute pun..
Tapi cuti ni ada banyak undangan majlis kawin... tak tahu la boleh sampai ke idak ke semua majlis tu.. tapi yang pastinya saya akan usahakan sedaya upaya pergi ke majlis kawin BFF saya.. insya-Allah, 5hb february ni... Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma... tak ku sangka wahai kawan, ko dah nak jadi bini orang dah.... bila la aku nak ikut jejak hang? haha... btw...aku sangat2 happy untuk ko... love after marriage.. sangat sweet.... hope walaupun ko dah jadi Puan, ko tetap punyai masa untuk aku yg masih bergelar Cik...huhuu.... tengah2 google tadi jumpa ni:
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka dia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintu mana yang dia suka (mengikut pilihannya)."- Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani
Daripada hadis ni.... wanita boleh masuk syurga dengan empat syarat iaitu solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga maruah dan mentaati suami.. so.. beruntung la sesiapa yang dah kawin (bersuami) sebab dia dah ada semua syarat, hanya perlu menyempurnakannya sahaja... inilah kelebihan wanita yang dah kawin.. Ok la.. saya bukan nak sampaikan slot mcm dalam kursus kawin....

Dalam tahun ni, ramai kawan sekolah saya yg nak bina masjid... dan macam biasa la, soalan klise lagi stereotype yg biasa orang tanya: "Mas bila lagi?"..."Sape calon?"..bla..bla..bla.. i'm speechless... kalau nak jawab "no komen" macam bajet artis lak...LOL... so, saya hanya mampu buat muka macam troll.... huhuu... 0h baru saya tau sebab apa troll face ni famous..
muka kedut... sila dapatkan krim anti penuaan..

Entah la apa saya nak jawab bila orang tanya soalan macam tu... semua ni kan Allah yang tentukan... Dia lah sebaik-baik perancang....

to be continued......

4 comments on "soalan yang paling susah nak jawab... belum dapat jawapan.. sekian.."

Anonymous said... [Reply to comment]

Boleh x i nak perasan..haha..tenkiu2~

Anonymous said... [Reply to comment]

~CN~ lupe lak..keke

Aziatie on January 29, 2012 at 5:48 PM said... [Reply to comment]

@Anonymous
mmg u patut prasan.....btw, congrats my dear... <3

Anonymous said... [Reply to comment]

thanks a lot dear..<3..sanah helwah..=)

-CN-

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal