Friday, July 30, 2010

Insomniakah aku ini???

Posted by Aziatie at 3:17 AM

Dah brapa malam aku susah giler nak lelap...pusing sana, pusing sini....
tolonnnnnggggggggggg!! jelous la tengok roomate tgh syok lena dibuai mimpi...
aduhyai....apa nak buat ni....

Dari segi maksud, insomnia ialah kesusahan untuk terus tidur atau tetap tidur dalam tempoh yang lama atau kedua duanya.Ia bergantung juga kepada kekurangan jumlah masa dan mutu tidur kita.
Masalah insomnia ini terbahagi kepada 2 iaitu:

a) insomnia jangka pendek, selalunya berkaitan dengan tekanan jangka pendek.
b) insomnia berterusan, boleh jadi simptom kepada penyakit lain seperti tekanan kuat. Jenis ini jarang terjadi berbanding insomnia jangka pendek.

Tanda-tanda insomnia berbeza kepada pesakit.Umumnya pesakit insomnia akan:
a) Bermasalah untuk terus tidur. Maknanya pesakit akan berbaring lama hingga sejam atau lebih untuk terlelap. Kerap terbangun di tengah malam dan bermasalah untuk kembali tidur.
c) bangun terlalu awal di pagi hari.

Jenis – jenis insomnia secara lebih terperinci ialah
1. Insomnia sementara akan berakhir dalam masa beberapa hari hingga seminggu.Ia terjadi disebabkan perubahan masa dan tempat tidur atau tekanan kerja.
2. Insomnia teruk – insomnia yang terjadi dalam masa lebih kurang 3 hingga 6 bulan.
3. Insomnia kekal – terjadi hingga bertahun tahun lamanya.Boleh jadi berpunca daripada masalah kesihatan yang lain seperti kecelaruan minda,tekanan kerja yang tidak terkawal dsb.

Gejala penyakit ini boleh disebabkan oleh
1) Pengambilan bahan perangsang seperti sesetengah ubat, herba, kefeina seperti kopi, kokain dan amfetamin
2) Antibiotik Fluoroquinolone
3) Perubahan hormon dalam badan,semasa datang haid atau awal menopous.
4) Masaah jiwa seperti masalah minda terbelah, tekanan jiwa, risau berlebihan,skizofrenia, atau lain lain.
5) Masalah hidup seperti terlalu memikirkan kerja, beban kewangan.
6) Gangguan suasana seperti kebisingan
7) Tabiat tidur yang tidak sihat seperti menonton tv di katil atau tidak tidur tetap pada masanya.
8) Tidak bersenam dengan tetap,atau tidak pernah langsung.


ntah la pasal apa tak boleh tido...stess mungkin~
kawan cakap minum susu boleh atasi prob ni......errrr..
tapi...aku ni lactose intolerance la...mau muntah kalau minum susu~~~
hahaha~ ZZzzZZZzz

0 comments on "Insomniakah aku ini???"

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal