Thursday, October 14, 2010

Haram Menjadi Halal

Posted by Aziatie at 3:51 AM
Kisah ni berlaku sewaktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ketempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung sesiapa..sepi jer...
Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ketempat sejarah yang mereka minati. Nak jadi ceritanya, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar tertinggal daripada kumpulan.

Trainer yang lain lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka pun balik. Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra....menjerit sekuat hati, cemas dan memanggil kawan-kawannya dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekat untuk berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Cikgu tu mula letih dan kemudian menangis lagi....

Pusing punya pusing nampak satu pondok kecil berdekatan dengan tempat tu. So dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20-an dan bertanya: Siapa kamu? Jawab lah cikgu tadi yg dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang. Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin dituju terletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi (cikgi pompuan camni la kut  ^^)

Disebabkan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam di pondok dia sementara menunggu subuh utk dihantar pulang. Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain dan  sehelai kain diambil untuk digantung sebagai pengadang/tirai tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk di penjuru pondok dan membaca buku. Cikgu tu pula menutup seluruh badan dia dengan selimut menahan menangis sebab takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus bakar jarinya satu persatu. Cikgu tadi apa lagi,bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut pengamal ilmu songsang..Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi....

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ke tempat asalnya. Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kpd mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan ketakutan.

Si bapak pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya dan menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari-jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa ek???

Lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam di pondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan & iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki itu itu datang ke rumah nya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katilnya 2 malam lepas.

..........................
..........................





 "Barangsiapa meninggalkan sesuatu yang haram kerana Allah, maka suatu ketika dia akan memperoleh yang haram itu dalam keadaan halal"


gambar hiasan sahaja..tiada kena mengena dengan yang hidup atau yg telah tiada...
Wassalam...

1 comments on "Haram Menjadi Halal"

Anonymous said... [Reply to comment]

bagus....

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal