Saturday, January 8, 2011

Kuih Bulan Halal?

Posted by Aziatie at 2:14 PM
Jakim telah mengeluarkan sijil halal kepada 12 syarikat pengeluar kuih bulan yang produknya  boleh dimakan oleh masyarakat Islam, kata Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengeluaran Sijil dan Logo Halal Jakim, Abdul Hamid Mohamed Salleh.
Syarikat yang mendapat pengesahan halal tersebut ialah:

  • HYT Food Industries Sdn Bhd
  • Leong Yin Pastry Sdn Bhd
  • Sakura Food Manufacturing (M) Sdn Bhd
  • TT Food Manufacturing Sdn Bhd
  • The Baker's Cottage Sdn Bhd
  • LB (Lian Bee) Confectionery Sdn Bhd
  • KLT Food Industries Sdn Bhd; King’s Confectionery Sdn Bhd
  • Tanjung Omega Sdn Bhd
  • Tuan Sanawi Tuan Ngah Sdn Bhd
  • Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
  • Bake Station Sdn Bhd.

“Sekiranya kuih bulan tersebut ada tertera sijil halal Jakim, ianya boleh dimakan dan dibeli justeru umat Islam tidak perlu ragu-ragu untuk makan kuih bulan yang tertera Sijil Halal Jakim,” katanya kepada Bernama semasa diminta mengulas mengenai penjualan kuih bulan yang banyak di pasaran ketika ini yang turut menarik minat masyarakat Islam untuk mencubanya tetapi merasa ragu-ragu.

Abdul Hamid berkata untuk mendapatkan lesen halal Jakim, sesebuah syarikat itu dipantau melalui proses kelulusan yang ketat. “Jakim memantau dari awal sumber itu diambil sehingga siap produk tersebut,” katanya.
Pengurus Besar KLT Food Industries Sdn Bhd, Julie Lim berkata syarikatnya mengeluarkan kuih bulan halal di kilang yang berbeza daripada kuih bulan tidak halal. “Sekarang sudah banyak kuih bulan yang menggunakan minyak sayuran sahaja yang antara kandungan lain terdiri daripada biji teratai, tepung gandum dan gula.”


Aziatie says:
Harap Jakim sentiasalah memantau syarikat yg dah diberikan sijil halal tersebut. Bukannya apa, dah banyak kes syarikat menyalahgunakan sijil halal mereka...so..kita tak mahu lah umat Islam tertipu dengan syarikat yang dah diberi kepercayaan ni. Takut juga jika syarikat tersebut menggunakan mesin yang sama untuk proses kuih bulan yg halal & yg tak halal....Terserahlah kepada pengguna sama ada mahu beli atau tak. Kalau saya, mungkin tak sebab saya ni agak konservatif (bab makan2an ni saya jumud sikit). Baik saya makan kuih bunga durian atau kuih bahulu....lagi sedap kot =P
kueh bunga durian...sama kan bentuk mcm kuih bulan? hehe

0 comments on "Kuih Bulan Halal?"

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal