Sebesar mana dugaan dalam hidup ni, cubalah bertabah.... moga semuanya akan baik baik saja... bersyukur dengan apa yg dikurniakanNya... Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kita...... moga kita sentiasa rasa cukup dengan pemberiannya.... ツ
♡ jangan lupa doa...moga dipermudahkan segala urusan ♡
sape pernah bela ayam macam ni? yapp..saya pernah bela masa saya umur 5 tahun (zaman awal 90-an dulu).... masa tu kat kawasan rumah saya macam trend pulak bela anak ayam colourful ni..ayam ni kalau tengok memang sangat comel, warna pun macam2....
disebabkan naluri kanak-kanak yg suka brmain n suka benda2 yg comel, sy pun nak bela jugak..... "Orang mahu radio, dia mahu radio...orang mahu motokar baru, dia mahu motokar baru...."- film p.ramlee.... bila tengok anak jiran ramai beli anak ayam ni, saya pun nak jugak....so mak belikan saya warna biru, abang warna merah n adik warna oren... tapi tak lama pun kami bela anak ayam tu hidup, lepas berapa hari dia pun mati :'(
skrg baru terfikir kenapa ayam tu berwarna..? dulu masa kecik tak terfikir pun pasal ni (akai pendek lagi)...actually...the baby chicks are colored by either injecting colourant into the egg orsprayed after anak ayam tu menetas...yes..it's true...kejam gila mereka yang buat kerja macam ni kat haiwan yg tak bersalah.....
mereka yang buat anak ayam macam ni macam tak berhati perut...semua mahu untung... ayam kan makhluk bernyawa, lain la kalau kau cat dinding ke, kayu ke...hisshh...cuba bayangkan kalau kau yg kena cat camtu....
nanti semua jadi macam power rangers ni...tak pun jadi teletubies...
tak mo tulis panjang2.....
# kepada arwah anak ayam aku....mintak maaf sebab tak jaga elok2, kesian kau mati muda :(
# kalau sekarang ni ada jual lagi anak ayam macam ni, please jangan beli....
# take care uols :) thaks for reading.....
ok....hari ni baru ada masa nak bertumblr...sebelum ni duk buat assignment tak habis-habis...yang best pasal tumblr ni, banyak pic yg cun n qoutes yg best....sampai tak sedar dah 2 jam mengadap laptop... x_x
tajuk entry kali ni agak tak best... tapi agak berguna untuk mereka yang seumur hidup dah makan selori ayam tapi tak reti macam mana nak potong ayam dgn cara yg profesional (aku le tu)...cakap banyak tak mau.....terus kepada tujuan utama entry kali ni iaitu tutorial potong ayam....gambar semua sumber drp uncle google...
step 1: tarik kaki ayam keluar, then potong kat bahagian peha.....
step 2: potong antara paha n betis ayam tu (kat sendi)..
step 3: kepak ni pun potong sama macam peha jugak....
step 4: ni badan ayam..potong vertikal dari atas ke bawah
(ayat MASter chef AZIATIE)...
Thou art more lovely and more temperate: Rough winds do shake the darling buds of May, And summer's lease hath all too short a date: Sometime too hot the eye of heaven shines, And often is his gold complexion dimmed, And every fair from fair sometime declines, By chance, or nature's changing course untrimmed: But thy eternal summer shall not fade, Nor lose possession of that fair thou ow'st, Nor shall death brag thou wander'st in his shade, When in eternal lines to time thou grow'st, So long as men can breathe, or eyes can see, So long lives this, and this gives life to thee.
29 april 2012, 1:36 am
# nota 1: memang ada betulnya apa yg orang cakap..yang indah kejap je, takkan kekal...satu hari nanti semua akan berlalu seiring dengan masa...takut pulak bila fikir apa akan jadi hari esok, lusa n seterusnya... kadang-kadang apa apa yang berlaku di luar jangkauan kita, yang tak pernah kita terfikir pun... apa motif sonnet 18 dalam entry ni? entah la...tapi ingat lagi zaman belajar masa form dulu...kejap je masa berlalu..memang la...apa yang dah lepas kita rasa kejap je.. tapi menunggu apa yang akan datang rasa bukan main lama walaupun sehari..sadis...
# nota 2: ok, dah boleh start countdown nak habis sem 6 ni...tinggal lagi 40 hari...lepas tu praktikal kat kuantan sampai bulan oktober....then masuk balik upsi (final sem) 8 februari 2013....emm....dah habis nanti rasanya kena menganggur, tapi tak tahu la lama ke tak.....apa la nak buat...nak buat part time pun tak tahu nak kerja apa sebab sana tak banyak pun kerja....huhhhhhhhhhhhhhhh (mengeluh)...
# nota 3: rabu lepas, saya nampak pelangi....rasa macam dah lama tak tengok pelangi...excited jap..emm...sempat jugak snap gambar tapi tak clear sangat pasal kamera cap ayam je, pulak tu hari pun dah senja n gelap sebab baru lepas hujan....tapi boleh tengok kejap je, lepas tu hilang :(
view dari tigkap bilik....
# nota 4: khamis, kelas mr.bowtie...semua muka macam penyu je.. budak sebelah saya pun sempat terlelap...sebab pe eh? saya agak sebab apa yang dia sampaikan tu tak menarik kot?? 0ooo.. so, boleh buat conclusion kat sini... kalau orang tertidur sambil kita bercakap, means apa yang kita cerita tu tak best la kan?..mungkin la........
# nota 5: pelangi tu memang indah..tapi keindahan tu sekejap je...macam hidup ni jugak..yg indah takkan kekal...kalau nak kejar yang indah2 je, memang tak ke mana la....semua orang nak cantik, banyak duit, boleh beli macam2, makan pun yang sedap je, darjat n segala macam.. cantik, harta, darjat semua tu tak ada pun pada saya...aku sekor kuman...tak ada kelebihan apa pun, kekurangan banyak la...
# nota 6: pesan untuk diri sendiri...kalau kita berkawan dengan seseorang, janganlah hanya kagumi kelebihan yang dia ada..sebaliknya lihat n cintailah kekurangan dia jugak...sebab kalau tiba-tiba dia dah tak ada apa-apa, kita mungkin akan benci dia...kita manusia, mana ada yg sempurna kan? "aku mahu cintai kekuranganmu".. sorry, bukan niat nak berjiwang di pagi buta..
# nota 7: moga Allah permudahkan segalanya urusan kita, kami, saya, awak, mereka dan semuanya....amin....