Tuesday, October 19, 2010

Akhirnya...

Posted by Aziatie at 2:36 PM
Memang lumrah student universiti, sibuk dengan assignment. Tak kisah la assignment kumpulan atau individu, semua mesti hantar sebelum tarikh akhir. Dalam satu subjek yang saya ambil sem ni, kami dibahagikan dalam kumpulan yang beberapa orang daripada mereka saya tak kenal (kebiasaannya ahli kumpulan kami pilih sendiri). Tapi ok jugak walaupun tak kenal, dapatlah tambah kenalan baru kan....

Nak dijadikan cerita kat sini ialah kisah seorang daripada ahli kumpulan saya  yang tak siapkan part dia walaupun part yang dia kena siapkan paling sikit compare dengan ahli kimpulan yang lain. Gerammmmnya....Jadi, bila hari nak compile, problem sikit la. Kenapalah dia tak boleh nak siapkan, walhal dah lama masa diberi. Semua orang ada 24 jam, pandai-pandailah uruskan masa kan. Ahli yang lain terpaksa la call budak tu berkali-kali sebab nak suruh dia siapkan kerja dia. Tapi still tak siap jugak....Call lagi..lagi..dan lagi...Finally, pada satu hari ni dia siapkan jugak kerja dia....Dah selesai yang tu, tiba hari presentation dia lak tak datang. Tuuuudia.....agak-agak la kan....

2, 3 minggu kemudian........

Dalam kelas, lecturer tanya siapa nama Ali bin Abu? (bukan real name).... lecturer cakap Ali ni tak hantar assignment individu...so..saya rasa tak hairan la sebab kerja group pun dia tak siap kan...then budak-budak lain cakap la yang Ali tak datang. then lecturer tadi pon call si Ali ni untuk tanya pasal assignment yang tak siap tu...

rupa-rupanya........

Ali ni menghidap penyakit yang memerlukan dia berulang-alik ke hospital.... Kawan-kawan dia pun cakap macam tu.... Ali ni rupa-rupanya selalu tak sihat... gerrrrrr.....Ya Allah......aku buruk sangka kat Ali selama ni....aku tak kenal pun dia, tapi aku dah sangka yang bukan-bukan tanpa usul periksa....aku anggap dia ni pemalas la, tak beri komitmen la dan macam-macam lagi.....ampunkan aku Ya Allah atas sifat aku ni, moga Ali cepat sembuh daripada penyakitnya supaya dia dapat ke kelas seperti biasa........



*.....pengalaman hidup ni menyebabkan kita
belajar banyak perkara, dapat mengenali sesama kita,
dan dapat mengetahui realiti kehidupan.....
jangan cepat buruk sangka kepada orang lain...
tiada siapa pun pilih jalan hidup yang susah...
tak ada siapa pun yang minta diberi penyakit......
syukurlah andai kita masih diberi nikmat kesihatan...

sekian...wassalam....






0 comments on "Akhirnya..."

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal